18

Romance Series 321693

Harini adalah hari yang sangat Dahlia tak suka.Di mana hari kelas khas untuk kursus perniagaan dia.

Awal dia datang sebab nak berebut tempat yang paling berlakang.Pelik kan? Datang lewatlah selalunya dapat tempat berlakang.Yang pengajar pun bukan main kacak lagi.Pasti ramai berebut nak duduk depan.Tapi tak dengan Dahlia.Biar duduk belakang,senang sikit nak memerhati cik tunang dekat depan.Apa yang dia buat,boleh lah nampak.

Kalau duduk depan,kawan ke belakang.Memang tak nampak.Bukan tak percaya dekat Zafril.Tapi kelas ni dihadiri banyak makcik-makcik.Orang muda pun dalam 30% je yang datang.

Kang ada yang nak dijodohkan si Zafril dengan anak perempuan mereka.Tapi okay lagi tu,cuba kalau jodoh untuk diri sendiri?

Kelas sudah dipenuhi oleh pelajar khas yang menyertai.Tak ambil masa yang lama.Dato Zafril Ilyan masuk.Cara jalan dia,memang persis orang yang bekerjaya.Itu memang menjadi contoh untuk mereka yang baru belajar.

Keyakinan.Ya.Mereka perlu ada keyakinan.

"Sorry, I'm late?"

Bukan main semangat betul makcik-makcik kursus dekat depan jawab.Dah kalah kelas sukan.Takpun sokong permain bola.

"Okay thank you.. First, Assalamualaikum and good morning to all, My name is Dato Zafril.. and I'm your teacher for this class.."

Entahlah orang lain boleh fokus ke tidak.Kalau dia memang tak.Terpana betul dengan pemakaian Zafril harini.Kemeja putih bersama satu coat brown.Dipadankan pula dengan jeans.

Kemas betul.

Yang paling penting.Jambang dia dah hilang.Lincin betul muka Zafril harini.Memang nampak muda.Tak mustahil lah kalau makcik-makcik didepan tak dapat fokus.Asyik sibuk memuji je.

Ada juga yang tangkap gambar siap buat mini love dengan tangan sendiri.

"So tak banyak ya orang muda yang datang,but I'm so proud of you guys yang datang,mahu berjaya diusia muda.Itu adalah satu semangat yang perlu ada"Kata Zafril.

Kalini dah keluar aura-aura lecture kacak.Sama seperti pertemuan mereka dulu di kolej.Tangan menconteng board putih.Mulut pula bercakap dengan suara hot dia.

'Cik tunang.. nak mengajar ke nak menggoda sekarang ni?'

"Jadi apa yang perlu ada adalah kerajinan.. orang muda kalau Bab kerajinan ni you need fokus okay.. Jangan asyik suruh boyfriend shave jambang dia sedangkan dia sendiri malas nak mandi.. Don't do that okay"

Dahlia kecilkan mata.Macam perli dia je sebab suruh cukur jambang.Tapi dia rajin mandi okay! Tapi,Bila pula dia suruh.

Hampir dua jam setengah juga kelas berjalan.Apa yang Dahlia dapat tangkap,dapatlah.Yang tak dapat tu nanti-nanti je lah.Sebab mata asyik sibuk memandang gerak geri Zafril.

Penat juga.Dah lah pagi tadi tak sempat sarapan.Rasanya ada kedai berdekatan dewan ni.Breakfast dulu dekat situ kemudian terus balik kondo.

Tak adalah jauh sangat kedai makan tu.Jalan kaki je dah sampai.Kereta dia parking pun tak jauh dari kedai tu.Ramai jugalah.Mungkin yang habis kursus datang isi perut.

Milo ais dengan Nasi lemak Ayam yang dia pesan.Makan awal,nanti balik kena beli barang dapur pula.

"Dah oder?"

Terkejut Dahlia.Tengah ralik main telifon.Muncul Zafril yang duduk dihadapannya.

"D-dah.. Dato buat apa dekat sini?" Kekok Dahlia.Orang ramai pun dah perhati mereka.Mungkin orang yang menyertai kursus.Pelik bila Dato yang mengajar mereka tiba-tiba makan satu meja dengan perempuan.

Takpun pelik orang kaya makan dekat gerai tepi jalan.Normal lah tu!

"Can i join?"

"Sure.. Dato oder lah"

"Dah.. tunggu sampai je"

Minuman mereka sampai dulu.Keduanya membasahkan tekak.

"Lepasni awak balik rumah terus ke?"Tanya Zafril.

"Tak,saya nak pergi beli barang dulu.."

"Barang dapur?"

"Ya,Dato sendiri tahu kan saya tak suka makan kat luar,ni pun harap kosong je rumah tu"

"Why not awak stop panggil saya Dato,sakit lah telinga saya.."

Lah dah kenapa pula sampai sakit telinga? Taik telinga tersumbat ke? Panggilan Dato tu pun dah cukur hormat untuk Zafril.

"Call me Zafril.. Don't formal with me kalau kita ada dekat luar melainkan dalam class"

"Eh? Ibu marah Tau kalau saya panggil macamtu.. Dah la Dato tua dari saya.."Dahlia geleng kepala.

"Habistu? Nak panggil apa? Abang? Kekanda? Papa?"

"Takpelah tak jadi.. panggil Zafril pun jadilah.."Dahlia geleng kepala yang tidak gatal.

"Takpun yang dalam bahasa Korea tu.. Obor.."Zafril peluk tubuh.Berlagak macam dia sudah menyebut perkataan Korea dengan betul.

"Obor?"

"Haah,panggilan untuk pasangan kekasih.."

"Pfft awak belajar mana ayat tu?"

"Kdrama.."

Dahlia ketawa terbahak-bahak.Pleik juga Zafril.Apa?Dia Salah sebut ke?

"Kenapa? Ingat saya tak layan?"

"Bukan Obor.. tapi Yoebo.."

Makanan yang dipesan mereka sampai.Keduanya memesan nasi lemak tapi jauh berbeza betul dengan Zafril.Pinggan dia hanya dipenuhi timun dan telur rebus.Nasi tu,bagi Dahlia habis makan start enjin kereta pun rasa lapar balik.

Seukuran satu genggam nasi yang ada dalam pinggan Zafril.

"Kenyang ke makan nasi sikit tu? Lauk lain ada kenapa ambik timun dengan sayur.. banyak pula tu"Soal Dahlia.

Nak kata tak mampu bayar,rasanya satu kedai ni dia mampu bayar.

"Jaga badan.. awak nak ke kahwin dengan saya kalau perut saya buncit?"

Dahlia naikkan keningnya.

"Lah.. dah kenapa? Biasalah buncit-buncit tu.. Tanda bahagia tahu,cukup makan minum"Jawab Dahlia.Penuh nasi dalam mulut.

"Im not a guy like that.. Saya tak perlu tunjuk kebahagian dekat orang lain.Biar saya je yang rasa kebahagian tu sendiri.."Kata Zafril.

"Saya memang suka kurangkan nasi dan lebih kan sayur and lauk protein.. Jaga badan tak bermaksud nak kekal maintain je.. nak orang nampak kita cantik,tapi saya jaga untuk kesihatan.. "

"Faham.. "Dahlia angguk kepala.

"Ouhh, saya lupa,esok awak busy ke?"

"Busy lah nak datang kursus awak,lepastu abi suruh pergi buat ujian HIV"Kata Dahlia.

"Kursus kahwin dah ada ke?"

"Dah.. saya pernah teman kawan saya,dah alang-alang tu saya pun ambil lah sekali"

"Ouhh baguslah.."

"Kenapa?"

"Tak.. just nak minta awak teman saya makan malam"

*

Dahlia memilih barang manakala Zafril menolak troli.Jangan Tanya kenapa dia ikut datang beli barang sekali.Jawapan dia hanya mahu berlanja Dahlia.Dan ini adalah Kali terakhir dia beli barang rumah sebelum bergelar seorang isteri.

Apa salahnya.Jimat duit kalau orang berlanja ni.Tak payah la dia nak susah-susah keluarkan duit.Boleh beli perfume baru duit yang Along bagi.

"Dahlia can I ask you something?"

"What?"

"Kenapa Mawar tak datang?"

Zafril Masih tolak troli.Dahlia berhenti sekejap Dari memilih barang.Ya tak ya juga,kenapa dia tak datang.

Tadi pun Dahlia tak nampak Mawar langsung dalam class.

"Awak tak pergi jenguk dia ke?"

"Entahlah,sejak balik dari Korea.. Saya memang dah tak rapat sangat dengan Mawar.."

"Biarlah urusan keluarga dia.."

*

Seperti yang dijanjikan semalam.Dahlia keluar makan bersama Zafril.Mereka tidak berdua tapi bertiga.

Dahlia hanya jadi batu ditengah-tengah.Hanya fokus makan dan pekakkan telinga.Biar orang tua bercakap,kita jangan menyampuk.

Kalau dia tahu awalnya Zafril nak bawa makan tempat mewah.Dah lama dia bersiap cantik-canyik.Ini pakai hoodie set lepastu selipar dengan tudung shawl sempang.

Nasiblah tak ramai sangat yang makan dekat hotel ni.Takdalah malu sangat.

"Dahlia.. sign here.."

Zafril memberinya satu kertas kontrak.Dahlia ambil,kenapa pula kena sign? Surat nikah ke? Tapi macam tak.

"Tak perlu baca,lambat.. just sign it.."Kalini lelaki yang agak lembut itu menegurnya.

Dahlia tinggalkan Tanda tangan di bawah.Tertanya2 juga apa yang ada dalam surat tu.

"Okay lah.. nanti I siapkan..bye baby handsome"Lelaki itu bangkit Dan berlalu dimeja mereka.Semoat juga dia cuit pipi Zafril.Mesti dah lupa jantina sendiri tu.

"What is that ?"Tanya Dahlia.

"Hadiah untuk awak"Biasa saja Zafril jawab.Makanan yang terhidang miliknya diambil.Dari tadi di biar di atas meja tanpa diusik.Dah sejuk dah chicken shop dia oder.

"Hadiah apa?"

"I'm buying a cafe for you"

Tersedak Dahlia dengar.Orang sekeliling pun mula memerhati.Nak hilang rasa malu.Zafril bangun Dari kerusi Dan menepuk berlakang Dahlia.Nak tunjuk boyfriend mithali bila cik girlfriend tersedak.

Tak lupa dia tersenyum lalu kembali duduk.

"Awak beli kafe untuk saya? For what?"

"Anggap je,itu adalah hadiah untuk saya.."

Dahlia pandang Zafril tidak puas hati.Dia Masih mampu untuk buka Kafe sendiri.Lebih Dari mampu.Duit dia bekerja dulu pun Masih banyak,tu tak masuk lagi duit Alongnya bagi.

"Terima kasih untuk itu, Tapi kenapa awak bagi cafe tu dekat saya? Saya lebih dari mampu nak buka Kafe sendiri.."

"Awak tak suka?"

"Bukan saya tak suka.. Tapi awak macam tunjukkan yang saya tak boleh nak usaha sendiri.. biarlah saya usahakan sendiri.Ini masa dewasa saya..Saya tak suka awak bantu saya,saya perlu berdiri di atas kaki sendiri.."Kata Dahlia bersungguh.

Tak guna dia belajar jauh-jauh untuk berdikari.Tapi akhir sekali ada orang yang jadi tangga untuk dia.

"It's okay.. awak boleh buka Kafe idaman awak.. tapi yang ini,saya tetap nak bagi awak uruskan.. nanti kalau dah ada anak,anak pun dah besar.. bolehlah bagi dia jaga"Sengih panjang Zafril.Dengan keningnya diangkat berkali-kali.

Amboii jauh betul angan-angan.Kahwin pun tidak lagi.

"Apa? Sekurang-kurangnya anak kita belajar macam mana mama papa dia belajar"

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience