Part 20

Romance Completed 24429

Farhan menolak daun pintu biliknya. Dia melihat Sarah sedang duduk di birai katil.

Farhan terus melangkah masuk ke dalam bilik.

" Assalamualaikum " .

Sarah tersentak.

" Waalaikumsalam " jawabnya.

Farhan terus melabuhkan punggungnya di sebelah Sarah.

" Kenapa ni? Termenung jer " soal Farhan.

Selepas solat Isyak berjemaah tadi, Sarah meminta diri untuk ke bilik.

" Akak encik tak suka dengan saya? " soal Sarah.

Farhan tergelak.

" Kenapa encik gelak? " soal Sarah.

" Sarah, saya dah jadi suami awak. Awak masih nak panggil saya encik? ".

Sarah termalu sendiri.

" Saya panggil awak Farhan lah kalau macam tu? " .

Farhan menggeleng.

" Saya lagi tua daripada awak. Dan saya suami awak. Mana boleh panggil nama jer " .

" Habis tu nak panggil apa? " .

" Apa-apa. Asalkan panggilan tu menujukkan awak hormat dengan saya sebagai suami awak " .

Sarah diam. Otaknya ligat berfikir.

" Saya tak tahulah " .

Farhan ketawa. Terasa lucu melihat wajah Sarah ketika ini.

" Okaylah macam ni, Sarah panggil abang jer " .

" Tapi awak bukan abang saya. Awak suami saya " jawabnya ringkas.

Pecah ketawa Farhan. Tak sangka isterinya itu lurus.

" Memanglah saya bukan abang Sarah. Tapi dengan panggilan abang tu menunjukkan awak hormat saya " .

" Apa-apa lah " .

" Cuba panggil abang " .

" Abang " tanpa perasaan Sarah menyebutnya.

" Macam tak ikhlas jer " .

" Ikhlas atau tak tu mana boleh nampak " .

" Iyalah iyalah. Sarah menang " Farhan mengalah.

Sarah sudah tersenyum lebar.

" Sarah tanya apa tadi? " soal Farhan.

Jauh mereka menyimpang sehingga lupa topik asal mereka.

" Haa yaa. Akak abang tak suka Sarah? " soal Sarah.

Kali ini kata ganti namanya sudah ditukar. Farhan tersenyum seketika. Suka dia mendengar Sarah membahasakan dirinya dengan nama.

" Tak adalah. Mana ada. Sarah jer yang fikir bukan-bukan kot " jawab Farhan.

Realitinya dia sendiri tahu Farhana tidak setuju dengan perkahwinannya dengan Sarah.

" Oh. Bukan apa dari gaya macam tak suka jer " .

" Kak Hana memang macam tu. Tapi dia okay " .

Sarah mengangguk faham.

" Abang harap Sarah selesa lah tinggal kat rumah ni. Sarah anggap rumah ni macam rumah Sarah jugak. Abang memang daripada dulu tinggal dengan Kak Hana " .

" Mestilah selesa. Rumah abang ni jauh lebih selesa daripada rumah Sarah " .

Tiba-tiba Sarah teringatkan adik-adiknya pula. Dia terpaksa berpisah dengan mereka. Maklumlah dia sudah bersuami jadi seorang isteri harus mengikut suami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience