Part 28.

Romance Completed 24429

Pangg.

Farhan menampar kuat pipi Sarah. Farhana tersenyum mengejek. Dia juga terkejut dengan tindakan Farhan. Dia tidak sangka Farhan akan bertindak begitu.

Adiknya itu bukanlah seorang lelaki yang panas baran. Dia tidak pernah melihat Farhan mengasari perempuan. Inilah kali pertama dalam hidupnya.

Sarah memegang pipinya. Matanya sudah berkaca. Namun ditahan air matanya. Dia tidak mahu terlihat lemah.

" Selama ni aku layan kau baik-baik. Apa jer yang akak aku cakap tentang kau, aku tak peduli langsung. Tapi kau memang dah melampau! Perempuan jenis apa kau ni?! " jerkah Farhan.

Terhinjut bahu Sarah mendengar jerkahan Farhan.

" Sarah sendiri tak tahu apa salah Sarah " ujar Sarah perlahan.

Suaranya menggigil.

" Kau fikir lah sendiri salah kau! Aku dah tak nak tengok muka kau lagi " Farhan terus berlalu keluar daripada rumah.

Enjin kereta dihidupkan. Kereta Farhan meluncur laju keluar daripada halaman rumah.

Farhana tersenyum puas memandang Sarah. Akhirnya dia berjaya membuat rumah tangga adiknya itu retak.

" Kau tak pekak lagi kan? Kau dengar apa yang adik aku cakap? Dia dah tak nak tengok muka kau lagi. Kau berambus sekarang daripada rumah aku. Macam mana kau datang cara baik, aku nak kau pergi pun dengan cara baik " Farhana memandang tepat wajah Sarah.

" Saya tak akan keluar daripada rumah ni selagi bukan Farhan sendiri yang halau saya " jawab Sarah.

Ya dia tak akan keluar daripada rumah itu jika bukan Farhan sendiri yang menghalaunya. Sarah ingin memberikan masa dahulu pada Farhan. Mungkin lepas dia tenang seketika, mereka dapat menyelesaikan masalah ini baik-baik.

" Kau ni memang pekak kan? Dia dah cakap tak nak tengok muka kau! Ini bermakna dia nak kau berambus. Kau berambus lah apa lagi! Aku meluat tengok muka perempuan tak ada maruah macam kau ni. Dah miskin buat cara miskin jangan kahwin dengan orang kaya lepas tu kikis harta dia " .

Sarah memejamkan matanya. Setiap kata hinaan yang keluar daripada mulut Farhana dibiarkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Farhana berlalu meninggalkan Sarah sendirian.

Sarah terduduk lemah. Air matanya mengalir perlahan. Dia tidak pernah terbayang rumah tangganya akan retak sebegini. Bukan setakat retak mungkin akan hancur terus. Semuanya disebabkan kedatangan Aqif ke rumahnya.

Dia tidak menyalahkan Aqif. Tapi Sarah terasa dengan sikap Farhan yang melulu. Sepatutnya Farhan menanyakan padanya dahulu. Bukan bertindak melulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience