Part 4

Romance Completed 24435

Syira mencebikkan bibirnya melihat lauk di atas meja. Hanya ada telur dadar dan juga kicap.

" Makan lah cepat " ajak Sarah.

Tangan Sarah pantas mengisikan nasi ke dalam pinggan adik-adiknya. Dia harus cepat kerana sebentar lagi dia harus bekerja di restoran pula. Dia tidak mahu terlewat.

" Tak nak lah. Syira dah bosan lah asyik makan lauk yang sama. Dah jemu tekak Syira ni " rungut Syira.

Sarah dan Syafiq saling berpandangan.

" Makan jer lah Kak Syira. Penat Kak Sarah masak tau. Cuba bersyukur sikit " sampuk Syafiq.

" Kau diam lah. Kau tu tak tahu apa-apa pun. Kalau macam ni lah lauk Kak Sarah marah, baik tak payah masak lah! " Syira menolak pinggan di hadapannya lalu terus berlalu masuk ke dalam bilik.

Pintu biliknya dihempas kuat.

" Dah lah Fiq. Makan jer. Akak tak suka lah tengok adik-adik akak bergaduh. Nanti akak usahakan lagi supaya kita dapat makan lauk sedap-sedap " Sarah tersenyum kelat.

" Kak, apa yang akak dah buat ni pun dah cukup baik. Akak korbankan hidup akak semata-mata untuk kita orang " .

" Dah cepat makan. Nanti lambat pulak nak pergi kelas tambahan " .

Syafiq mengangguk perlahan. Dia tahu Sarah berkecil hati dengan kata-kata Syira. Namun Sarah bukanlah seorang yang suka menunjukkan apa yang dia rasa. Semuanya dia simpan sendiri.

***

Sarah termenung sendirian. Gajinya bulan ini memang ada lebih tetapi dia mahu menyimpannya untuk masa depan Syira dan Syafiq. Itupun tidak banyak.

Dia tahu dia tidak mampu menyediakan makanan yang sedap-sedap untuk adik-adiknya. Jarang sekali mereka makan makanan yang sedap-sedap.

" Selagi hayat akak ada, akak akan pastikan adik-adik akak hidup sempurna macam keluarga lain. Akak akan cuba " air mata Sarah mengalir perlahan.

Hanya ketika dia duduk sendirian air matanya senang benar mengalir. Di depan adik-adiknya tidak pernah lagi dia menangis. Sentiasa nampak kuat sahaja.

Yang nampak kuat di luaran itu tidak semestinya kuat juga di dalam. Terkadang dia rebah juga. Demi keluarga yang tercinta dia harus kuat.

Sarah pantas mengesat air matanya. Gambar arwah ibu dan bapanya dipeluk erat. Dengan gambar itulah dia melepaskan rindu.

Tanpa disedari Sarah, ada mata yang melihat dia menangis sendirian. Air mata Syafiq juga mengalir. Dia bangga mempunyai kakak seperti Sarah. Dia berjanji pada dirinya sendiri, apabila dia berjaya suatu hari nanti dia akan mengubah nasib mereka semua. Dan membalas jasa kakaknya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience