Part 35

Romance Completed 24429

Sarah termenung sendirian. Pertemuannya dengan Farhana siang tadi bermain di fikiran. Da bukannya kejam sehingga tidak dapat memaafkan kesalahan Farhana. Cuma dia masih belum mampu untuk melupakan.

" Kak " panggil Syafiq.

Tiada sahutan.

" Kak " kali ini suaranya dikuatkan sedikit.

Masih sama. Tiada sahutan.

" Kak Sarah " panggil Syafiq lagi.

Sarah tersentak. Dia terus menoleh ke arah Syafiq.

" Eh Fiq. Kenapa? " soalnya.

" Akak okay? " .

Laju Sarah mengangguk.

" No. Fiq tahu akak tak okay. Kenapa ni kak? " .

" Taklah akak okay jer " .

" Tipu. Fiq panggil akak banyak kali tadi. Akak berangan. Ingat dekat siapa ha? " .

Sarah ketawa kecil.

" Tak ada siapalah " .

" Akak fikirkan abang Han? " soal Syafiq tiba-tiba.

Sarah terdiam. Mati terus gelak tawanya sebentar tadi.

" Akak, Fiq tahu akak masih sayangkan abang Han. Cuma akak ego untuk lupakan semua tu " .

" Biarlah Fiq. Akak bukan ego. Cuma akak sedar diri. Akak sedar siapa akak. Kita ni orang susah mana lah layak dengan Farhan tu " .

" Ini bukan soal darjat kak. Tapi soal hati. Hati akak masih cintakan abang Han kan? " .

" Kalau akak sayang pun, semua tu dah tak bererti lagi. Semuanya tinggal kenangan jer Fiq " .

" Akak nak mengalah macam tu jer untuk perkahwinan akak? Akak tak nak pertahankan? " .

" Akak dah cuba " .

" Tak. Akak tak cuba. Kenapa akak tak bagi abang Han peluang kedua? Abang Han berhak dapat peluang kedua. Fiq yakin dia akan gunakan peluang kedua yang akak berikan pada dia sebaik mungkin " .

Sarah diam.

" Semua orang berhak mendapat peluang kedua kak. Semua orang buat silap dalam hidup ni. Tak ada yang sempurna " .

" Akak fikirlah masak-masak. Akak tentukan sendiri rumah tangga akak. Fiq hanya mampu nasihat " sambung Syafiq lagi.

Sarah hanya diam. Dia mati kata. Lidahnya tiba-tiba sahaja kelu.

***

From : Abang Han

Malam esok abang buat party birthday Alif. Kalau Sarah datang bermakna Sarah dah maafkan abang dan kembali pada abang. Kalau Sarah tak datang bermakna Sarah dah give up dengan rumah tangga kita. Mungkin jodoh kita tak panjang. Abang harap Sarah datang. Assalamualaikum.

Berulang kali Sarah membaca pesanan ringkas daripada Farhan. Tiba-tiba hatinya rasa sayu pula. Jujur hatinya masih sayang pada Farhan. Dia sendiri tidak mahu berpisah dengan Farhan. Dia cuma perlukan sedikit masa untuk melupakan semua yang pernah terjadi.

Sarah mengesat air matanya. Biarlah waktu yang menentukan. Dia redha dengan takdir ilahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience