Part 31

Romance Completed 24429

Farhan meraup wajahnya. Doktor mengesahkan darahnya tidak sesuai untuk didermakan pada Farhana.

Sekarang dia hanya perlu menanti penderma yang sudi menderma darah untuk Farhana.

Darah Adam juga tidak serasi dengan darah Farhana. Farhan dan Adam buntu memikirkan cara untuk mencari penderma darah bagi Farhana.

" Macam ni Han? Keadaan kak Hana tu dah teruk. Kalau kita tak jumpa juga penderma dalam waktu yang terdekat macam mana? " soal Adam.

" Tu lah bang. Takpa kita jangan mengalah. Kita doa banyak-banyak supaya Allah permudahkan kita untuk mencari penderma darah yang sesuai dengan kak Hana " jawab Farhan.

Sarah terkejut saat melihat Farhan ada di hospital dan dia lebih terkejut apabila tahu Farhana yang mengalami kemalangan.

Ketika dia datang ke hospital untuk mengambil ubat bagi Mak Kiah dia terlihat kereta Farhan.

Tidak sangka pula Farhana kemalangan. Jatuh kasihan dia melihat keadaan Farhana. Sempat Sarah melawat Farhana seketika tadi.

Rasa marahnya pada Farhana terus hilang sebaik dia melihat Farhana terbaring kaku dengan kepalanya yang berbalut.

Sarah mencuri dengar perbualan Farhan dan Adam. Dia segera berjumpa dengan doktor. Dia mahu mendermakan darahnya pada Farhana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience