6

Romance Series 321693

Gementar.Nak menangis semua di rasa.Kalau ikut tu nak je terjun keluar dari kereta.Dan lari balik rumah.Tak sangka.Zafril mahu berjumpa dengan keluarga kandungnya.

Kini tepat kereta parking di hadapan rumah banglo mewah.Zafril juga terkejut,dia fikir Dahlia berasal dari keluarga yang biasa-biasa sahaja tapi salah.Keluarga Dahlia memang orang yang bekerjaya.Dari rumah saja pun dah nampak mewah.

"Jom turun"

Ajakkan Zafril diedahkan.Tangan memang ketar sampai berpeluh.Nak angkat kaki keluar pun terasa berat.

Dahlia pandang Zafril disebelahnya.

"Apa kata Dato je turun,saya tunggu dalam kereta"Ayat yang terlalu kekanakkan Dahlia.Tidak kesahlah,yang pastinya dia tidak akan pijak tanah rumah keluarganya.

"You know, that looks strange. It's impossible for me to go see your family and tell them that I want to marry you without bringing you along.."Kata Zafril.

"Anything happen that I'm not know about?"

Sekarang ni memang betul-betul risau.Kalau dia tak beritahu Zafril apa yang terjadi diantara keluarganya dan keluarga kandungnya.Pasti akan ada salah faham yang lain pula.

Kalau dia bagi tahu tak ke dia buka aib diri sendiri?

Atau, dia sanggup pilih untuk pijak tanah rumah keluarganya sekarang.Tak itu takkan terjadi

"I asking you Dahlia.."

"Pasti ada perkara yang terjadi diantara keluarga kandung awak Dan juga awak sampai awak boleh tinggal dengan ibu dan ayah"Katanya.

"Saya diharamkan jejak kaki kesini waktu umur saya 12 tahun,saya lalai dulu.. saya bukan seorang yang baik macam yang Dato tengok diri saya sekarang"

Kenangan dulu terimbas kembali.Kenangan yang paling pahit berlaku diantarnya.Sampaikan trauma.

"Kakak saya,dia paling bencikan saya.. sampai dia yang buat saya keluar dari rumah ni Dan diharamkan pijak dekat sini lagi"

"How can?"Tekun Zafril mendengarnya.

"Dia perangkap saya dengan kawan lelaki dia dalam rumah ni,lepastu bila ummi Dan abi balik kerja tengok kami berduaan.. terus jadi Salah faham.Sedangkan waktu tu.. saya tak berpeluk pun dengan jangan tu,tapi saya cuba untuk pukul dia"Ujar Dahlia.

"Dan macam mana awak boleh duduk dengan keluarga Daniel?"

"Sebab Daniya.., dia yang tolong saya.. waktu tu dia kecil lagi.."

Cerita baharu yang Zafril tahu tentang keluarga Dahlia.Rupanya Dahlia hanyalah anak angkat.Dia fikir Dahlia memang adik beradik kandung Daniel.

"Saya betul-betul takut nak pijak tanah rumah ni sekarang"Tangan disilang kedada.

Dahlia lihat Zafril membuka pintu belahnya.seperti dia mahu keluar sendiri.Terus ditarik laju tangan Zafril supaya masuk ke dalam kereta semula.

"Awak nak keluar ke?"

"yes? berjam kita nak sampai sini takkan lah kita nak patah balik,lagipun restu keluarga itu penting"

Dengan penuh keyakinan Zafril menjawap.

"Abi saya garang tau.."

Tanpa menjawap.Zafril keluar terlebih dahulu Dari kereta Lamborghini Urus miliknya.Mungkin sebab suara kereta yang kuat,terlihat lelaki dan wanita tua yang berdiri di tepi pintu.

Dahlia hanya menjadi pemerhati.Zafril keluar untuk berbincang sendiri ke.Wajah ummi Dan abi yang berdiri di muka pintu dipandang sayu.Rindu dengan mereka berdua.

13 tahun dia tidak lihat wajah mereka.Kalau boleh,dia nak saja turun dan peluk cium kedua orangtuanya.

"Ummi.. abi.. Lia rindu korang.."

*

"Assalamualaikum"

Sapa Zafril kepada orangtua Dahlia.Dia tak senyum tapi lebih kepada wajah mesra.Kekalkan watak matangnya.Itu yang wajib.

"Waalaikumussalam"Jawab keduanya.Mungkin agak pelik siapa yang hadir kerumah mereka.

"anak ni siapa ya?"Tanya Ahmad.

"Saya Zafril.. "

Keduanya tidak mengenali.Siapa lelaki dihadapannya.Tak ada lagi anak muda yang mereka kenal bernama Zafril.Makin menjadi pertanyaan siapa yang datang ke rumah mereka.

"Saya datang nak berbincang sesuatu dengan Puan dan Tuan"

"eh.. Laila ada bawa balik menantu ke bang?"Rosna bertanya kepada suaminya.

"Kamu ni siapa ya kalau boleh tahu?"

"Saya Zafril"

Nasiblah Ahmad penyabar orangnya.Tapi apa yang salah.Betul,lah Zafril memberitahu namanya sebagai pengenalan.Takkan nak bagi tahu dia abang ipar kampung seberang.Entah apa pula Ahmad Dan Rosna fikir nanti.

"ada hajat apa datang sini?"

"Saya datang nak minta restu untuk berkahwin dengan anak perempuan Puan dan Tuan.."Straight to the point, itu adalah seorang Muhammad Zafril Ilyan.

Biar cakap bagi faham.Daripada banyak soalan yang ditanya dan membuangkan masa.

"Eh?"

Rosna memanggil gadis bernama Laila keluar.Tertanya-tanya jugalah kenapa kena panggil perempuan Itu.Silap mak ke?

"Ye ummi?"

Gadis bertudung labuh keluar dari rumah mendekati Rosna Dan Ahmad.Inikah kaka yang dimaksudkan oleh Dahlia.Tak mungkin gadis ini,mungkin orang lain.Apa yang dia lihat,wajah gadis itu sangat bersih,suci dan baik.

Lupa pula nak Tanya,berapa adik beradik yang Dahlia ada.Kembang betul senyuman gadis bertudung unggu dihadapannya.

"Kamu bawa buah hati datang ke?"

Dah agak, Rosna pasti ingat Zafril datang merisik anak yang lain.

"I mean.. Dahlia"Laju Zafril potong sebelum gadis bertudung labuh itu menjawab soalan ibunya.

Tatapan keluarga Dahlia berubah.Bertahun mereka tidak mendengar nama itu,tapi tiba-tiba kembali lagi,Dan lagi terkejut bila disebut oleh orang lain.

"Dahlia? Nur Dahlia?"Kini Ahmad semakin serius.

"Ya"

"Macam mana kamu boleh kenal Dahlia?"Tanya Rosna pula.

Keduanya tercegang.

"Allah yang temukan kami berdua"Ciri-ciri bakal menantu yang sengat meletup.Ringkas saja Zafril menjawap.Cukup untuk keduanya faham.

"Jadi kamu datang sini nak minta restu? Kami sendiri tak tahu mana Dahlia sekarang,atau kamu datang dengan Dahlia"

Semua pandangan tertumpu pada kereta milk Zafril yang terparkir kemas di depan rumah mereka.Nasiblah cermin kereta hitam.Kalau tidak,teruk Dahlia mencari posisi untuk sembunyi.

"Tak.. dia tak dapat pijak tanah rumah ni lagi, sebab dia takut berdosa.. jadi saya datang sendiri"Balas Zafril.

"Bawa dia datang jumpa kami,kita bincang lain.."

*

Tak habis lagi kepala memikirkan keluarganya.Nampaknya minggu depan dia akan bersua muka dengan keluarganya selepas bertahun tidak berjumpa.

Kepala yang asyik bekerja untuk berfikir,sampai tak sedar mereka sudah tiba di rumah keluarga Zafril.Disebabkan rumah abi Dan ummi dekat dengan rumah Tansri dan Puan Sri.Zafril mengajaknya untuk bermalam di sini.

Kalau nak balik ke kampung pun rasanya sudah lewat.Takut nanti malam,mengantuk pula bawa kereta.Dahlia setujukan saja demi keselamatan masing-masing.

Ada faedahnya juga,pertemuan dengan bakal mertua walaupun sudah banyak kali mereka bertemu.Tapi kali ini,berubah status.

"Jom turun.."Ajak Zafril.

Dahlia ikut,Mereka berdua masuk ke dalam rumah banglo.Bau yang menerpa hidung memang buat Dahlia lapar.Dari tengah hari tak makan,sekarang pun dah petang.

Mereka berjalan menuju ke dapur.

"Eh dah balik pun, mana bakal menantu mama?"Bukan main teruja Amina menyambut kedatang Dahlia sampai ditarik tangan gadis itu ke meja makan.

"Ni mama buat khas untuk Dahlia tau, makan banyak-banyak okay.."

Dahlia hanya senyum.Gembira betul Amina atas kedatangannya sampai gelarkan diri sebagai mama.Zafril ni lambat kahwin agaknya sampai mak sendiri teringin nak ada menantu perempuan.

"Zafril.. mama betul-betul terkejut,but I love it"Badan Sasa Zafril dipeluk erat.Ibu mana tak suka kalau anaknya sudah berubah hati Dan ingin menjadi diri yang dulu.Syukur,Amina dan Kamal hanya anggap Dahlia adalah wanita yang dikiramkan than untuk ubah kehidupan anak mereka menjadi cerah seperti awalnya.

"Duduk Zaf, mama kamu masak banyak ni.. tak sabar nak terima menantu agaknya"Zafril duduk SI sebelah Dahlia.

Laju sahaja tangan Amina melayan Dahlia.Mencedokkan makanan kedalam pinggan gadis itu.Sampai cik suami pun dia lupa.

"Tak payah susah-susah Puan Sri.."Kekok pula Dahlia bila dilayan seperti seorang puteri.

"Apa yang susah-susah? Makan Dahlia.. lepasni panggil mama je.. tak lama lagi nak jadi menantu kan?"

Dahlia senyum tawar.Menantu express betul dia rasa sekarang ni.

"Zaf ni memang betul-betul surprise kan mama dengan papa eh.. bila rancang nak kahwin,mama nak pergi merisik Dahlia"Soalan yang sangat tepat diwaktunya.

Dahlia menatap Zafril.Dia tak tahu macam mana nak jawap soalan itu.

"Good question,next week kita pergi merisik.. tapi bukan dekat rumah Daniel but keluarga kandung Dahlia"Jawab Zafril.

"eh? Dahlia bukan ke--"

"Anak angkat.."

"okay.. jadi nak pergi minggu depan lah ye?"

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience