Part 17

Romance Completed 24435

Semakin hari hubungan Sarah dan Farhan semakin rapat. Alif juga mula menyayangi Sarah begitu juga dengan Sarah.

Farhan senang dengan kehadiran Sarah. Gadis itu membuatkan hidupnya bertambah ceria.

" Papa " Alif melangkah ke arah Farhan.

" Hai sayang " Farhan mengangkat Alif lalu diletakkan di atas pehanya.

" Papa, kakak Sarah mana? " soal Alif.

" Kakak Sarah tengah kerja lah sayang. Alif nak jumpa dia ke? " .

Alif mengangguk laju.

" Nak! " jawabnya ceria.

" Okay malam nanti papa bawak Alif pergi restoran kak Sarah kerja okay?".

" Okay papa " .

" Alif suka dengan kak Sarah? " .

" Mestilah suka. Kak Sarah tu macam mama Alif dah " .

Farhan tersenyum kecil.

" Jadi Alif suka lah kalau kak Sarah jadi mama Alif ni? " .

" Mestilah Alif suka papa. Papa kahwin lah dengan kak Sarah. Nanti kak Sarah jadi mama Alif. Boleh lah Alif tunjukkan dekat kawan-kawan Alif yang Alif pun ada mama " panjang lebar Alif berceloteh.

Farhan hanya membalas dengan senyuman. Dia mengusap perlahan rambut Alif. Dia akui dia juga senang dengan kehadiran Sarah di dalam hidupnya.

Hidupnya kian bertambah baik sejak kehadiran Sarah. Alif juga sudah tidak merengek lagi jika ke sekolah.

Sejujurnya Farhan tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain selepas kehilangan Salsabila. Tapi kini pintu hatinya kian terbuka untuk Sarah. Setiap kali dia bersama Sarah, dia rasa satu perasaan yang berbeza.

Perasaan yang dia sendiri tak pasti bagaimana hendak dijelaskan. Walaupun kini Sarah sudah mewarnai hidupnya, cintanya pada Salsabila tetap utuh di hatinya.

***

Sarah terkejut mendengar kata-kata yang keluar daripada bibir Farhan. Tiba-tiba sahaja lelaki itu mengajaknya berkahwin.

Beberapa hari yang lepas Farhan sudah pun menunaikan solat istikharah. Dan di dalam mimpinya dia melihat Sarah. Farhan yakin dengan keputusannya untuk mengahwini Sarah.

" Encik, saya baru jer kenal encik. Tiba-tiba encik ajak saya kahwin. Merepek lah " jawab Sarah.

Menyesal pula dia berjumpa dengan lelaki itu hari ini. Baru sahaja kenal beberapa bulan lelaki tu sudah mengajaknya berkahwin. Langsung tak masuk akal!

" Berapa lama kita kenal seseorang tu pun, kita tak akan betul-betul kenal hati budi dia Sarah " .

Sarah mengerutkan dahinya.

" Encik jugak yang cakap hati encik tak terbuka untuk mana-mana perempuan kan. Sekarang ni kenapa tiba-tiba ubah fikiran pulak? " .

" Itu dulu. Sebelum saya kenal Sarah " jawab Farhan selamba.

Wajahnya tenang sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience