Part 22

Romance Completed 24435

Sarah termenung menghadap tingkap. Dia bosan duduk di rumah. Lagi-lagi tiada teman bersembang. Farhan di pejabat. Alif pula ke sekolah.

Hanya tinggal dia dan Farhana di rumah. Farhana pula asyik berkurung di dalam bilik sahaja.

Sarah mengeluh perlahan. Rindu rasanya pada tempat kerja lamanya. Biarpun letih, Sarah gembira dengan kerja halal nya itu.

Tiba-tiba terasa pinggangnya di peluk daripada belakang. Sarah tersentak. Dia pantas menoleh.

" Abang? " .

Farhan sudah tersenyum kecil.

" Iyalah takkan hantu pulak " jawab Farhan selamba.

Hidung Sarah ditarik lembut.

" ishh terkejut Sarah tau. Ingatkan siapalah tadi. Dah lah main peluk jer pinggang orang " Sarah menampar perlahan lengan Farhan.

Farhan ketawa melihat wajah cemberut Sarah.

" Biarlah. Abang pelung pinggang isteri abang sendiri. Tak salah kan? ".

" Memanglah tak salah. Tapi abang tu tiba-tiba jer. Lain kali bagilah salam dulu " .

" Abang dah puas bagi salam. Sarah yang termenung jer " .

" Iya ke? Ada ea? " soal Sarah.

Laju Farhan mengangguk.

" Ni kenapa tiba-tiba balik awal? " .

Hairan tiba-tiba sahaja hari ini Farhan pulang awal. Selalunya dia akan pulang lepas waktu pejabat.

" Sebab rindu isteri kat rumah " jawav Farhan.

Sarah mencebikkan bibirnya.

" Elehh mengada sangat " .

" Abang ada sesuatu nak bagi dekat Sarah " .

" Apa dia? " .

" Tutup mata dulu " .

" Kena tutup mata ke? " soal Sarah.

" Tutuplah. Baru suprise " .

" Okay " Sarah menurut. Matanya di pejamkan.

Farhan mengeluarkan seutas rantai leher daripada poketnya. Lalu rantai itu dipakaikan di leher Sarah.

" Okay dah boleh buka mata " arah Farhan.

Sarah perlahan-lahan membuka matanya. Dia terkejut saat melihat seutas rantai emas di lehernya. Loket bertatahkan berlian itu berbentuk hati dan terukir huruf ' F ' .

" Suka? " soal Farhan.

" Mestilah suka. Kenapa abang belikan? " soal Sarah.

" Saja. Hadiah untuk Sarah " .

Farhan memang sudah bercadang untuk memberikan hadiah kepada Sarah. Dia tidak tahu hendak membeli apa jadi memilih untuk membeli rantai leher sahaja.

Sarah bukanlah perempuan yang suka bergaya dengan kasut, baju atau handbag.

" Tapi bukan birthday Sarah " .

" Beli hadiah tak perlu nak tunggu birthday pun sayang " pipi Sarah dicubit perlahan.

Sarah ketawa. Dia bukanlah perempuan yang suka memakai hiasan seperti rantai leher tetapi hadiah daripada Farhan membuatkan dia rasa sangat gembira.

Tanpa disedari mereka ada mata yang memerhati mereka dengan perasaan yang tidak puas hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience