Part 13

Romance Completed 24435

" Abang tak pernah terfikir pun untuk hidup tanpa Sal " .

Salsabila tersenyum tawar. Wajahnya kelihatan begitu pucat.

" Selagi Sal dapat bertahan, Sal akan cuba. Tapi kalau dah kehendak Allah, Sal tak dapat lawan " .

Farhan menarik Salsabila dalam pelukannya.

" Abang yakin Sal mampu. Jangan cakap soal ni lagi sayang. Abang tak nak dengar " .

" Maafkan Sal. Sal cintakan abang sangat-sangat. Dulu hidup Sal sunyi tapi bila Sal kahwin dengan abang, Sal bahagia sangat abang. Sal gembira. Sal dapat rasakan satu kebahagiaan yang Sal tak pernah rasakan sebelum ni " .

" Abang pun cintakan Sal. Hari ni, esok dan selamanya. Cinta abang hanya untuk Sal " .

" Abang janji ya akan jaga anak kita bila Sal dah takda? Sal tak kisah kalau abang nak kahwin lain. Abang berhak. Dan Alif perlukan mama " .

" Shutt. Abang tak nak dengar lagi " jari telunjuk Farhan diletakkan di bibir Salsabila.

Farhan kembali ke dunia nyata. Saat-saat terakhir dia bersama Salsabila tiba-tiba menjelma di fikirannya.

Tanpa dipinta air mata Farhan mengalir perlahan. Dia pantas mengesat. Rindu yang paling sakit adalah rindu pada orang yang sudah tiada lagi.

Melupakan Salsabila bukannya mudah. Salsabila adalah cinta pertamanya. Gadis pertama yang mencuri hatinya. Selepas kepergian Salsabila, dalam fikiran Farhan tidak pernah terlintas untuk berkahwin lain.

Kehadiran Sarah membuatkan pintu hati Farhan terbuka semula. Gadis itu menarik perhatiannya sama seperti arwah Salsabila. Farhan sendiri tak pasti dengan perasaannya.

***

Farhan tersenyum memandang Sarah. Dia melambai tangannya pada Sarah.

Malam itu Farhana masih belum pulang. Jadi Farhan bercadang makan di luar sahaja. Dia memilih restoran yang Sarah kerja. Dapat dia berjumpa dengan gadis itu.

" Eh encik datang makan sini? " soal Sarah.

" Ha'ah. Dah lama dah saya datang. Makanan pun dah nak habis ni " jawab Farhan.

" Saya kat dapur tadi. Busy sikit " .

" Oh. Duduk lah saya nak borak dengan awak sikit " .

Mata Sarah meliar memerhati sekeliling. Pelanggan pada malam itu tidak begitu ramai. Mungkin kerana baru jam 8.45 malam.

Sarah menarik kerusi di hadapan Farhan. Lalu melabuhkan punggungnya di situ.

" Awak dah makan? " soal Farhan.

" Dah. Encik datang seorang jer ke? Mana anak dengan isteri encik? " soal Sarah.

Farhan diam seketika.

" Saya datang seorang. Anak saya ikut kakak saya balik kampung. Isteri saya pula dah meninggal dunia " .

Sarah tergamam. Dia serba salah.

" Sorry encik saya tak ada niat nak.. " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience