37

Romance Series 321693

"A-abang nak pergi kerja dah? Breakfast lah dulu Sofea ada masakkan abang Nasi goreng cili padi.. Favorite abang kan?"

Senyuman manis ditayangkan.Namun tidak bagi riaksi apa-apa bagi Zafril.Dia sibuk membutangkan kemeja dan mengemas tali leher.

"Abang.. Sayang cakap dengan abang ni.."Tangan Zafril dipegang.

Itu yang buatkan dirinya sebagai seorang lelaki lemah.Bukan hanya sekadar sentuhan,tapi pandangan mata Sofea.Lembut dan sangat buatkan dia cair.

"Abang tak makan nasi goreng.."Kata Zafril.

"Eh.. dulu abang makan je.."

Beg dan keperluan pejabat diambil.Memang tak ada selera untuk makan buat masa ni.Tanpa berkata apa,kerusi roda Sofea ditolak ke ruang makan.Takkanlah dia nak biarkan Sofea yang masih lagi isterinya susah-susah gerakkan kerusi roda tu sendiri.

"Sofea cedokkan ya?"

Zafril mengangkat tangan menghalang Sofea dari mencedokkan Nasi goreng untuknya.Dia bangkit mengambil roti.Malas nak suruh pembantu,nak bercakap pun macam hilang mood dia.

Dia kembali duduk bersama roti dan juga mentega.Disertakan gula.Lepas Dahlia mengajar dia makan macamtu,jadi ketagih pula.Setiap pagi dia nak sarapan yang tu je.Lagi best bila ada telur separuh masak.

"Abang taknak makan Nasi Goreng? Sofea masak dekat abang ni.."

"Abang dah cakap abang tak makan Nasi goreng pagi-pagi macamni Sofea"Katanya.

"Tapi dulu ni favorite abang.."

"Itu dulu,sekarang tak lagi"Roti mentega disumbat masuk ke dalam mulut.Selera tak selera itu lain punya cerita.Untuk buat alas perut je.

"Abang masih marah kan Sofea ke bang? Abang dah tak rindu dengan Sofea? Atau abang dah tak cintakan Sofea"Mula dah bertanya.Sakit hati bila kehadirannya kembali buat Zafril acuh tak acuh.Seperti tak boleh terima dia.

"Kalau saya tak sayang awak.. saya takkan bayar orang mahal-mahal untuk cari awak.. saya takkan kena kencam dengan orang ramai sebab paksa anggota polis cari awak yang dikatakan hilang dalam kawasan kemalangan"Kata Zafril.

"Tapi kenapa waktu saya koma.. abang tak ada dekat tepi? Waktu saya sedar.. saya tanya Dokter,mana suami saya.. diorang sendiri taktahu dan cakap tak ada sesiapa pun yang mengaku keluarga saya!"

Zafril pandang Sofea.Sisa roti yang dia makan diletakkan di dalam pinggan.Biar dia bertenang dulu.Perkara ini perlu dibincangkan dengan baik.

Cawan diletak selepas dia basahkan tekak dengan kopi panas.

"I don't even know what happened to you, everyone remembers that you lost track in the accident area.. But suddenly you were in a coma.. and came to see me after three years.. "

"I paid dearly for the people who were assigned to find you, but it's strange why they didn't get the impression that you were sleeping in a hospital bed and in a coma"

"Jadi sekarang ni abang nak cakap yang Sofea tipu abang lah? Yang Sofea ni tak koma? Sofea sengaja hilangkan diri tanpa jejak?"Air mata dah bertakung.Zafril seperti mahu menuduh yang dia sedang berbohong.

"Saya tak cakap macamtu.. Awak ada kad pesakit,ada bill rawatan saya tengok semua bukti-bukti awak koma.. Tapi pelik.. pelik lah sebab ye lah kan,Orang yang saya bayar tak dapat kesan awak"Wajah Zafril memang penuh lakonan.Rasanya dah boleh ambil watak hero mafia.

"Cuba jujur dengan saya apa yang terjadi.."Soal Zafril lembut.Kejujuran.Ya dia mahu wanita yang duduk di atas kerusi roda itu jujur.

"Tak perlu apa nak dijujurkan.. Saya memang kemalangan dan koma.."

"Sebab awak lari lepas rasuah orang untuk dapatkan hasil syarikat saya kan?! Lepastu barang-barang kilang saya awak jual secara haram di negara orang!!"

Suara makin lama makin meninggi.Geram punya fasal Zafril terus berdiri menatap tajam isterinya yang duduk di atas kerusi roda itu.Tak mahu mengalah,Sofea turut tinggikan suara.

"I don't do stupid things like that Zafril! I'm your wife!! There is no way I would do that to my own husband! Don't accuse me!"Tengking Sofea.

"Benda yang saya pelik memang saya akan siasat.. I'm Dato Zafril Ilyan.. I can know everything hanya membayar orang menggunakan duit.."

"Abang tak ada apa-apa bukti nak tuduh saya macamtu.."

"Sebab saya ada bukti saya bercakap dengan awak sekarang ni! Orang yang saya bayar untuk cari awak memang tak dapat kesan awak sebab awak dikawal ketat oleh pihak penjara! Sebab apa? Sebab awak tak bayar orang yang awak rasuah tu"

Zafril atur nafas.Dia sudah melampaui batas menengking isterinya.Ini bukan dia,cepat-cepat Zafril berzikir meminta ketenangan.Dia bukan lelaki yang suka marah dan tengking-tengking macamni dengan perempuan.

Sofea.Gadis itu sudah berair.Apa yang dia mampu buat.Semua sudah terlambat.Dia nak tutup apa lagi? Zafril orang berduit.Celah mana pun dia sembunyi kesalahan dia,tetap lelaki itu akan tahu.

"We have fought about this before--"

"That's why I want to continue, so that there are no more problems that make me sleep restless"Suara Zafril sudah kembali biasa.Tapi Masih dengar tegasnya.

"Andthen why.. kenapa awak cari saya,kenapa tak biarkan saya saja? Saya tak penting pun untuk awak.. Tak ada gunanya awak nak cari saya semata-mata nak balas dendam dan marah saya macamni!"

"Saya cari awak bukan sebab saya nak balas dendam.. tapi disebabkan saya rasa bersalah sebab saya tinggikan suara,bertengkar dengan awak pagi tu.."

Sofea pandang Zafril tidak percaya.Kerusi roda dikeluarkan sedikit dari meja lalu dia kayuh roda menggunakan tangannya mendekati Zafril.Betul-betul depan Zafril yang tengah berdiri.

"You're looking for me just because you're upset about what happened that morning? So why do you want to marry me.. why do you want to marry a village girl like me?!"Bentak Sofea tidak puas hati.Kecewa.

"Because I love you! I love you Nur Sofea.. saya tidak akan menikahi seorang wanita jika saya tidak mencintainya.."

"Awak cintakan saya.. Jadi sekarang awak dah tak cintakan saya kan?"

"Kalau saya tak sayangkan awak.. saya takkan cari awak dah Sofea.. Saya takkan jadi orang gila dalam masa setahun lepas tahu awak hilang.."Suara Zafril kembali pelan.

Mungkin dia akan sambung menjadi gila.Sebab orang yang dia cintai juga sudah hilang jejak entah kemana.

"I love you Zafril.. Saya minta maaf.. Memang saya buat semua tu"Tangan Zafril dicapainya lalu dikucup.

"Tak cukup lagi ke hidup mewah yang saya bagi dekat awak Nur Sofea? Sampai sanggup buat perkara haram berlakang saya?"

*

Selesai solat maghrib.Zafril menadah tangan.Rasa tenang bila duduk di atas sejadah.Dia mehu mengadu segalanya kepada Maha Esa.

Meluahkan segalanya yang dia rasa.Selesia berdoa sejadah dilipatlalu disangkut ketempat asal.Bilik surau di dalam rumah banglo keluarganya dimasuki oleh Kamal.

"Papa.. papa nak solat ke?"Tanya Zafril.Mahu bantu hamparkan sejadah buat ayahnya.

"Papa dah solat dekat masjid.."Kamal geleng kepalanya.

"Kalau macamtu Zaf masuk bilik dulu.. Nak tidur"

Baru kaki mahu keluar dari bilik surau.Papanya sudah bersuara.

"Jadi lelaki kena adik Zaf.. Dan bertanggungjawab.. Sofea tu tengah sakit,tak boleh berjalan.. nak mandi pun susah.. Itu sepatutnya tugas kamu merawat dia"

Zafril diam.

"Papa tahu kamu sayangkan Sofea.. dalam masa yang sama kamu sayangkan Dahlia juga.."Zafril alihkan badan.Menatap papanya.

"Zaf buntu pa.. Zaf tak tahu apa yang Zaf rasa sekarang.."

"Kalau Zaf rasa Zaf boleh menjadi adil untuk Sofea dan Dahlia.. tak apa,berdosa Zaf kalau kita menjadi suami yang tidak bertanggungjawab.. tapi satu je papa nak cakap,hati perempuan ni lain Zaf.. Papa tahu Zaf tengah keliru sebab Zaf sayang mereka berdua"

"Zaf nak kena buat apa papa? Zaf dah taktahu dah.. rasa macam dah tak boleh berfikir.."

Bahu Zafril ditepuk perlahan.Dahi anaknya dicium.Semangat seorang bapa kepada anaknya.

"Zaf tengah fikirkan Dahlia kan? Dalam masa yang sama Zaf tengah fikirkan Sofea.. setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya"

"Papa tahu anak papa kuat.. Baliklah.. jaga isteri kamu Sofea.. Dan cari Dahlia.Selesai kan semuanya.."

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience