39

Romance Series 321693

Mawar masuk ke dalam flat dengan makanan yang dibelinya tadi.Masuk-masuk je dah dengar orang muntah dalam bilik air.Dia pandang Afiq Dan Arif,leka betul menonton telifon milik Dahlia.Dekat rumah ni tak ada tv.

Kosong,tak semewah awalnya.Ada barang pun tak seberapa.Dulu memang kosong je tapi bila Dahlia ikut tinggal dengan dia.Sikit-sikit barang Dahlia tambah walaupun tak banyak.

Duit pun cukup-cukup makan je tambahkan Dahlia yang tak dapat kerja sebab tak sihat.Mawar pun dah berhenti kerja.Duit gaji haritu tinggal sikit.Sekarang dia ambil full time bekerja dekat kedai makan 24 jam.Bila Dahlia dah sihat sikit,bolehlah dia start cari kerja dekat syarikat mana-mana.

"Dahlia"Mawar menuju ke dapur.Dahlia baru keluar dari tandas.Pucat sekali wajahnya.Mulut yang basah dia usap kemudian dia pandang Mawar.

"Awak dah balik Mawar.. Maaflah,saya tak bukakan pintu"

"Ya Allah pucatnya.."Mawar memepah Dahlia masuk ke bilik.Dan menidurkan gadis itu di atas tilam.Hanya tilam yang nipis.

"Awak okay tak ni? Mual lagi ke harini?"Tanya Mawar.Dahi Dahlia disentuh.Suhu badan Dahlia normal.Tak demam pun.

"Saya okay.. Loya tekak tu kuat sangat harini"

Mawar tatap dengan penuh kerisauan.Memang takkan hilang selagi tak sampai masa untuk dia rasa hilang.Terdetik sesuatu yang mahu ditanyakan.

"Awak dah chek ke? Saya ada belikan yang lain.. mana nak tahu yang tu murah dia susah kesan.. ni saya ada beli yang mahal sikit"Mawar keluarkan kotak biru lalu diberikan pada Dahlia.

Dahlia pandang kotak itu biasa.

"Dah dapat kesan dah pun.. kenapa awak beli yang mahal,bazir duit.."Kata Dahlia.

"Saya dapat duit gaji harini,tak salah kalau saya tolong awak.."

"Awak sepatutnya simpan duit tu untuk anak-anak awak bukan saya Mawar.."

Kotak tespack itu diletak ditepi tilam.Biasalah,emosi tak stabil.Dia pun sudah merasakan semua itu.Tak perlu nak marah atau lawan,iyakan saja.

Mawar taknak Dahlia stress berfikir.Bahaya untuk kesihatan dirinya sendiri.Dah la jauh dari suami.Yang suami pun tak reti-reti nak datang pujuk.

Setiap hari dia fikir Patut ke dia pergi cari Zafril dan bagitahu keberadaan Dahlia.Sebab dia dah lalui situasi macamni.Menghadap morning sickness seorang diri.Tanpa suami,suami pula tak lekat dekat rumah.

Sebagai seorang wanita,dia takkan biarkan wanita lain menerima nasib sepertinya.Lagi-lagi sahabatnya sendiri.

"Apa hasil test awak tadi?"Tanya Mawar.

Lagi masam muka Dahlia. Dia terus berbaring membelakangi Mawar.Selimut ditarik menutupi tubuhnya.Tak adalah sejuk mana sangat,tidur pun pakai kipas aje.

"Nanti saya pergi chek dengan dokter.. untuk comferm"

Mawar terus mengukir senyuman.

"Ni memang dah comferm ni.. awak pun dah ada morning sickness,ni mesti ada baby dalam ni"Perut Dahlia disentuh.Dia pulak yang teruja lebih

Tapi Dahlia.Makin risau dia.Duit pun cukup-cukup makan je.Yang lain semua dah habis sebab bayar saman Sofea.Nak kerja tak larat.Nak bangun pun lagilah.Tapi rasanya morning sickness kejap saja.Bila dah okay sikit,dia kena kerja. Demi anaknya yang akan lahir nanti.

"Awak jangan risau,saya sentiasa ada dengan awak.. tapi kalau awak nak Zaf--"

"Jangan sebut nama dia Mawar.. Dia dah bahagia dengan Sofea.. Biarkan mereka bahagia,saya suka tengok orang bahagia.."Kata Dahlia.

'Dan diri sendiri menderita..'Sambungnya dalam hati.

Rindu,sakit semua ada.Semuanya disebabkan cinta dia pada Zafril.Kalau dia tak cintakan Zafril,dia takkan rasa macamni.Dia yang salah.Dia tak perlu hadir dalam hidup Zafril.Sebab Zafril memang layak dengan Sofea.

Sofea cantik,sangat cantik.Memang mereka berdua nampak sepadanJauh berbeza dari dia yang harap bekerja dengan apa yang orang bagi.

*

Zafril hanya jadi pemerhati.Melihat Sofea yang sedang menjalankan treatment untuk berjalan semula.Dia memang tak ada masalah di bahagian kaki.Cuma bila koma,dia hanya tidur Dan tak gerakkan badan.Sebab tu kaki dia jadi kaku untuk berjalan.

Sekali Zafril senyum memberi sokongan pada Sofea.Tapi fikirannya lari jauh.Bukan fokus pada Sofea atau gembirakan Sofea yang sudah boleh berjalanndua tiga langkah.Dia lihat Sofea tapi dia tak dapat tangkap perbuatan Sofea.Kerana fikirannya melayang jauh.

Dahlia entah apa yang dilakuka dia sekarang.Apa yang dia makan? Apa dia tidur lena? Atau dia tengah sakit?

Rindu sudah pasti.Tapi Salah.Semuanya Salah.Dulu dia berjanji untuk mencintai Sofea seorang.Tapi dia gagal.Dia cintakan Dahlia juga.Mencintai dua orang sekaligus.Mampukah dia untuk menjadi adil.

Dia kenal dengan sikap isteri-isterinya.Seorang wanita pasti tak sanggup diduakan.Tapi ada yang redha.Pasti Dahlia redha,tapi dia memilih untuk undur diri.

Zafril mengeluh.Tak tahu nak buat apa sekarang ni.Semuanya melibatkan hati.Jam ditangan sudah menunjukkan pukul 10 pagi.Dia dah janji dengan sahabatnya untuk bermain golf bersama.Mahu melepaskan masalah.

"Sofea"Panggil Zafril bangkit mendekati isterinya.Tersenyum juga dia dapat lihat Sofea yang berjalan itu.Tapi masih dikawal.Seperti bayi yang baru boleh berjalan.

"Ya?"

"Abang nak pergi main golf kejap,sorry abang dah janji dengan orang.. Nanti awak balik dengan driver okay?"

Sofea angguk.

"It's okay Sofea faham.. Nanti abang balik awal tau,petang ni Sofea nak ajak abang jalan-jalan dekat Taman.. biar cepat boleh berjalan"Sofea tersenyum.

Zafril angguk.Tangannya dicium Sofea sebelum dia menapak pergi dari hospital.

*

"Lewat kau datang"Sapa Mikhail bila nampak Zafril baru sampai ke tempat permainan.

"Isteri aku ada treatment.."Kayu golf miliknya disiapkan bersama bola.Sampai lewat memang panas terik lah.

"Ouhh.."

Mereka berdua mula bermain.Kadang-kadang menukar tempat kerana cuca agak tidak mambaik.Angin pun kuat lepastu menganggu arah bila nak berhenti.Pukul macam mana pun dia takkan masuk ke dalam lubang penamatan.

Selesai main golf hingga puas.Zafril dan Mikhail berehat dengan minum air coke.Kegemaran mereka lah tu.Tak kira dah perut kosong tak kosong.Dengan panas terik lagi.

"Waduhh lama tak datang,kalah je kerja kau harini"Kata Mikhail memandang wajah Zafril yang sudah merah membahang.Panas sangat.

"Nak buat macam mana.. aku bukan macam kau,masalah dah la banyak kat rumah tu, dengan bini ada dua"Zafril mengeluh.Memang betul pun apa yang dia cakap tu.

"Macam mana dengan Dahlia? Dah jumpa dia?"Tanya Mikhail.

Zafril mengangguk.

"Tapi aku masih belum pergi jumpa dia.."

"Kau sepatutnya bertindak awal Zaf.. Kenapa kau ambil masa yang lama sangat?"

"Sebab aku taknak Sofea syak apa-apa.. Aku kena tumpukan perhatian dekat dia.. Aku taknak dia stress"Kata Zafril.

"Ha macamnilah susah bila ada bini dua.. Takkanlah kau nak sembunyi perkara ni dekat Sofea.. sampai bila? Tahan ke rahsia kau ni?"

Zafril urut kening.Serabut.

"Sebabtu kau kena selesaikan juga.. Macam mana pun Sofea kena tahu yang kau pernah berkahwin.. Kau tak boleh tipu dia.. Rahsia macamni takkan tahan punya.Dia tu ada naluri seorang isteri, bila-bila je dia boleh tahu yang kau ni pernah kahwin dan ada perempuan lain.."Ujar Mikhail.

"Tapi apa-apa pun pergi jumpa Dahlia.. kalau Dahlia lari pun,benda ni bukan dapat selesaikan masalah"Sambungnya.

Bersambung..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience