Part 3

Romance Completed 24429

" Iyalah. Dah sambung kerja " Pak Man terus berlalu ke depan semula.

Kak Ina menjeling tajam ke arah Sarah. Sepatutnya Sarah harus dimarahi oleh Pak Man.

" Kau siaplah nanti " Kak Ina sengaja menolak tubuh Sarah lalu berlalu pergi.

Sarah terus menyambung kerjanya. Malas dia mahu melayan. Semakin dilayan, semakin gila kepalanya.

***

" Nak mama! Alif nak mama! " teriak Alif.

Farhan sudah buntu memikirkan cara untuk memujuk anaknya itu. Isterinya, Salsabila sudah meninggal empat tahun yang lalu kerana kanser otak.

" Alif, mama dah tak ada sayang. Mama ada kat syurga sekarang ni. Alif tak boleh macam ni. Pergi sekolah ya?" pujuk Farhan.

" Tak nak! Nanti kawan-kawan Alif ejek Alif sebab tak ada mama. Alif nak mama Alif " Alif mulai menangis.

Farhan memandang sayu wajah anaknya itu. Isterinya meninggal ketika Alif berusia dua tahun. Mana mungkin Alif memgingati apa yang telah terjadi.

" Alif, papa sayang Alif tahu. Mama Alif ada. Alif bukannya tak ada mama. Cuma mama Alif sekarang ni tunggu Alif dekat syurga " rambut Alif diusap perlahan.

" Tapi kawan-kawan Alif ejek Alif. Alif tak nak pergi sekolah " .

" Lah, kalau Alif tak pergi sekolah macam mana nak jadi pandai? Ha? Cuba cakap dengan papa " .

" Alif tak suka kena ejek " .

" Pedulikan dia orang semua tu. Jangan risau okay. Nanti papa carikan mama untuk Alif " .

" Betul ni? Janji? " .

Farhan serba salah. Akhirnya dia mengangguk perlahan.

" Yeay yeay! " Alif melompat riang.

" Dah jom pergi sekolah " ajak Farhan.

Dia memimpin tangan Alif ke kereta. Bukan Alif sahaja yang mahukan mama, Farhan juga ingin mempunyai seorang yang istimewa di hatinya. Tapi cinta arwah isterinya terlalu kuat. Pintu hatinya tertutup untuk mana-mana perempuan.

Luaran sahaja Farhan nampak kuat tetapi di dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Dulu dia hampir mengalah saat kehilangan Salsabila. Namun demi Alif dia harus kuat. Alif perlukannya.

Perlahan-lahan dia mengubati hatinya. Perlahan-lahan dia cuba terima takdir Allah. Ada hikmah kenapa Allah mengambil Salsabila semula daripadanya. Dia redha dengan ketentuan Allah.

Saat dia mengetahui Salsabila mempunyai kanser otak, dia lah orang yang paling sedih. Dia takut kehilangan isterinya itu. Namun Salsabila menguatkan dirinya. Dia meyakinkan Farhan untuk sentiasa berfikiran positif.

Farhan tahu Salsabila menderita menanggung kesakitan namun dia tidak pernah tunjuk di hadapan Farhan. Hanya dia yang melaluinya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience