Bab 12

Romance Completed 8392

"Oh my gosh.. Tasha!" Panggil erin.

"U ni dah kenapa?" Balas tasha yang sedang sibuk meneliti baju yang dipakainya.

"U ingat tak pompuan haritu? Alaa.. Yang kau marah dia sebab kotorkan skirt u yang u baru beli tu.?" Jelas erin dengan terperinci.

"Uugghh.. Kenapa pula dengan minah tu? i malas nak ingat minah bajet alim sangat tu." Naik menyampah dia teringat perempuan haritu.

"Yea.. But, i tak nak cakap pasal dia tapi i nak cakap pasal lelaki yang bela dia haritu, siap marah-marah lagi.." Terang erin.

"Yang tu i lagi menyampah, berani dia sound i."
Lagi-lagi dia naik menyampah bila teringat dua merpati tak berapa nak sejoli tu. Tasha malas nak ingat kejadian yang sial baginya, dia kemudian menyambung lagi memakai minyak wangi.

" U tahu tak dia tu siapa?" Soal erin teruja.

"Malaslah i nak ambil tahu." Balas tasha acu tak acu.

"Kalau u nak tahu.. Dia tu edward chong, anak tan sri khalid chong. Salah satu orang yang terkaya dimalaysia ni." Erin teruja sangat sampai kawannya yang sememangnya rimas itu dipeluknya, tapi berita tu berjaya membuat tasha tertarik nak ambil tahu.
Dia kemudian merampas telefon bimbit kawannya.

"U biar betul..?" Tanya tasha kurang yakin walaupun video yang viral itu jelas-jelas menampakkan lelaki itu membuka pintu kereta mewah untuk perempuan itu.

"Betullah.. Tu nampak tu 'sport car' dia tu, u ingat harga dia tu berapa?" Balas erin bila kawan yang dianggap kawan sejati itu kurang percaya.

"Betullah beb.. Patutlah i tengok dia haritu macam nampak kaya. But, pompuan ni siapa pula? macam wife dia je, ish tapi takkanlah." Nafi tasha.

"Yang tu i akan siasat tapi, u macam mana? tak berminat ke?" Tanya erin, keningnya turun naik memberikan cadangan.

Tasha senyum penuh makna.
"I tak peduli siapa pompuan tu. Even, dia tu wife edward sekalipun, aku akan rampas edward dari dia. Now i akan fokus dengan tujuan i dan lupakan 'dato' yang gatal nak mampus tu. Dahlah tua bangka nak mampus." Jawap tasha penuh makna. Senyumannya meleret kalau tiada hadnya mungkin akan sampai ke telinga dia senyum.


Rimas pula mia menunggu syahrif yang sedang berurusan dibank, entah apa yang suaminya itu pergi urus.
Mia akhirnya keluar dari bank dan ke kedai yang berhampiran. Sempat dia menghantar pesanan ringkas untuk meminta izin dari suaminya.

Mia berhenti berjalan bila dia ternampak kedai telefon bimbit yang menjual bermacam jenis dan jenama. Dari jauh syahrif memerhatikan.
"Mohd syahrif yusuf chong!" Laung salah satu pegawai bank.
Syahrif masuk kedalam bank semula dan mengambil satu keping kad. Syahrif kemudian berlalu pergi selepas mengucapkan terima kasih pada pegawai itu.

Syahrif berjalan masuk ke kedai telefon yang mia tadinya berada disitu. Selepas membuat pembayaran sempat syahrif bertanyakan pada penjaga kaunter jika wanita itu melihat mia kemana, namun dia sendiri tidak perasan.
Syahrif kemudian menelefon mia, kemudian tahu dimana isterinya.

"Lain kali tunggulah bie dulu.." Marah syahrif sebaik tiba dimeja tempat mia duduk.
Mia hanya tersengih macam kerang busuk.
Tanpa berlengah dia terus mengambil tempat kemudian mia membuat pesanan.

"Cik nak order apa?" Tanya pelayan restoran sopan, sambil menghulurkan menu.

"Bagi saya, jus tembikai susu." Mia memberi pesanan sambil tersenyum.
Syahrif pula hanya tersenyum, dia menggeleng kepala selepas ditanya oleh pelayan restoran itu, tanda dia tidak mahu makan atau minum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience