Part 1

Romance Completed 24435

Sarah terkocoh-kocoh bersiap. Dia sudah lambat untuk ke tempat kerjanya. Sebentar lagi pasti dia dibebel oleh majikannya.

Hampir setiap hari Sarah bangun lewat. Mana tidaknya, siang dia bekerja di kedai gerai makan. Malam pula dia bekerja di sebuah restoran.

Mahu atau tidak Sarah terpaksa juga demi mencari rezeki. Dia harus membesarkan adik-adiknya. Ibu bapanya sudah lama meninggal dunia kerana kemalangan. Sejak itu Sarah mengambil alih tugas mereka. Dialah ayah, dia juga ibu.

Demi adik-adiknya, Sarah sanggup berkorban. Kadang-kadang terdetik rasa cemburu di hatinya melihat rakan-rakan sebaya dengannya menyambung pelajaran. Mereka tidak perlu sibuk memikirkan cara untuk mendapat duit. Semuanya sudah tersedia.

Namun siapalah dia untuk melawan takdir Allah yang maha kuasa. Mungkin sudah tertulis takdirnya begitu. Sarah redha. Biarpun umurnya baru sahaja mencecah 22 tahun, semangat Sarah kuat. Dia tidak pernah mengalah mencari rezeki untuk adik-adiknya. Penat lelah diketepikan asalkan adik-adiknya selesa.

" Kak Sarah, Syira lambat lagi hari ni" rungut Syira.

" Akak terlajak tidur lah. Penat sikit. Sorry lah. Ni akak sempat buatkan roti telur jer " .

" Yelah " .

" Dah pergi sekolah cepat lambat nanti. Syafiq mana? " soal Sarah.

Matanya meliar mencari adik bongsunya itu. Syira mengangkat bahu tanda tidak tahu.

" Syafiq! Cepat lah sikit. Lambat dah ni " jerit Sarah.

Bergema rumah peninggalan arwah ibu dan bapanya dengan suara Sarah. Dengan Sarah jangan main-main. Dia seorang gadis yang sangat tegas. Lagi-lagi dengan adik-adiknya.

Syafiq terkocoh-kocoh datang ke dapur. Sebelum Sarah menjerit lebih kuat lebih baik dia cepat.

" Ya kak " jawab Syafiq.

" Lambat. Eh Fiq kau tu dah nak SPM tau tahun ni. Buat cara macam nak SPM, ni tak lambat pergi sekolah. Tak reti bangun sendiri? " bebel Sarah.

Syafiq menggaru kepalanya yang tidak gatal. Membebel panjang pula kakaknya itu.

" Er..er Fiq jom pergi sekolah sekarang. Nanti lambat pagar tutup. Bye kak Sarah " Syira terus keluar memakai kasut sekolahnya selepas menyalami tangan Sarah.

Begitu juga dengan Syafiq. Semakin lama dia berada di situ, semakin panjang lah bebelan kakak sulungnya itu.

Sarah hanya menggelengkan kepala melihat adik-adiknya itu. Tahun ini Syira akan mengambil STPM manakala Syafiq pula akan mengambil SPM.

Oleh kerana itu dia harus bekerja keras lagi untuk mengumpul duit. Kelak adik-adiknya itu akan menyambung pelajaran di universiti pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience