Part 8

Romance Completed 24435

Ketika makanan yang dipesan Farhan sampai, bukan Sarah yang menghantarnya tetapi seorang pekerja lelaki.

" Dik, nak tanya sikit boleh tak? " soal Farhan pada lelaki itu.

" Tanya apa ya bang? " .

" Siapa nama pekerja perempuan yang pakai cap tu ea? " .

" Pakai cap? Ohh Sarah nama dia " jawab lelaki itu.

Dia yakin Farhan maksudkan Sarah. Memandangkan tiada lagi pekerja perempuan di restoran itu yang memakai cap.

" Oh Sarah " Farhan mengangguk.

" Kenapa ya bang? Dia ada buat hal ke? " soal lelaki itu.

" Eh tak adalah. Saya saja tanya nama dia. Dia okay jer " .

Lelaki itu mengangguk.

" Oh saya ingat kenapalah tadi. Saya pergi dulu ea bang " lelaki itu meminta diri.

" Haa iyalah. Terima kasih " ucap Farhan.

Matanya meliar mencari gadis yang bernama Sarah itu.

Farhan tersenyum sendiri melihat cara gadis itu melayan pelanggan. Ceria sahaja wajahnya biarpun dia letih.

" Papa kenapa senyum seorang-seorang? " soal Alif.

Farhan termalu sendiri.

" Tak ada apa-apa lah sayang " pipi Alif dicubit perlahan.

Selesai makan, Farhan membawa Alif ke kaunter pembayaran.

" Semuanya RM 45.00 " kata perkerja di kaunter itu.

Farhan mengeluarkan sekeping not RM 50 daripada dompetnya lalu dihulurkan pada gadis itu.

" Takpa simpan baki tu " kata Farhan.

" Terima kasih encik. Datang lagi " .

" Sama-sama " jawab Farhan.

Sebelum beredar sempat lagi dia menjeling sekilas ke arah Sarah yang sibuk mengambil pesanan makanan pada pelanggan.

***

" Sarah " panggil Aqif.

Sarah yang sedang mengemas barang-barangnya itu berpaling.

" Kenapa? " soal Sarah.

" Tadi kan ada seorang customer ni tanya nama kau dekat aku " cerita Aqif.

" Tanya nama? Kenapa pulak dia tanya nama aku? " soal Sarah hairan.

" Itulah yang aku pelik. Bila aku tanya kau ada buat hal ke dengan dia, dia cakap tak ada pulak. Sibuk jer dia tanya nama girlfriend aku ni " Aqif ketawa kecil.

" Ewah sejak bila aku jadi girlfriend kau ni? Tumbuk muka kau baru tahu" Sarah mengacahkan penumbuknya di muka Aqif.

" Eh janganlah. Kau ni tak sayang aku ke ha? " .

" Tak ada masa lah aku nak sayang kau. Kau bukannya penting pun. Tu adik-adik aku kat rumah tu pun tak berapa nak cukup kasih sayang kau tahu " .

Aqif ketawa. Ada-ada sahaja Sarah ni.

" Kau dah nak balik ke ni? " soal Aqif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience