Part 11

Romance Completed 24435

Farhan mengajak Sarah ke klinik kerana kecederaan di pergelangan tangannya akibat terkena pisau ketika dia melawan perompak sebentar tadi.

Sebaik pulang daripada klinik, Farhan mengajak Sarah minum dahulu di sebuah kedai makan berhampiran dengan klinik.

" Macam mana encik boleh tahu nama saya? " soal Sarah semula.

Pertanyaannya tadi tidak sempat dijawab oleh Farhan kerana Farhan terkocoh-kocoh membawanya ke klinik. Bimbang jika kecederaan pada pergelangan tanggannya itu parah.

Farhan tersenyum kecil. Dia sempat menyedut fresh orange di gelasnya sebelum menjawab soalan Sarah.

" Sarah tak ingat saya? " soal Farhan.

Laju Sarah menggeleng.

" Saya salah seorang pelanggan dekat restoran yang awak kerja. Malam kelmarin saya ada datang dengan anak saya " jelas Farhan.

Sarah ketawa.

" Encik, mana lah saya nak ingat. Pelanggan kat restoran tu ramai. Lain lah kalau encik ni Aaron Aziz, confirm saya ingat muka encik " .

Farhan ketawa kecil. Pandai gadis ini berseloroh pula.

" Tak apalah kalau Sarah tak ingat saya. By the way terima kasih banyak-banyak sebab tolong saya tadi. Kalau Sarah tak ada tadi, saya pun tak tahu lah apa jadi. Kesian Sarah disebabkan saya tangan Sarah pulak yang cedera kan " .

" Takpalah. Sikit jer ni. Benda pun dah nak jadi. Encik tu lain kali jangan cuai sangat. Zaman sekarang ni kena hati-hati, perompak banyak " sempat Sarah menasihati Farhan.

" Insya Allah lepas ni saya akan lebih berhati-hati. Nak saya hantarkan awak balik? " .

Sarah baru teringat. Dia harus pulang ke rumah segera. Sebentar lagi adik-adiknya akan pulang dari sekolah dan dia masih belum memasak lagi.

" Takpa takpa. Saya kena balik ni cepat ni " .

" Eh tak apalah saya boleh hantarkan" .

" Takpa. Saya bawa motor sendiri. Thanks belanja air ni. Bye, Assalamualaikum " Sarah terus berlalu.

Farhan ditinggalkan terpinga-pinga di situ.

" Waalaikumusalam " jawab Farhan.

Dia memegang dadanya. Berdegup kencang. Dia sendiri tidak tahu kenapa. Jika dulu dadanya berdegup kencang kerana melihat arwah Salsabila. Adakah dia merasakan perasaan yang sama pada Sarah juga?

***

Sampai sahaja di rumah, Sarah terkocoh-kocoh memasak. Dia sempat menggoreng nasi sahaja.

" Assalamualaikum " Syira dan Syafiq melangkah masuk ke dalam rumah.

" Waalaikumsalam " jawab Sarah daripada dapur.

" Akak masak apa? " soal Syira.

" Nasi goreng jer. Akak tak sempat nak masak yang lain. Tak apa kan? " .

" Ermm takpa. Syira pun dah lama tak makan nasi goreng yang akak masak".

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience