Part 36 (ENDING)

Romance Completed 24429

Malam ini berlangsungnya majlis hari lahir Alif yang ke 8 tahun. Ramai tetamu yang hadir. Antaranya ialah kawan-kawan Farhana dan Farhan. Kawan-kawan sekolah Alif juga turut hadir.

Majlis bertemakan warna merah hitam itu begitu meriah. Alif tersenyum lebar.

Mata Farhan meliar mencari susuk tubuh seorang perempuan yang sangat dia cintai. Sejak dari tadi dia masih tidak nampak kelibat Sarah. Dia begitu berharap Sarah akan datang. Mungkin jodoh dia dan Sarah tidak panjang.

" Sabar Han. Kalau dah jodoh, dia akan datang jugak " Adam menepuk perlahan bahu adik iparnya itu.

Farhan tersenyum kelat.

Tiba masa untuk acara memotong kek pula. Semua tetamu berkumpul membentuk bulatan mengelilingi Alif.

" Terima kasih semua tetamu yang hadir pada malam ini memeriahkan lagi majlis hari lahir anak saya, Alif Qusyairi Bin Muhamad Farhan yang ke 8 tahun. Untuk anak papa, happy birthday sayang. Papa love you so much " dahi Alif dikucup lembut.

Semua tetamu yang hadir memberikan tepukan gemuruh. Selepas menyanyikan lagu happy birthday, Alif terus memotong kek.

" Mama " Alif memandang ke arah Sarah.

Farhan pantas menoleh. Dia terkejut. Dia sangka Sarah tidak akan datang. Ternyata dia salah. Sarah datang juga.

Sarah tersenyum manis ke arah Farhan dan Alif. Dia datang lewat kerana sebelum tiba di rumah Farhan dia singgah di kedai mainan untuk membeli hadiah kepada Alif.

***

" Abang ingat Sarah tak akan datang " .

" Mestilah Sarah datang. Majlis hari jadi anak Sarah kan " Sarah tersenyum kecil.

" Sarah dah maafkan abang? " soal Farhan.

Sarah mengangguk perlahan. Wajah polos Farhan ditenung seketika.

" Sarah dah lama maafkan abang. Sarah dah lupakan semua yang terjadi. Adat dalam berumah tangga, ada ujian yang datang. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Sarah dah banyak belajar daripada apa yang terjadi. Sarah minta maaf sebab tinggalkan abang " .

Farhan mengambil tangan kanan Sarah lalu diletakkan di dadanya.

" Kita lupakan semua. Abang cintakan Sarah. Walaupun Sarah bukan yang pertama, Sarah selamanya di hati abang. Abang nak Sarah tahu abang kahwin dengan Sarah bukan kerana wajah Sarah. Tapi kerana hati Sarah. I love you so much sayang " tubuh Sarah ditarik ke dalam pelukannya.

Sarah tersenyum mendengar kata-kata Farhan. Dia membalas pelukan Farhan.

" I love you too abang " .

Farhana dan Adam hanya menjadi pemerhati dari jauh. Mereka juga bahagia melihat Farhan dan Sarah sudah kembali seperti dulu. Moga bahagia milik mereka selamanya.

TAMAT

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience