Part 25

Romance Completed 24429

Sementara menanti adik-adiknya pulang daripada sekolah, Sarah duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Tok..tok..

Pintu rumahnya diketuk. Sarah bangun dari kusyen lalu melangkah ke muka pintu.

" Siapa pulak tu? Takkan Fiq dengan Syira " soal Sarah sendirian.

Sarah membuka pintu. Dia terkejut saat melihat Aqif di hadapannya kini.

" Eh Aqif? " .

" Assalamualaikum " Aqif tersenyum lebar.

Gembira dia dapat berjumpa dengan Sarah. Ketika dia mendapat khabaran Sarah mahu berhenti kerja dan berkahwin, hatinya hancur. Musnah harapannya untuk memperisterikan Sarah.

Kebetulan tadi dia lalu di hadapan rumah Sarah, Aqif terus berhenti apabila melihat skuter milik Sarah terparkir di hadapan rumah.

" Waalaikumsalam. Mana kau tahu aku ada kat sini? " soal Sarah.

" Kebetulan tadi aku lalu, nampak skuter kau. Saja cuba nasib, rupanya kau memang ada. Bila balik? " .

" Baru jer tadi. Saja nak jumpa adik-adik aku " jawab Sarah.

Aqif mengangguk.

" Sejak kahwin ni mana nak ingat aku dah kan. Singgah tempat kerja lama pun tak " .

" Alah bukannya aku lupa. Aku ingat kau lah. Kau satu-satunya kawan rapat yang aku ada .Cuma tu lah sekarang kan aku dah kahwin, aku ada tanggungjawab lain " .

" Iyalah Sarah. Aku faham " .

" Eh jomlah duduk kat pangkin tu, tak elok pulak berborak kat pintu jer. Sorry tak dapat ajak kau masuk rumah, aku tinggal seorang " .

Tidak manis pula nanti jika dia mengajak Aqif masuk ke dalam rumah. Lainlah jika adik-adiknya ada sekali.

" Haa takpa aku faham lah " .

" Kau pergi duduk kat pangkin tu dulu, aku buatkan air sekejap " .

" Alright " .

Sarah terus melangkah ke dapur. Manakala Aqif duduk menanti Sarah di pangkin hadapan rumah Sarah.

Tidak sampai berapa minit Sarah masuk ke dalam rumah, sebuah motosikal ex 5 berwarna hitam berhenti di hadapan rumah.

Syafiq dan Syira sudah pulang daripada sekolah. Selama ini mereka ke sekolah berjalan kaki sahaja tapi kini menaiki motosikal. Farhan yang membelikannya. Katanya Syira dan Syafiq tidak lagi perlu berjalan kaki. Sekolah dan rumah tidaklah begitu jauh. Jika jalan kaki hanya mengambil masa 10 minit sahaja.

Tetapi Farhan tetap ingin membelikan motorsikal buat mereka agar lebih mudah.

" Abang Qif! " Syafiq mengangkat tangan pada Aqif.

Syira terus melangkah masuk ke dalam rumah. Dia sudah tidak sabar ingin berjumpa Sarah. Syafiq pula melangkah ke pangkin. Dia dan Aqif agak rapat. Lagipun Aqif sudah menganggap Syafiq seperti adiknya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience