Part 18

Romance Completed 24435

Sah lelaki di depannya ini sudah gila.

" Mengarut lah encik " .

" Sarah saya ada banyak sebab untuk kahwin dengan awak. Salah satunya ialah sebab saya mula cintakan awak. Saya ikhlas " .

Terlopong mulut Sarah mendengarnya. Selama 22 tahun dia hidup ini kali pertama lelaki mengucapkan lafaz cinta padanya.

" Alif perlukan kasih sayang seorang ibu. Saya rasa awak yang paling layak. Alif pun nak sangat awak jadi mama dia " .

Sarah diam. Kepalanya semakin kusut. Drama apakah yang sedang berlaku ?

***

" Akak tak setuju Han kahwin " tegas Farhana.

Sudah dari awal dia kata dia tidak mahu Farhan berkahwin lagi. Tiada siapa dapat gantikan tempat Salsabila.

" Tapi kak.. " .

" Han dah lupa pada Sal? Han dah buang nama Sal dalam hidup Han? " .

Farhan mengeluh perlahan.

" Han tak pernah lupa pun kak. Sal sentiasa dalam hati Han. Akak tak nak Han bahagia? Akak nak Han teruskan hidup Han macam ni? Han dah mula sayangkan dia kak " .

Farhana menggelengkan kepalanya. Dia tidak percaya. Dia kenal adiknya itu. Farhan bukan lelaki yang mudah jatuh cinta.

" Jangan mengarut Han. Jangan disebabkan muka dia sama macam arwah Sal, Han nak kahwin dengan dia. Akak tak setuju dengan idea merepek Han ni " bantah Farhana.

" Han tak main-main kak. Han nak kahwin dengan dia bukan sebab muka dia sama dengan arwah Sal. Tapi Han dah mula cintakan dia " .

" Akak tak faham betul dengan Han. Selama ni Han okay jer hidup tak ada isteri. Bahagia jer akak tengok. Kenapa tiba-tiba nak kahwin pulak sekarang ni? " .

" Apa yang akak nampak tak sama dengan Han rasa. Han kahwin bukan semata-mata kerana kepentingan Han tapi Alif juga. Alif perlukan kasih sayang seorang ibu " .

Farhana tersenyum sinis.

" Jangan jadikan itu alasan Han " .

" Terpulanglah akak nak cakap apa. Han tetap dengan keputusan Han " Farhan terus berlalu ke biliknya.

Farhana melabuhkan punggungnya di atas sofa. Dadanya turun naik menahan marah.

Sudah dari awal lagi dia beritahu dia tidak mahu Farhan berkahwin. Farhan tetap berkeras mahu berkahwin juga.

Dia bukannya tidak suka melihat adiknya itu bahagia tetapi dia tidak mahu mana-mana perempuan menggantikan tempat arwah Salsabila.

Baginya hanya Salsabila sahaja yang layak menjadi isteri Farhan. Tiada perempuan lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience