Part 23

Romance Completed 24429

" Baru kahwin dah mintak macam-macam. Bukan kaki kikis konon " .

Sarah yang sedang ralit mengacau adunan kek coklat tersentak. Entah bila masa Farhana tiba-tiba muncul.

" Maksud akak? " soal Sarah.

Biarpun Farhana benci padanya, Sarah masih menghormati Farhana. Dia tetap kakak iparnya.

" Kau ni tak habis-habis kan, sengaja buat-buat tak faham. Padahal faham jer maksud aku " .

" Saya memang betul-betul tak faham apa maksud akak " .

" Tu rantai kat leher kau tu, kenapa perlu menghabiskan duit adik aku? " mata Farhana jatuh pada rantai di leher Sarah.

Sarah memegang seketika rantai di lehernya itu.

" Saya tak minta pun kak. Abang Han yang ikhlas nak bagi " jelas Sarah.

Dia tidak mahu kakak iparnya itu terus salah faham dan bersangka buruk padanya.

" Boleh percaya ke kau ni? Yelah orang miskin macam kau ni bila tiba-tiba kahwin dengan orang kaya, jadi macam ni lah. Mintak macam-macam. Kikis duit suami " .

" Terpulang pada akak sama ada nak percaya atau tak. Saya tak faham kenapa akak benci sangat dengan saya? Apa salah saya pada akak? " .

" Aku tak ada sebab untuk suka kau " Farhana sempat menjeling sekilas ke arah Sarah sebelum berlalu.

Sarah mengeluh perlahan. Entah sampai bila hubungannya dengan Farhana hendak begitu.

Farhan juga cepat-cepat berlalu. Dia tidak mahu Farhana dan Sarah melihatnya. Sejak dari tadi dia berada di tepi dinding dapur menyaksikan perbalahan mereka berdua.

***

" Akak " tegur Farhan.

Dia melabuhkan punggungnya di hadapan Farhana.

" Hmm " jawab Farhana acuh tak acuh.

Sejak Farhan berkahwin, Farhana dan Farhan sudah tidak rapat seperti dulu. Hati Farhana masih sakit kerana Farhan sanggup mengingkari kata-katanya.

" Lama dah kita tak borak-borak kan" Farhan cuba mencari topik untuk diborakkan.

" Orang tu sibuk dengan isteri baru dia kan " perli Farhana.

" Mana ada lah kak. Han busy kerja sikit. Banyak kerja kat office " .

" Akak kesianlah dengan Han ni. Dapat isteri pemalas " .

" Apa maksud akak? Han tak faham " .

" Sarah tu lah. Kerja rumah tak pernah dia nak tolong akak buat. Tahu terperap dalam bilik jer. Rasa lapar, bangun makan. Lepas tu tidur balik " adu Farhana.

Padahal Farhana sendiri yang tidak membenarkan Sarah mengacau kerjanya.

" Takpalah kak. Nanti Han nasihatkan dia " jawab Farhan tenang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience