21

Romance Series 321693

Macam yang dikatakan,malam itu akan berlansung majlis resepsi.Tak sempat nak rehat.Tidur pun tak.Mengantuk,penat semua ada.Tapi nak buat macam mana,majlis perlu diteruskan.

Dahlia sudah bersiap bersama gaun pengantin Ball Gown yang bewarna putih.Disebabkan tema resepsi mereka warna indicolite.Jadi padankan saja dengan warna putih.Sesuai untuk semua warna.

Kalini,Dahlia berias lebih cantik.Meletop betul.Kalah model rasanya.Perkahwinan yang diidamkan oleh semua wanita.Bersiap cantik dihari bahagia itu.Dahlia bersyukur saja.Walaupun kahwin disebabkan tok Imam,cita-cita untuk jadikan perkahwinannya wedding of the year tetap berjalan.

"Jom,dah siap?" Daniya mengiringi Dahlia berjalan ke pintu dewan.Dengan gaun yang berat,memang susah nak berjalan.Hingga perlu dibantu angkat oleh beberapa orang.

Sampai sahaja dimuka pintu,Dahlia bertemu Zafril.Lelaki itu segak berpakaian kot bewarna putih sama dengannya.Bagai pinang dibelah dua.Itu pandangan semua orang.

Lepas je begelar suami isteri.Dua-dua sibuk haluan masing-masing.Sorang layan tetamu,sorang gosip.Memang seharian mereka tak bertemu,last jumpa pun waktu makan akad nikah tadi.

"Kejap lagi,sampai dekat depan stop kejap ya.. cameraman nak tangkap gambar" pesan seorang lelaki menghampiri mereka.

Tak terlalu berdebar bagi mereka berdua.Ini hanya majlis persandingan.Tak perlu nak buat perkara yang mendebarkan sangat.

Dahlia memimpin tangan Zafril.Dapat dia dengar sorakkan tetamu di dalam sebelum pintu dewan terbuka luas.Suasana dewan meriah meraikan kedatangan pengantin.

Lagu Marry me dipasang.Mengikut rentak yang perlahan.Dahlia dan Zafril berjalan beriringan masuk ke dalam dewan.Di depan mereka,Adeela dan seorang kanak-kanak lelaki melemparkan kelopak bunga ros.

Tak habis telinga menangkap pujian orang ramai.Ini memang satu memori yang indah.Pertemuan jodoh yang tak disangka.Mereka bersatu hanya kerana tok Imam yang tak bertauliah.

Majlis berjalan lancar.Banyak aktiviti yang dilakukan mereka.Kini tiba masanya untuk memotong kek.

Kek berukuran tak jauh dengan tinggi Dahlia.Rosna yang tempah kek ni.Mungkin teruja nak dapat menantu yang pertama.

Kami berenjak dari pelamin ke tempat potong kek.Confused teruk Dahlia.nak potong macam mana? Dah la sama tinggi dengannya.

Ralik melihat kek tempahan umminya.Baru dia sedar ada tangan melingkar kemas di pinggang rampingnya.Dahlia pandang Zafril,lelaki itu beriak biasa.Tangan Dahlia dan Zafril sama-sama memegang pisau dan perlahan pisau itu memotong kek itu.

Posisi mereka benar-benar rapat.Dahlia berada dihadapan Zafril.Tangan Zafril yang melikar dipinggang beralih penuh pada perutnya.

Ketar tangan Dahlia pegang pisau tapi nasiblah Zafril pegang sama.Tak ada sangatlah orang nampak.Perkahwinan yang sangat penuh dengan drama.Orang nampak macam pasangan bahagia yang sudah lama bercinta,tapi hakikatnya tidak.

Kini mereka perlu saling suap menyuap pula.Potongan kek yang sudah tersedia di pinggan bawah diambil.Giliran pertama,Dahlia suapkan untuk Zafril dulu.Kemudian dirinya pula yang disuapi.

Tepukkan gemuruh dari tetamu yang hadir.Majlis resepsi malam itu sangat indah.Cuma ada saja sesuatu yang tak cukup,cinta.. Cinta tiada bagi pasangan pengantin.

*

Ini memang betul-betul mendebarkan.Dahlia selesai solat isyak.Pintu bilik air dipandang,Zafril masih belum selesai mandi.Haritu chek in hotel untuk bilik asing-asing.Tapi kenapa malam ni kenapa satu bilik pula.

Satu bilik pun dah macam nak terjun tingkap apatah lagi satu katil.Dahlia duduk dibirai katil,menunggu suaminya keluar dari bilik mandi.Ini malam pertama mereka.

Bagaimana kalau Zafril menuntut haknya?Kepala digelengkan,takut punya pasal.Bunyi je pintu,Dahlia terus selimut tubuhnya dan pura-pura tidur.Mungkin dengan cara itu,dia selamat.

Terasa tilam katil tenggelam disebelahnya sebelum bunyi keluhan Zafril terdengar.Dahlia dapat rasa,Zafril memang sudah berbaring rapat dengannya.

Lama juga dia berpura tidur.Nak lihat riaksi apa yang Zafril bagi.Tapi pelik,akhirnya dia cuma dengar suara dengkuran halus.Dahlia pusingkan tubuhnya,melihat Zafril yang sudah dibuai tidur.

Lakonannya sangat menjadi.Selamat lah dia malam ni.Wajah Zafril dipandang.Dari rambut,turun ke kening,matanya,hidung mancung dan akhir sekali bibir merah jambu lelaki tu.

Kacak.Hati jadi sebak bila teringat kan Sofea.Apakah gadis itu merestui hubungan mereka berdua.Kata-kata Sofea masih segar difikirannya.

Gadis mana pun tak suka diduakan.Dia juga wanita.Tapi mimpi tu,seperti menyuruh Dahlia menjaga Zafril sebaiknya.Atau lebih kepada amanah dari Sofea.

'Dahlia janji.. walaupun kita tak pernah jumpa,Dahlia akan jaga dia macam mana kak Sofea jaga dia..Tak akan ada wanita lain melainkan..'

Diam hati Dahlia disitu.Melainkan mereka berdua? Layakkah dia?

Chakk!!!

Mata Zafril tiba-tiba terbuka luas.Cepat-cepat Dahlia mahu baringkan tubuhnya semula,tapi gagal.Zafril sudah menangkap pinggangnya hingga terjatuh sembam dia di dada bidang Zafril.

"Tidur.. Saya penat.. Dan awak pun penat juga.."Kata Zafril sebelum menyambung tidurnya.

*

Siap berpakaian kemas,tak lupa juga mengemas beg baju.Mereka berdua mahu turun sarapan di bawah.Semua keluarga pun sudah berkumpul di bawah.

Dahlia lirik Zafril yang tak habis-habis dengan minyak wangi.Dari tadi asyik sembur.Dia nak Dahlia pening ke sebab sembur perfume banyak sangat.Bau yang menerpa kehidung,wangi.Itulah bau Zafril walaupun datang dari perfume.Apa yang dia tahu,Zafril memang tak boleh bila badan dia berbau.

Sebelum berkahwin,tak pernah lagi dia bau peluh Zafril.Sama sahaja bau badannya seperti sekarang walaupun berpeluh teruk.

"Dah siap?"Tersedar dari lamunan.Dahlia angguk kepala dan bangkit mencari cermin.Mencapai tudung untuk pakai.

Mata Zafril tak habis pandang Dahlia.Mungkin sebab Dahlia mengenakan tudung yang Zafril bagi.Sebelum pernikahan lagi,Zafril memberinya semua tudung dan baju Sofea.Tak tolak,Dahlia menerimanya saja.Mungkin,itu adalah satu cara untuk dia dan Zafril mendalami cinta.Macam mana Zafril pandang Sofea,macamtu juga Zafril pandang Dahlia.

Siap bergaya dengan tudung.Beg tangan putih dicapai.Kemudian Dahlia pandang Zafril.Dia sudah siap,kenapa masih diperhati? Ada yang tak kena ke?

"You are so beautiful.. like my wife.."Zafril tersenyum.

Taktahulah kenapa dia rasa agak cemburu bila Zafril berkata begitu.Tapi lupakan saja,Sofea tetap cinta pertama Zafril.Dan dia tiada hak untuk merosakkan cinta mereka berdua.

Tak adalah teruk mana sangat rasanya.Mungkin sebab Zafril cakap dia cantik seperti arwah Sofea.Tapi sedangkan,dia adalah dia.Sofea adalah Sofea.

Kami tak sama..

Tangan Dahlia dibawa duduk dibirai katil.Ha sudah! Baru je bersiap,lain macam pula Zafril bawa-bawa duduk atas katil ni.

Mereka saling berpandangan.Sebelum Zafril menyerahkan sampul surat kepada Dahlia.

"Apa ni?"Soal Dahlia.

Dahlia ambil sampul surat itu lalu dibuka.

PENYERAHAN SYARIKAT SF HIJABSTAR

Dahlia pandang Zafril tak berkelip.Syarikat HIJABSTAR? Untuk apa pula kalini? Haritu dia dah bagi Kafe ni syarikat pula?

"Ni adalah syarikat arwah isteri saya.. atas permintaan saya dan keluarga dia,kami minta awak jadi pemilik baru untuk syarikat ni.."Kata Zafril penuh dengan keyakinan.

Diam.

"H-habistu macam mana? Kenapa bagi dekat saya? Saya tak layak la--"Jari Zafril singgah tepat dibibirnya.

"Syarikat ni,saya yang buka untuk Sofea.. Sofea pula yang uruskan hingga jualan tudung jenama SF berjaya terkenal.Dan sekarang siapa lagi nak jaga? Sampai sekarang,jualan tudung ni masih berjalan cuma tak seindah yang dulu.Dah tak ada keluaran tudung corak baru.Yang lama-lama je dikeluarkan"Ujar Zafril.

"Saya sayang nak tutup dan jual company ni,sebab Sofea dah berusaha bersungguh-sungguh untuk majukan.. saya minta sangat-sangat,awak terima untuk menjadi pemilik baru SF HIJABSTAR"

Dah tak ada jawapan.Hanya anggukkan kepala sahaja.Tak Salah kalau dia buat apa yang Zafril suruh.Zafril pun dah selamatkan dia dari kena kahwin dengan tok Imam tak bertauliah tu.

"Terima kasih.."

Cup.. Kening Dahlia dicium sekilas.Terkejut,terpaku semua ada.Sampai rasa diri lumpuh.Zafril bangkit mengangkat beg.Pintu mereka dibuka.

"Jom.."

'Atur nafas kau Dahlia..'Dahlia bangun keluar dari bilik hotel.Beg bagasi mereka dibantu oleh staff hotel.Mereka turun ke tempat makan.

"Wahh pengantin baru dah sampai,kita habis makan diorang baru sampai eh.."Daniel sengih nakal.

Pipi Dahlia membahang merah.Satu ruangan makan itu penuh dengan ketawa.Kau memang minta penampar lah Daniel.Dahlia memberi jelingan tajam.

"Biasalah Daniel.. macam lah kau tak pernah nikah,anak pun dah tiga orang dah sekarang"Kini Mikhail pula yang mengusik.

"Ehh.. Daniel dulu pemalu Mikha.. "Campur Maya.

Pembalasan.Satu meja makan ketawakan Daniel.Zafril turut ketawa.Apatah lagi Dahlia bersorak kemenangan bila Daniel kena balik.

"Nak buat macam mana.. kita muda lagi time tu"Daniel tersengih.

"Dah-dah.. Dahlia,Zafril mari makan.."Kamal mengajak anak menantunya.

Zafril menepuk bahu Dahlia.

"Awak pergi duduk,biar saya ambil kan makanan.."Dahlia akur.Berlalu duduk di meja makan bersama keluarga.

"Dah ada perancangan nak pergi bulan madu ke?"Tanya Amina yang kini sudah bergelar ibu mertua.

"errr..."

"Soon mama, kami berdua sibuk sikit.."Zafril datang membawa dua pinggang berisikan bihun goreng.Diletakkan satu pinggang pada Dahlia.Zafril duduk bersebelahan isterinya.

"Lahh.. ye ke? Takpalah.. nanti sempat pergi lah bermadu ye"

Kami anggukkan kepala saja.

"Takpa,sekarang ni kini fikir pula nak cucu baru berapa?"Kata Adnan.

Sekali lagi keduanya tertunduk malu.Meriah sungguh satu keluarga ketawa sampai dengar luar lobi hotel.Nasiblah tak ada orang sangat dalam hotel ni.

"Itulah,tambah saya cucu pertama pula.."Kini Ahmad pula ikut sekomplot dengan Adnan.

"Dah-dah.. tak payah kacau,kang tak kenyang budak-budak tu"

Bersambung...

Share this novel

awer
2023-02-06 03:07:21 

bodo la..asal trima..maknenyer dia blh mmbayangkan sofea even dia ngan ko..bodo la dia ni..


NovelPlus Premium

The best ads free experience