Part 6

Romance Completed 24429

" Termenung jauh nampak " tegur Farhana.

Farhan tersentak daripada lamunannya. Dia menoleh ke arah kakaknya itu.

" Eh akak ni. Terkejut Han lah " .

Farhana ketawa kecil.

" Itulah siapa suruh berangan lagi. Alif dah tidur? " .

" Dah. Baru jer lepas tidurkan dia " Farhan mengangguk perlahan.

" Han kenapa? Ada masalah ke? " soal Farhana prihatin.

Sejak kedua-dua orang tua mereka meninggal, Farhana yang menjaga Farhan sehinggalah dia meningkat dewasa dan mempunyai keluarga. Sehingga sekarang mereka masih lagi tinggal bersama walaupun kedua-dua mereka sudah berkahwin.

" Entahlah kak. Lately ni Alif asyik buat perangai tak nak pergi sekolah jer " .

" Lah, kenapa pulak? " .

" Dia cakap kawan-kawan dia ejek dia sebab tak ada mama " cerita Farhan.

" Haishh budak-budak sekarang ni. Macam-macam lah " Farhana menggelengkan kepalanya.

" Han tak tahu lah nak buat apa. Penat dah nak pujuk Alif tu " .

" Tiada siapa yang dapat gantikan tempat Salsabila, Han. Tak ada siapa " kata Farhana tiba-tiba.

" Maksud akak? " soal Farhan tidak mengerti.

" Akak tak setuju langsung kalau Han nak berkahwin lain suatu hari nanti. Salsabila seorang jer yang boleh jadi adik ipar akak. Tak ada siapa yang boleh gantikan dia " .

Farhan ketawa kecil.

" Han tak pernah terfikir pun akak untuk kahwin lain. Cinta Han hanya untuk arwah Salsabila jer " .

" Akak bukan apa. Akak cuma ingatkan jer. Han tahu kan akak sayang sangat dengan Salsabila. Beribu perempuan yang datang pun takkan ada yang sama macam dia " .

" Ya akak Han faham. Soal Alif tu nanti pandai-pandai lah Han pujuk dia nanti " .

Farhana mengangguk perlahan. Tiba-tiba hatinya terasa sebak apabila bercerita tentang arwah Salsabila. Gadis itu satu dalam sejuta. Ketabahannya menghadapi segala ujian membuatkan Farhana bangga dengannya.

Farhana juga lah yang memperkenalkan Farhan pada Salsabila. Ketika itu Farhana hampir dirogol seorang lelaki, Salsabila yang membantunya melawan lelaki itu sehingga pergelangan tangannya cedera terkena pisau.

Salsabila tinggal sendirian. Dia tidak mempunyai ahli keluarga. Hidupnya di habiskan dengan bekerja dan malam pula dia akan memberi makan kepada fakir-fakir miskin di tepi jalan dan lorong-lorong.

Biarpun hidupnya susah, dia masih lagi mahu membantu orang yang susah. Katanya rezeki yang Allah beri harus dikongsi bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience