Part 27

Romance Completed 24429

" Mana bini Han? " soal Farhana.

Sejak daripada tadi dia tidak melihat batang hidung adik iparnya itu.

" Sarah tidur rumah dia " jawab Farhan ringkas.

Farhana melabuhkan punggungnya di kerusi hadapan Farhan. Petang-petang begini mereka selalunya duduk di laman rumah sambil minum petang.

" Eh suka hati dia jer nak tidur sana. Dia lupa yang dia dah ada suami? " .

" Takpalah kak. Lagipun dia dah minta izin dengan Han. Adik-adik dia rindukan dia, tak salah pun kan " .

Farhana mencebikkan bibirnya. Adiknya itu tak habis-habis mahu membela isterinya.

" Cuba jadi suami tu tegas sikit. Jangan asyik nak ikut telunjuk isteri jer. Han tu ketua keluarga " .

" Iya kak Han tahu. Lagipun Sarah tu pergi jumpa adik-adik dia jer. Bukannya buat apa pun. Tak akan Han nak halang dia jumpa adik-adik dia " .

" Ikut suka Han lah. Jangan menyesal pulak nanti " .

Farhan diam. Dia malas mahu mengeruhkan keadaan lagi. Farhana memang begitu, jika dia tidak suka ada sahaja salah yang dia cari. Farhan sudah kenal sangat dengan sikap kakaknya itu.

***

" Han " Farhana terkocoh-kocoh mendapatkan Farhan yang sedap bersarapan di meja makan.

" Kenapa kak? " soal Farhan. Dia menyuapkan sesudu nasi goreng ke dalam mulutnya.

" Tengok ni " Farhana menunjukkan telefon bimbitnya pada Farhan.

Farhan terkejut. Nasi yang belum habis dikunyah di dalam mulutnya itu seperti rasa hendak terkeluar semula.

" Akak dah cakap kan. Tu lah degil lagi. Nasihat akak ni tak nak dengar. Dah buta sangat dengan cinta " .

Farhan diam. Dia mati kata. Otaknya beku seketika. Dia tidak percaya Sarah seperti itu.

***

Selepas sarapan pagi, Sarah terus pulang ke rumahnya. Apa pula kata suaminya nanti jika dia pulang lewat ke rumah.

Sampai sahaja di rumah Sarah melihat kereta Farhan masih ada terparkir di hadapan rumah banglo dua tingkat itu. Jam sudah menujukkan pukul 9.30, selalunya Farhan sudah ke pejabat.

Sarah terus melangkah masuk ke rumah. Dia rasa hairan apabila semua mata memandang ke arahnya.

" Assalamualaikum " .

Farhan tidak menjawab salam Sarah. Dia tunduk. Farhana pula menjeling tajam ke arah Sarah.

" Abang tak pergi office ke? " soal Sarah.

" Kenapa kalau aku tak pergi office? Kau tak puas lagi nak menggatal dengan jantan tu? " soal Farhan kasar.

Matanya mencerlung memandang Sarah.

" Abang cakap apa ni? Sarah tak faham? " soal Sarah.

Dia benar-benar tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Farhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience