Part 10

Romance Completed 24429

Farhan berjalan keluar daripada bank CIMB. Dia baru sahaja menukar cek kepada duit.

Tanpa disedarinya ada seorang lelaki yang tidak dikenali mengikutnya daripada belakang.

Sarah yang kebetulan lalu di situ ternampak ada seorang lelaki yang mencurigakan. Dia pantas mengikut langkah lelaki itu. Sarah perasan ada pisau lipat di genggaman tangan lelaki itu.

" Ni nak merompak lah ni. Tak guna " Sarah mempercepatkan langkahnya.

Lelaki yang mengikuti langkah Farhan sebentar tadi sudah mulai bertindak. Dia menarik dompet milik Farhan daripada poket seluar belakang.

Kakinya pantas berlari saat dia sudah mendapatkan dompet milik Farhan.

" Woi! " jerit Sarah.

Dia berlari selaju mungkin mengejar perompak itu.

Farhan pula seakan terpinga-pinga. Dia meraba poket belakangnya. Baru dia tersedar dompetnya sudah tiada.

***

Saat Sarah semakin menghampiri perompak itu, kakinya pantas menendang belakang lelaki itu.

Lelaki itu tersungkur jatuh.

" Kau bagi balik dompet tu! " jerit Sarah.

" Argh. Jangan harap. Kau jangan nak menyibuk lah perempuan. Aku bunuh kau nanti " jawab perompak itu.

Dia berusaha untuk bangun semula.

" Bagi balik " Sarah cuba merampas dompet milik Farhan daripada tangan perompak itu.

Perompak itu mengeluarkan pisau lipatnya lalu dia menghalakan pisau itu ke pergelangan tangan Sarah.

" Auchh " darah merah mengalir di pergelangan tangan Sarah.

Sarah dengan pantas memijak perut lelaki itu. Perut lelaki itu ditendang berkali-kali. Dengan Sarah jangan pernah mencari pasal.

Lelaki itu sudah lemah tidak berdaya lagi. Sarah merampas dompet di dalam genggaman lelaki itu.

" Kau jangan nak berani cari pasal dengan aku. Ni Sarah lah. Kau ingat aku lemah macam perempuan lain? Kerja nak merompak jer. Pemalas! Jadi sampah masyarakat lah kau! " .

Beberapa orang mula mengerumuni perompak yang sedang terbaring lemah itu.

Ada yang menelefon polis. Ada yang merakam gambar dan video. Ada juga yang sempat memberi tazkirah ringkas pada perompak itu. Bermacam ragam orang awam.

Farhan yang baru tiba memerhati sekeliling. Dia juga mencari dompetnya. Soal duit dia tidak kisah sangat tetapi kad pengenalan dan lesen sangatlah penting baginya.

" Bro, nah " Sarah menepuk belakang Farhan.

Farhan menoleh. Dia terkejut melihat gadis itu.

" Sarah? " .

Sarah mengerutkan dahinya. Mana dia tahu nama aku?

" Sarah kan? " soal Farhan sekali lagi.

" Ha'ah saya Sarah. Mana encik tahu nama saya? " soal Sarah semula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience