Part 19

Romance Completed 24435

Sarah termenung memandang dinding rumahnya. Bagaikan hendak tembus sahaja.

Dia tidak tahu sama ada mahu menolak lamaran Farhan atau tidak. Dia tidak punya rasa apa-apa pada Farhan.

Tapi dia kesian pula pada Alif. Kanak-kanak itu begitu berharap Sarah setuju untuk menjadi mama nya. Baru sahaja semalam dia berjumpa dengan Alif.

Sarah tidak sanggup menghampakan Alif. Tapi jika dia kahwin dengan Farhan, dia akan menjadi isteri lelaki itu. Sarah masih belum sedia untuk menjadi seorang isteri.

Sarah memejamkan matanya. Dia harus membuat keputusan yang betul. Jika dia silap, semuanya akan berantakan.

***

" Kenapa tiba-tiba kak? " soal Syira.

Terkejut dia apabila Sarah tiba-tiba memberitahunya dia akan berkahwin lagi dua bulan. Dan semakin terkejut apabila Sarah memberitahu bakal suaminya itu adalah seorang duda anak satu.

Sarah sudah membuat keputusan mahu menerima lamaran Farhan. Setelah berminggu-minggu dia berfikir akhirnya dia memberi kata putus juga.

" Dah jodoh " selamba Sarah menjawab.

Syafiq memandang ke arah Syira. Dia juga seperti Syira, terkejut mendengarnya.

" Kau orang tak suka ke kalau akak kahwin? " soal Sarah tiba-tiba.

" Eh bukan macam tu kak, cuma pelik. Tak ada angin, tak ada ribut akak tiba-tiba nak kahwin " jawab Syafiq.

" Macam yang akak cakap tadi, dah jodoh " .

" Dengan duda? Ada anak pulak tu " .

" Kak Syira " tegur Syafiq.

Dia tidak suka Syira berkata begitu. Dengan siapa pun Sarah berkahwin itu haknya. Mereka tiada hak untuk menghalang dan mempersoalkannya.

" Jangan risau, walaupun akak dah kahwin nanti akak tak kan pernah abaikan tanggungjawab akak. Kau orang masih lagi di bawah tanggungjawab akak " .

" Tahniah kak. Fiq gembira, tak sabar nak tengok akak kahwin nanti " Syafiq tersenyum kecil.

Sarah hanya tersenyum kelat. Syira pula sudah diam membisu. Tiada lagi kata-kata yang keluar daripada bibirnya.

***

" Aku terima nikahnya Sarah Binti Ahmad dengan mas kahwin sebanyak 500 ringgit tunai " .

Dengan sekali lafaz kini Sarah sudah bergelar isteri Farhan. Tiada majlis persandingan kerana itu permintaan Sarah. Dia hanya mahu membuat majlis akad nikah sahaja.

Alif terus memeluk Sarah. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Farhan menoleh ke arah belakang. Dia tersenyum memandang Sarah. Sarah cepat-cepat tunduk saat mata mereka bertembung. Tiba-tiba sahaja dia rasa malu dengan lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience