Part 21.

Romance Completed 24429

" Sarah janganlah cakap macam tu. Rumah abang ke, rumah Sarah ke, semua sama jer. Tak ada yang beza " .

Sarah membalas dengan anggukan. Farhan meraih tangan Sarah lalu digenggam erat.

" Terima kasih sebab sudi terima abang sebagai suami dan terima kasih sebab sudi jadi mama untuk Alif " ucapnya.

" Kasih diterima " Sarah ketawa halus.

Farhan mencuit hidung Sarah. Mereka ketawa serentak.

***

Selepas solat subuh, Sarah terus ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.

Semenjak dia berkahwin, Farhan menyuruhnya berhenti kerja. Sarah tidak mahu tetapi didesak oleh Farhan. Katanya dia mampu menanggung makan minum dan keperluan Sarah dan adik-adiknya. Akhirnya Sarah terpaksa akur.

Kata Farhan rumah banglo dua tingkat ini tidak mempunyai orang gaji. Semuanya dilakukan oleh Farhana sendiri.

Jadi Sarah mahu membantu Farhana menguruskan rumah. Apa kata kakak iparnya itu jika dia tidak membantu langsung kerjanya.

Sebaik tiba di dapur Sarah melihat Farhana sibuk menumis bawang.

" Morning kak " sapanya ceria.

Farhana menoleh ke arah Sarah. Tiada riak langsung di wajahnya. Tanpa menjawab sapaan Sarah, Farhana menyambung kembali kerjanya.

Sarah terdiam seketika. Namun dia cuba positif kan mindanya. Mungkin Farhana penat.

" Nak Sarah tolong apa-apa? " soal Sarah.

" Tolong jangan ganggu keluarga aku. Boleh? " .

Sarah tersentak. Ekk! Kenapa dengan kakak iparnya itu.

" Saya tak faham " jawab Sarah.

Farhana menoleh ke arah Sarah. Matanya tepat memandang mata Sarah.

" Tak faham atau kau pura-pura tak faham? " sinis soalan Farhana.

" Apa tujuan kau kahwin dengan adik aku? Nak rampas semua harta dia? " .

" Eh tak. Akak dah salah faham ni " .

Farhana tersenyum sinis.

" Aku salah faham? Tak. Aku tak rasa aku salah faham. Tu tujuan sebenar kau kahwin dengan Han kan? " .

" Bukan kak. Demi Allah tak pernah terlintas difikiran saya nak rampas semua harta abang Han " .

" Sudahlah. Perempuan macam kau ni berlambak kat luar sana tu. Semua sama jer. Kaki kikis. Kau ingat muka kau sama dengan arwah Salsabila kau boleh gantikan tempat dia? Tak. Kau silap. Tak akan ada sesiapa pun yang boleh ganti tempat dia " .

Farhana akui wajah Sarah memang seiras dengan arwah adik iparnya itu. Tetapi dia tetap tidak suka dengan Sarah. Baginya Sarah hanya perosak hubungan kekeluargaan dia dan Farhan.

" Kau jangan sibuk-sibuk nak kacau kerja aku. Biar aku buat sendiri. Aku tak percaya kau masak, entah ubat guna-guna apa kau letak nanti " .

Sarah diam. Begitu bencinya kakak iparnya itu terhadap dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience