Part 2

Romance Completed 24429

Sarah memberhentikan skuter berwarna pink kepunyaannya di belakang gerai Pak Man.

Dia tergesa-gesa melangkah. Jam sudah menunjukkan pukul 8.15 waktu kerjanya sepatutnya pukul 7.30, Sarah benar-benar sudah terlewat.

" Amboi amboi awalnya bos besar ni datang " perli Kak Ina.

Sarah mengeluh perlahan sebaik melihat Kak Ina. Dia tidak gemar dengan perangai Kak Ina. Kak Ina adalah salah seorang pekerja di gerai Pak Man juga. Dia sering mencari pasal dengan Sarah. Ada sahaja yang tidak kena di matanya tentang Sarah.

Sarah terus membuat kerjanya tanpa mempedulikan Kak Ina. Jika dilayan memang tidak akan menjadi kerja. Dia sudah biasa mendengar perlian Kak Ina. Kak Ina juga menjadi batu api. Dia sering menghasut Pak Man dan mereka-reka cerita buruk tentang Sarah agar Sarah dibuang kerja.

Mujurlah Pak Man tidak melayan. Pak Man tahu Sarah seorang yang baik. Layanan Pak Man pada Sarah juga baik. Itu membuatkan Kak Ina cemburu.

" Kau ni pekak ke Sarah? " bahu Sarah ditarik kuat.

Sarah mengetap giginya. Dia berpaling menghadap Kak Ina.

" Apa masalah Kak Ina ni ha? " .

" Masalah aku sekarang ni, kau. Kau lah masalah aku " .

" Saya tak cari pasal dengan Kak Ina kan? Jangan cari pasal dengan saya " .

" Oh kau nak jadi gengster pulak ya? Baru setahun jagung dah berlagak. Kau ingat kau siapa? Ha? Datang kerja dah lah lambat " .

" Gerai ni Pak Man yang punya bukan Kak Ina. Bos saya pun Pak Man. Bukan Kak Ina. Kak Ina tu cuma pekerja jer. Sama macam saya. Tak perlu nak tunjuk hebat " .

Kak Ina semakin panas mendengar kata-kata yang terlontar dari bibir Sarah.

" Kau jangan lupa ea, aku dah kerja kat sini bertahun-tahun. Kau tu baru jer kerja. Tapi berlagak bukan main. Datang lambat macam kedai ni bapak kau yang punya! " .

" Ina! Sarah! Kenapa bising-bising ni?" soal Pak Man yang baru muncul di dapur.

" Pekerja kesayangan Pak Man ni lah. Datang kerja lambat, biadab pulak tu dengan saya " adu Kak Ina.

" Jangan nak menipu lah. Akak yang cari pasal dengan saya dulu " .

" Sarah datang lambat lagi hari ni? " soal Pak Man.

Sarah tunduk. Dia mengangguk perlahan. Terukir senyuman sinis di bibir Kak Ina.

" Takpalah. Pak Man faham Sarah perlu uruskan adik-adik lagi. Cuma Pak Man harap lepas ni cuba jangan lewat lagi lah ya " .

" Terima kasih Pak Man. Insya Allah Sarah akan cuba datang awal " .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience