Part 14

Romance Completed 24429

" Takpa Sarah. Awak tak tahu kan " Farhan memotong kata-kata Sarah.

" Awak dah lama kerja kat sini? " .

" Lama jugak lah " .

" Memang shift malam hari-hari? Siang awak duduk rumah jer lah ni? ".

" Eh taklah. Pagi saya kerja kat gerai. Tengahari saya balik rehat sekejap. Petang saya masuk kerja sini pulak " .

" Awak tak penat ke Sarah? " soal Farhan.

Sarah menggeleng.

" Saya dah biasa. Apa nak buat. Zaman sekarang ni kerja keras sikit. Barang semua dah naik " .

" Berapa gaji awak? " .

" Dekat gerai sebulan 300, restoran pulak 700 jer. Tu pun kalau saya datang awal. Kalau saya lewat masuk, gaji kena tolak " .

Farhan simpati dengan Sarah. Gajinya tidak berbaloi langsung.

" Awak tinggal dengan siapa? " .

" Dengan adik-adik saya. Dia orang sekolah lagi. Sebab tu saya kena kerja keras lagi. Banyak nak pakai duit. Ayah dan mak saya dah lama meninggal " .

" Awak yang ambil alih tempat arwah untuk jaga adik-adik awak? " .

Sarah mengangguk. Farhan semakim simpati melihat nasib Sarah. Wajahnya yang sentiasa ceria itu membuatkan dia kelihatan tiada masalah langsung. Sedangkan dalam fikirannya macam-macam perlu difikirkan.

" Umur awak berapa? " .

" 22 " .

" Muda lagi. Awak tak nak sambung belajar? " .

" Saya sekolah pun sampai tingkatan empat jer. Manalah ada universiti yang nak ambil saya " Sarah ketawa kecil.

Farhan mengangguk faham.

" Dah lah encik saya nak sambung kerja " Sarah meminta mengundur diri.

Pelanggan di restoran itu semakin ramai.

" Okay " Farhan mengangguk.

Sarah terus berlalu ke meja pelanggan yang baru sampai untuk mengambil pesanan makanan. Senyuman langsung tidak lekang di bibirnya.

Farhan bangga dengan gadis seperti Sarah. Betapa tabahnya jiwa remaja itu melalui segala ujian dan dugaan tanpa pernah merungut.

***

" Oitt Sarah " panggil Aqif.

" Apa? " .

" Kau borak dengan siapa tadi tu? " soal Aqif.

Dia cemburu saat melihat Sarah rancak berborak dengan seorang lelaki.

" Oh tu lah orang yang kena rompak hari tu " jawab Sarah.

Aqif baru teringat. Lelaki itu yang bertanyakan nama Sarah pada dia.

" Dia yang tanya nama kau pada aku hari tu " cerita Aqif.

" Oh patutlah dia tahu nama aku " .

" Kenapa dia tanya ha? " Aqif hairan.

Sarah menjungkit bahunya.

" Entah-entah dia suka kau " teka Aqif.

" Merepeklah aku. Dia tu suami orang lah " .

" Iya ke? " .

" Ha'ah. Tapi isteri dia dah meninggal dunia " .

" Duda lah ni? Kau jangan rapat dengan dia Sarah. Bahaya lah " .

Sarah mencebik. Dia menggeleng kepalanya. Aqif seperti biasa tak habis-habis berfikiran negatif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience