Part 15.

Romance Completed 24429

Hari ini Farhan mengajak Sarah keluar bersamanya. Dia menyuruh Sarah mengambil cuti. Dia sanggup membayar Sarah.

Dia mahu memperkenalkan Alif pada Sarah. Dia yakin Alif pasti gembira. Setelah puas dia memujuk Sarah, barulah Sarah setuju untuk keluar dengannya.

" Wah akak nak keluar dengan siapa ni? " soal Syira.

Dia hairan melihat Sarah. Tiba-tiba sahaja mahu keluar dengan kawan. Setahu dia Sarah tidak pernah ada kawan selain kawan di tempat kerja.

" Nantilah akak cerita " jawab Sarah.

Kereta audi berwarna hitam berhenti di hadapan rumah mereka.

Sarah meninjau di tingkap.Farhan yang beriya mahu mengambilnya. Ikutkan hati Sarah, dia mahu sahaja membawa motor skuter nya itu.

Dia bukannya biasa naik kereta mewah begitu.

" Uishh tu ke kawan yang akak nak keluar? " soal Syira teruja.

Dia tidak sangka pula Sarah berkawan dengan orang berada sebegitu.

" Sibuklah budak kecik ni. Akak keluar sekejap jer. Petang nanti akak balik. Jangan asyik tengok TV sampai lupa nak study pulak " pesan Sarah.

" Baik bos " .

Syira hanya menghantar pandangannya dari muka pintu. Dia melambai tangan ke arah Sarah sebelum kereta berlalu.

" Kak Sarah pergi mana tu? " soal Syafiq yang baru sahaja keluar daripada biliknya.

Syira menoleh ke arah adik bongsunya itu.

" Ntah. Tapi Kak Sarah cakap dia keluar dengan kawan. Akak tengok lelaki tu macam kaya jer. Anak datuk kot " .

" Aik? Sejak bila pulak Kak Sarah ada kawan dengan anak datuk? " .

Syira menjungkitkan bahunya.

" Entahlah Fiq. Biarlah. Sekali sekala bagi lah chance Kak Sarah enjoy dengan hidup dia. Asyik kerja jer kan. Tak boleh jugak " .

" Betul jugak tu. Mana tahu kot-kot tak lama lagi Kak Sarah naik pelamin " .

Syira ketawa kecil.

" Ha'ah lah kan. Kak Sarah dah banyak berkorban untuk kita. Dia tak pernah langsung fikir pasal diri dia. Asyik sibuk fikirkan kita " .

" Kita sama-sama doakan untuk Kak Sarah " .

Syira mengangguk tanda setuju.

***

" Siapa tadi tu? Adik Sarah ke? " soal Farhan.

" Ha'ah adik saya. Yang nombor dua " .

" Oh. Sarah tak kisah kan keluar dengan saya? " .

" Saya dah setuju nak keluar dengan encik maknanya saya tak kisah lah " jawab Sarah bersahaja.

" Alif, suka tak dapat keluar dengan kakak Sarah? " soal Farhan pada Alif di tempat duduk belakang.

Alif mengangguk laju.

" Suka sangat-sangat " ujarnya gembira.

Sarah tersenyum melihat wajah ceria Alif. Dia bersimpati dengan kanak-kanak itu. Kecil-kecil lagi sudah hilang kasih sayang seorang ibu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience