Part 12

Romance Completed 24429

" Eh kenapa tangan akak ni? " soal Syira risau saat melihat balutan di pergelangan tangan Sarah.

" Luka sikit jer ni " jawab Sarah.

Syira sudah mengagak jawapan Sarah. Sarah bukannya suka berkongsi. Dia lebih suka mendiamkan diri.

" Dah pergi mandi, solat zohor lepastu ajak Syafiq makan sekali " arah Sarah.

" Alright " Syira menurut.

Berani tidak menurut kata-kata Sarah. Mahu bergegar rumah dengan jeritan Sarah.

***

" Sarah! Kenapa tangan kau tu? " soal Aqif risau.

" Ish kau ni. Dah kenapa terjerit-jerit? Ha? Terkejut aku lah. Nasib baik tak terus jalan jer " marah Sarah.

" Tak lah aku bukan apa. Aku risau. Kenapa tangan kau tu? " .

" Tadi aku balik dari kerja nampak ada orang kena rompak. Aku tolonglah. Terkena pulak pisau dekat tangan aku " cerita Sarah bersahaja.

" Apa? Kau pergi lawan dengan perompak tu? " soal Aqif.

Sarah mengangguk.

" Eh Sarah gila lah kau ni. Bahaya kau tahu tak? Kalau jadi apa-apa macam mana ha? " .

" Alah benda dah nak jadi lah Qif. Sikit jer luka ni. Hidup lagi aku ha " .

Aqif memandang tepat wajah Sarah. Bersahaja gadis itu menjawab seperti tiada apa-apa yang berlaku.

" Memang lah kau hidup. Kalau apa-apa jadi dengan kau macam mana? Aku risau tahu? " .

Sarah mencebikkan bibirnya.

" Dah lah aku nak sambung kerja. Malas layan kau " Sarah terus berlalu meninggalkan Aqif sendirian.

Aqif hanya menggelengkan kepalanya. Bila lah Sarah akan melihat cintanya? Mungkin suatu hari nanti.

***

Farhan termenung di balkoni sambil menikmati keindahan alam. Hari minggu begini dia lebih banyak meluangkan masa di rumah sahaja.

Tiada mood untuk keluar kemana-mana. Alif pula pagi-pagi sudah mengikut Farhana pulang ke kampung belah suaminya.

Tinggal lah Farhan sendirian di rumah. Dia tidak bercadang untuk kemana-mana hari ini.

Tiba-tiba dia teringat pada arwah isterinya. Kebiasaan hari minggu begini arwah Salsabila akan mengajak mereka berkelah di tepi pantai sambil meluangkan waktu bersama.

Ah rindunya dia pada arwah isterinya Farhan meraup wajahnya perlahan.

" Abang, kalau Sal dah tak ada abang akan kahwin lain? " soal Salsabila.

Tiada riak di wajah Farhan.

" Sal cakap apa ni? Tolonglah jangan cakap macam ni. Sal kena kuat. Sal kena lawan sakit Sal " .

Salsabila mencapai tangan suaminya.

" Sal akan cuba. Tapi semuanya Allah yang tentukan. Abang kena redha kalau Sal dah tak ada nanti. Ya? " sayu sahaja wajahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience