Part 16

Romance Completed 24435

Farhan membawa Alif dan Sarah ke pantai. Itu permintaan Alif. Katanya sudah lama dia tidak bermain di pantai.

" Sebenarnya Sarah, wajah arwah isteri saya mirip sangat dengan awak. Sebab tu saya pernah panggil awak Salsabila. Salsabila tu arwah isteri saya " cerita Farhan.

Mata Sarah yang masih melihat ke arah Alif terus menoleh ke arah Farhan.

" Boleh saya tahu kenapa arwah meninggal? " soal Sarah.

" Dia menghidap kanser otak " .

Sarah mengangguk faham.

" Alif boleh terima kehilangan mama dia? " .

" Masa tu dia kecil lagi. Tak tahu apa-apa kan. Cuma sekarang ni dia asyik buat perangai tak nak pergi sekolah sebab kawan-kawan dia ejek dia tak ada mama. Saya dah buntu untuk pujuk dia " .

" Budak-budak encik. Mestilah dia orang rasa macam tu. Saya faham perasaan dia. Adik-adik saya dulu waktu kecil pun tak nak pergi sekolah sebab kena ejek " Sarah ketawa kecil.

Puas dulu dia memujuk Syafiq ke sekolah. Pujuk cara baik tak jalan, Sarah mengugut mahu mengurung Syafiq di dalam reban ayam jika dia tidak mahu ke sekolah.

" Alif perlukan kasih sayang seorang ibu " .

" Jadi encik kahwin lah lain " cadang Sarah.

" Hati saya tak terbuka untuk mana-mana perempuan " .

Sarah tersenyum hambar.

" Saya nak pergi tengok Alif sekejap " Sarah meminta diri.

Dia terus melangkah ke arah Alif yang ralit membuat istana pasir.

Farhan hanya menjadi pemerhati. Sesekali dia tersenyum melihat layanan Sarah pada Alif. Bibir Alif tidak lekang dengan senyuman. Jelas dia gembira.

***

" Kenapa kau cuti semalam? Tak pernah-pernah kau ambil cuti " soal Aqif hairan.

" Aku pergi dating " jawab Sarah selamba.

Terbuntang mata Aqif mendengarnya. Setahu dia Sarah tidak punya teman lelaki.

" Kau biar betul Sarah? " .

" Tak adalah. Sibuk jer nak tahu aku pergi mana tau " .

" Iyalah kau tu kawan aku mestilah aku tanya. Salah ke? " .

" Tak salah. Tapi kau tu banyak tanya. Tak habis-habis tanya " .

" Nak tanya pun kedekut lah kau ni " Aqif mencebikkan bibirnya.

" Suka hati lah " .

" Merajuk dengan kau. Tak nak cakap dengan kau lagi " Aqif berlalu.

" Elehh merajuk konon. Tak kuasa aku nak pujuk " Sarah ketawa.

Aqif kalau merajuk tak perlu dipujuk. Nanti dia sendiri akan datang menegur Sarah. Menantikan Sarah memujuk memang tak lah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience