Bab 3

Romance Completed 8392

Selesai menunaikan solat zuhur, mia melipat telekung dan sejadah dan meletakkan ditempat asal.
Edward faham akan tanggungjawab mia sebagai seorang muslimah sebab itulah apabila masuk waktu dia akan menghantar mia kemasjid bila mereka jalan bersama. Dia tidak kesah menunggu lama dalam kereta.
Sedang dia berbalas whatsapp dengan sepupunya dia sekali lagi terdengar orang mengaji. Suaranya lembut dan merduh sekali. Bacaan itu menusuk kedalam hatinya, setiap kali dia mendengar suara lantunan azan dan suara orang mengaji, hatinya terasa tenang.
setiap hari dia selalu pergi kemasjid dan mendengar orang azan dan mengaji dari luar masjid. Entah kenapa dia seakan sangat suka mendengarnya.

Tok tok.. Kedengaran mia mengetuk perlahan cermin keretanya, dia terus membuka kunci dan beredar dari situ bila mia sudah bersedia.

Setelah memandu kurang lebih 16 minit akhirnya mereka pun sampai direstoran kegemaran mereka. Mia terus teruja namun kemudian dia memandang edward. Edward seakan dapat membaca fikirannya.
"Tak apa, aku belanja." Lega hati mia mendengarnya, dalam masa dia tiada kerja terpaksalah dia berjimat cermat.
Selepas mengunci kereta, Edward dan mia berjalan beriringan kearah pintu masuk restoran popular iatu KFC.

Edward pun memesan makanan dan menunggu dihadapan kaunter. Macam-macam yang dia pesan, snack plete untuk mia dan untuknya dinner plate serta turut memesan kentang dan ais krim kegemaran mia.
Ed perasan yang pelayan itu asyik memandang wajahnya, siapa tak kenal dengan edward yang anak jutawan terkenal dengan ketampanannya.
Mia perasan juga turut perasan, pada masa itu hadir perasaan aneh, dia tidak senang duduk.
Akhirnya dia bangkit mengikuti edward. Muka pelayan itu terus berubah, bila mereka. berdua mesra bercerita.
Tidak lama kemudian pesanan mereka pun siap dan ed membayarnya, dia kemudian beredar ke salah satu meja yang masih kosong.
Mia menunggu baki duit serta surat penyata pembayaran. Mia memberi senyuman penuh makna sebelum beredar dari situ.

Mereka berdua menikmati makan tengah hari bersama, sesekali edward mencuri pandang ke arah mia yang sedang makan dengan penuh berselera, lagaknya seperti budak kecil. senyuman terukir dibibirnya.
Seusai makan mereka berdua beredar dari situ.

Didalam perjalanan mia hanya memdiamkan diri. Edward hanya memandang sekilas sebelum bertanya.
"Mia masih fikir pasal tadi ke?"
Mia memandang ed sebelum dia teringat semula kejadian tadi dimana pipinya yang tidak bersalah menjadi mangsa penampar.
"Taklah.. Tapi.." Dia tidak mampu meneruskan, dia kembali teringat keluarganya dikampung.

Edward menoleh sekilas sebelum dia memberhentikan kereta dibahu jalan.
"Kenapa mia? kau ada masalah apa?" Edward risau dibuatnya.
"Sebenarnya aku.. Aku kena berhenti kerja.."
Terluah juga akhirnya.
Edward pantas terfikir.
"Kau kerja dengan aku jelah. Aku bagi jagi kaw-kaw punya."

Mia terus terfikir kejadian sebelumnya, salah satu peminat ed menuduhnya macam-macam. Kononnya mia bersahabat dengan ed sebab harta, Sebab itulah juga dia selalu menolak tawaran edward untuk berkerja disyarikatnya.
Tapi.. Sekarang ini dia berat hati untuk menolak memandangkan dia perlu bekerja untuk keluarganya.
"Aku malu laa.. Aku takut orang anggap aku ni pergunakan kau pulak."
"Tak payah peduli cakap orang.. Dorang bercakap biarlah, buknnya dorang yang bercakap tu menolong mia time susah macam ni. Sekarang ni mia, Kau cuma perlu fikir pasal keluarga kau yang penting ayah dan adik kau mia." Panjang lebar ed menasehatinya. Mia meraup wajahnya kasar, 'mungkin betul apa yang ed cakap. Tapi..' Monolognya dalam hati.

Edward masih menanti jawapan dengan penuh mengharap.
"Baiklah ed.. Tapi aku nak gaji aku sama dengan pekerja yang lain tak boleh lebih dan kurang."
Ed sempat mengeluh sebab niatnya ikhlas untuk meringankan beban yang mia tanggung tapi tak apalah yang penting dia sedikit sebanyak boleh membantu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience