Part 34

Romance Completed 24429

" Han, dah jumpa Sarah? " soal Farhana sebaik Farhan melangkah masuk ke dalam rumah.

Farhan mengangguk perlahan.

" Mana dia? Bila dia nak balik sini? " soal Farhana.

" Dia takkan balik kak " jawab Farhan ringkas.

" Apa maksud Han? Akak tak faham " .

Farhan melabuhkan punggungnya di sofa hadapan Farhana. Dia mengeluh perlahan.

" Sarah terluka. Dia masih tak maafkan Han. Tapi Han tak salahkan dia sebab semuanya berpunca daripada Han sendiri jugak. Kalaulah Han percayakan Sarah, semua ni tak akan jadi " .

Farhana terdiam. Dia tidak sangka kerana dia rumah tangga adiknya itu retak. Betapa kejamnya dia.

" Han, akak minta maaf. Semuanya salah akak. Kalau tak disebabkan akak, semua ni takkan jadi Han. Maafkan akak " .

Farhan bangun dari duduknya.

" Dah terlambat kak. Semuanya dah jadi. Menangis air mata darah sekalipun takkan dapat patah balik masa " Farhan terus berlalu ke tingkat atas.

Air mata Farhana mengalir deras. Tersedu-sedu dia menangis. Rasa bersalah menyelubungi dirinya.

***

" Sarah " panggil Pak Man.

" Ya Pak Man? " Sarah menoleh ke arah Pak Man.

Tangannya yang tadi lincah memotong sayur, terhenti seketika.

" Ada orang nak jumpa Sarah " beritahu Pak Man.

" Siapa? " soal Sarah.

" Entah. Katanya ada hal nak bincang dengan Sarah. Dia ada tunggu dekat meja hujung tu " .

" Oh okay. Sarah pergi jumpa dia sekejap ea? " .

Pak Man mengangguk. Sarah terus berlalu daripada dapur.

" Sarah " .

Langkah Sarah terhenti.

***

" Akak tahu akak salah. Akak minta maaf Sarah. Tolong balik pada Han. Dia tak salah dalam hal ni. Yang salah akak " .

Sarah menarik nafas seketika.

" Macam yang akak pernah cakap dengan saya dulu, mimpi indah saya dah tamat " perli Sarah.

" Sarah, akak minta maaf. Maafkan akak? Tolonglah jangan hukum keluarga kami. Semua nak Sarah kembali di rumah tu. Balik ya Sarah? " pujuk Farhana lagi.

Dia tidak peduli jika Sarah mahu mengherdiknya. Di sedia terima.

" Orang dah buang saya, takkan saya masih nak terhegeh-hegeh. Saya pergilah. Saya dah lama maafkan. Cuma tak mudah untuk saya lupakan. Jangan ganggu hidup saya lagi. Kalau akak tak suka saya ada apa-apa dengan adik akak, akak boleh mintak dia ceraikan saya. Saya terima dengan hati yang terbuka " .

" Sarah...tak Sarah. Akak tak nak kau orang bercerai. Akak nak Sarah balik rumah tu semula " .

" Jangan paksa saya. Saya tak suka dipaksa macam akak pernah paksa saya keluar daripada rumah tu dulu " .

Farhana terkedu. Semua kata-kata yang keluar daripada bibir Sarah seakan memerlinya. Namun dia tiada hak untuk marah. Sarah boleh kata apa sahaja dia mahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience