Part 29

Romance Completed 24429

Farhana menghumban beg pakaikan milik Sarah ke luar rumah. Tubuh Sarah juga diheret dan ditolak ke luar rumah.

Sarah tersungkur jatuh di hadapan pintu.

" Aku halau kau cara baik, tapi kau tak nak. Kau nak sangat kan aku halau kau cara ni? " Farhana tersenyum sinis.

" Jangan pernah kau muncul lagi depan aku. Aku benci kau! Jangan sesekali tunjukkan muka kau. Aku akan pastikan adik aku ceraikan kau secepat mungkin. Mimpi indah kau dah tamat Sarah " serentak dengan itu Farhana menghempas kuat pintu rumah.

Sarah mengutip beg pakaiannya. Dia akan ingat hari ini. Hari di mana dia dibuang dan dilayan seperti sampah. Dihina, dimaki dan dicaci. Dia akan ingat semuanya.

***

Syafiq dan Syira hairan dengan kakaknya itu. Tiba-tiba sahaja Sarah pulang ke rumah. Tanpa sepatah kata dia terus meluru masuk ke dalam bilik.

Pintu bilik pula dikunci daripada dalam.

" Kak, kenapa dengan kak Sarah tu? " soal Syafiq.

Syira menjongketkan bahunya menandakan dia tidak tahu.

" Pelik jer. Ntah-ntah dia bergaduh dengan abang Han agaknya " teka Syira.

" Ish akak ni. Takkanlah... " ayat Syafiq terus terhenti sebaik mendengar pintu bilik Sarah terbuka.

Mata Syira dan Syafiq terus terarah pada Sarah.

" Mulai hari ini jangan ada sesiapa pun sebut nama Farhan. Akak dah tak ada apa-apa dengan dia. Dan tolong jangan tanya akak apa-apa lagi. Akak tak akan jawab. Kalau kau orang degil jugak, kau orang tak akan jumpa akak lagi sampai bila-bila " ugut Sarah.

Syira dan Syafiq berpandangan sesama sendiri.

" Faham? " soal Sarah.

Kedua-dua adiknya itu mengangguk serentak.

" Bagus " Sarah masuk semula ke dalam biliknya.

Pintu bilik dikunci semula daripada dalam.

Syira dan Syafiq ditinggalkan dengan beribu pertanyaan. Mereka berdua tidak berani bertanya lebih-lebih. Bimbang dengan ugutan Sarah.

***

Farhan meraup rambutnya ke belakang. Dia mengeluh perlahan.

Sampai sahaja dia di rumah, dia sudah tidak melihat Sarah lagi. Isterinya itu sudah pergi. Terdetik penyesalan di dalam hati Farhan.

Dia tersedar dia agak melampau dengan memaki hamun Sarah tanpa mendengar penjelasan Sarah dahulu.

Namun hatinya masih sakit. Dia tidak boleh menerima kecurangan Sarah terhadapnya.

" Pergi lah... " kata Farhan sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience