Part 7

Romance Completed 24429

Farhan memberhentikan keretanya di hadapan sebuah restoran. Malam itu Farhana pulang ke kampung suaminya kerana ada kematian saudara suaminya. Jadi dia tidak sempat memasak. Oleh itu Farhan membawa Alif makan di luar sahaja.

Mereka jarang makan di restoran. Setiap hari Farhana akan memasak.

" Okay dah sampai. Jom " Farhan membukakan seat belt Alif.

" Yeay! Alif nak makan tom yam! " jerit Alif ceria.

Farhan hanya tersenyum melihat anaknya itu. Dia memimpin tangan Alif sambil melangkah ke dalam restoran besar itu.

Mata Farhan meliar mencari meja kosong, sebaik melihat ada meja kosong di belah kiri restoran dia cepat-cepat menarik tangan Alif.

Malam itu restoran agak penuh. Meja kosong juga berkurangan. Mungkin kerana malam ini malam minggu jadi ramai ahli keluarga yang makan di situ.

" Dik, order " panggil Farhan kepada seorang pekerja lelaki.

" Jap ya bang " jawab lelaki itu.

Farhan mengangguk. Dia faham pekerja-pekerja di situ juga sibuk kerana ramai pelanggan pada malam itu.

" Order bang " seorang gadis datang ke meja Farhan.

" Bagi saya fresh orange dua. Nasi putih dua. Tom yam dua set dan sotong goreng tepung dua set juga " pesan Farhan.

Tangan gadis itu pantas menulis di atas kertas order.

" Itu sahaja bang ? " gadis itu mengangkat mukanya memandang Farhan.

Farhan terkejut melihat gadis itu. Wajahnya mirip...

" Salsabila? " mata Farhan tidak berkedip melihat gadis di hadapannya itu.

Sarah mengerutkan dahinya.

" Salsabila? Sini tak ada menu Salsabila " jawab Sarah selamba.

Farhan tersentak mendengar jawapan Sarah. Sempat pula gadis itu berseloroh.

" Jadi ini sahaja bang? " soal Sarah semula.

Farhan mengangguk perlahan.

" Okay. Sekejap ya bang. Malam ni orang ramai. Nak tercabut tangan saya ni dah " Sarah terus berlalu ke dapur.

Farhan tersenyum kecil. Wajah gadis itu benar-benar mirip dengan arwah isterinya. Cuma lesung pipit di gadis itu yang membezakan. Lesung pipit di pipi arwah isterinya di belah kiri pipi. Manakala gadis itu di pipi kanannya.

Gaya gadis itu juga berbeza. Cara dia berpakaian seperti lelaki. T-shirt lengan pendek. Seluar jeans dan cap di atas kepalanya. Rambutnya di ikat kuda.

" Kenapa papa? " soal Alif hairan melihat papa nya tersenyum sendirian.

" Tak ada apa-apa lah sayang. Sabar ea sekejap lagi kita makan " jawab Farhan.

Alif mengangguk perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience