32

Romance Series 321693

"Ni meja awak okay.."Dahlia tersenyum.Meja kosong dihadapannya akan menjadi tempat Mawar.Mawar sudah sah menjadi salah satu staff pekerja dipejabatnya.

"Terima kasih Dahlia.. Ni awak ada apa-apa kerja tak nak saya buat?"

"Harini kalau boleh saya nak awak kenal-kenal dengan staff yang lain andthen nanti awak tolong saya siapkan design tudung baru boleh?"

"Boleh bos cantik.."Mawar dan Dahlia ketawa.

Sekeliling pejabat dipandangnya.Besar sekali syarikat tudung Dahlia.Kagum juga dia bila Dahlia boleh buka syarikat sebesar ini diusia muda.Tak ada masalah baginya,suami pun berpngkat Dato.

"Saya tak sangka eh.. awak dapat buka syarikat besar macamni.."Kata Mawar.Sungguh kagum dengan sahabatnya.

Dahlia senyum tawar.

"Ni syarikat isteri pertama Dato.."

Membutang mata Mawar mendengar.Sejak bila pula Zafril kahwin? Tak pernah dapat berita pun yang Zafril pernah kahwin.Nak dapat macam mana kalau dia pun tak pernah berjumpa.Jadi Dahlia isteri kedualah? Penuh pertanyaan datang menyerbu fikirannya.

"Habistu awak isteri kedua? Mana isteri pertama Dato? Ni syarikat--"

"Ya ni memang syarikat dia,saya ambil alih untuk uruskan.. Isteri pertama Dato hilang.. macamtulah yang saya dengar"Ujar Dahlia.

Diam sebentar Mawar.Otak tengah berhubung.

"Ouhh saya ingat awak dah lama bercinta.."

Dahlia ketawa.Bercinta? Bercinta kerana diselamatkan oleh Zafril Dari Mawar dan Aiman boleh jadi juga.Tapi hakikatnya mereka baru mengenal cinta.

"Dah la saya nak masuk office.. kalau ada apa-apa call je saya.. okay"

*

"Jadi harini kita ada kemasukkan staff baru.. Saya harap awak semua dapat beri kerjasama dengan dia ya?"

Semua staff yang mengikuti mensyuarat memberi tepukkan gemuruh.Kedatang staff baru sangat dialukan.Banyak kerja yang nak kena buat,jadi bila ada pekerja baru masuk.Rasa ringan lah sikit kerja nanti.

"Kita nak meeting untuk apa ni Datin?"Tanya Raisha.Pelik bila ada meeting tiba-tiba.

"Saya ada perkara penting saya nak cakap dekat awak semua.. Dan minggu depan saya nak keluarkan tudung baru sebagai duit tabungan seseorang"Kata Dahlia.

"Duit tabungan? Maksud Datin?"

"Nanti.. duit tabungan tu jadikan modal sepenuhnya jika ada projek keluaran tudung terbaru.. sebab saya yakin,lepas kita keluarkan tudung dengan kain yang sangat berjenama modal tudung makin tinggi.. jadi saya berharap,awak semua dah tahu dah yang kita semua ada duit modal jika syarikat ada masalah ataupun jualan bermasalah.."Ujar Dahlia.

"Kami tak perlu risau perkara tu Datin.. semua sekarang dah dibimbing oleh Datin.."Kata Salah seorang staff.

Dahlia senyum tawar.Mungkin sekarang mereka Masih dibimbing olehnya.Tapi nanti? Dia tak ada hak untuk mengambil milik orang.Demi nasib pekerja,dia kena ada bekalan yang ditinggalkan.

"Saya sangat percaya dekat awak semua.. Majukan syarikat ni pun disebabkan awak semua juga.."Sambung Dahlia.

"Tudung yang saya keluarkan haritu,saya tengok memang jualan laris.. Tapi saya nak awak semua tutup oder dan berhentikan jualan dalam minggu ni juga"

Semua staff beriak terkejut.Baru sahaja keluar kenapa perlu berhenti jualan pula.

"Tapi kenapa? Kita baru je keluarkan.."

"Mana boleh macamtu Datin.. Dah la syarikta ni lama tak keluarkan design baru,nanti apa pula customer cakap.."

"Sayanglah Datin.. corak-corak tudung keluaran baru yang Datin buat dah cantik"

Pelbagai suara dari staffnya.

"Sebabtu saya cakap,kita akan keluarkan corak tudung lain dalam masa terdekat.. Tiga helai tudung yang awal ni saya taknak jual dah.. sebab dia bermakna buat saya"

"Tapi kenapa tiba-tiba Datin.."

Dahlia tersenyum.

"Kita naik sama-sama ya.."

Screen besar dihadapannya menyala.Menunjukkan beberapa jenis cantuman corak.Lebih kurang 20 jenis corak yang terpapar.

"Ni semua akan dikeluarkan dalam masa terdekat.. jadi mungkin akan mendapat hasil yang banyak.."Kata Dahlia.Penuh dengan aura seorang majikan.

"Tapi Datin--"

"Saya tak suka marah awak semua.. tolong ya,kalini saya nak awak semua faham dan ikut arahan saya"

Tekun mereka semua hingga akhir meeting.Sekarang hanya tinggal Dahlia Dan Raisha.Peluang yang sangat baik.Dahlia mengajak Raisha duduk.Mahu berbincang sesuatu.

"Ada apa Datin?"

"Saya nak minta tolong awak something boleh?"Pasangan Dahlia pada Raisha memang bermaksud.Sampai was-was Raisha mahu menjawa sebelum kepala dianggukkan.

"Saya ada kondo.. boleh tak awak tolong jual kondo tu.."Tanya Dahlia.

"Kondo? Datin nak saya jual kondo Datin?"

'Ya,lepastu bila dapat duit tu.. awak cepat-cepat bagi dekat saya ya.."

"Ya.. baik.. nanti saya uruskan"

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience