Part 24

Romance Completed 24429

" Abang, esok Sarah nak balik rumah Sarah sekejap boleh tak? Lama dah tak jenguk adik-adik. Rindu pulak kat dia orang tu " .

Farhan yang sedang membaca buku di atas katil itu terus menutup bukunya.

" Boleh jer. Abang tak kisah pun Sarah nak lawat dia orang. Cuma esok abang tak boleh nak temankanlah sebab esok abang ada meeting dengan client. Jadual abang full esok " jawab Farhan.

Sarah yang sedang duduk di hadapan meja solek itu terus melangkah ke katil.

Dia melabuhkan punggungnya di birai katil.

" Takpa. Sarah boleh pergi sendiri esok. Naik skuter Sarah " Sarah tersenyum kecil.

" No, no, no. Abang tak izinkan. Suruh lah abang Din hantarkan esok " .

Abang Din ialah pemandu peribadi Farhan. Bukannya dia tidak suka Sarah menaiki skuter nya tetapi dia tidak mahu membebankan Sarah.

Jarak rumah Sarah dan Farhan agak jauh juga. Lebih kurang 45 minit.

Sarah sudah mencebikkan bibirnya.

" Alah abang boleh lah. Sarah dah lama tak bawa skuter Sarah tu " pujuk Sarah.

" Abang bukan apa. Daripada sini nak ke rumah Sarah tu bukannya dekat. Jauh kan. Kesianlah Sarah nanti " .

" Alaa boleh lah bang. Sarah janji bawak slow jer nanti. Dah lama tak naik skuter Sarah tu " .

Farhan diam seketika.

" Boleh ea bang " Sarah cuba memujuk lagi.

" Okaylah boleh. Tapi kena hati-hati " .

" Yeayy sayang abang " Sarah tersenyum ceria.

" Oh baru nak sayang " perli Farhan.

Sarah hanya tersengih.

***

Selepas masak makanan untuk dibekalkan ke rumahnya nanti, Sarah terus ke rumahnya dengan skuter kesayangannya itu.

Hampir 45 minit perjalanan, dia tiba juga. Adik-adiknya masih belum pulang lagi dari sekolah.

Mujur sahaja Sarah ada kunci pendua jika tidak dia terpaksa menanti sehingga adik-adiknya pulang.

Sarah begitu teruja untuk berjumpa dengan adik-adiknya. Malam semalam sempat dia menelefon adik-adiknya untuk memaklumkan dia akan datang.

Syira dan Syafiq juga sudah rindu dengan masakan Sarah. Sepanjang Sarah tiada, Syira yang akan memasak. Kadang-kadang bergilir dengan Syafiq.

Mujur sahaja adik-adiknya pandai membawa diri. Jadi Sarah tidaklah terlalu risaukan mereka. Jiran mereka Mak Kiah, juga kadang-kadang datang menjenguk Syira dan Syafiq.

Mak Kiah sudah menganggap mereka adik beradik sebagai anak sendiri. Mak Kiah hanya tinggal berdua dengan suaminya kerana anak-anaknya yang lain sudah berkahwin dan tinggal dengan keluarga masing-masing.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience