Bab 21

Romance Completed 8392

Syahrif merebahkan tubuh diatas katil.
Dia melihat jam tangannya berjenama 'Rolex', jam4 petang. Penat pula duduk lama didalam kapal terbang. Kalau diikutkan hatinya, malas dia mahu bercuti ke filipina, namun dia tidak mahu mengecewakan papanya yang sudah bersusah payah mengatur percutiannya dimanila filipina.

Hari ini dia membuat keputusan untuk berehat sahaja dihotel, hotel ini 'manila inn' adalah cawangan yang dibuka papanya bertahun lalu. Ruang bilik yang mewah membuat hotel ini diiktiraf '5 star'.
Dia juga akui hotel ini berjalan dengan jayanya disini.

Danial mengirim pesanan ringkas kepada adriana. Danial mengajak adriana nenonton wayang malam ini. Adriana membalasnya ringkas 'okay' katanya. Adriana kembali fokus meneliti fail kewangan syarikat miliknya. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini, syarikat pembangunannya mengalami kerugian dengan teruk. Adriana sendiri tidak tahu dimana puncanya. Ada juga dia mensyaki sesuatu, namun kerana tiada bukti yang kukuh, dia takut jadi fitnah pula. Kerana dia berfikir, jika dia tiada bukti sudah tentu orang itu tidak akan mengaku. Dia mengeluh panjang.. Syarikat yang dibangunnya dengan bantuan danial kini bermasalah. Entah bagaimana dia menyelesaikan masalah ini.

Sedang dia sibuk, pengurus butiknya menelefon, mengatakan, ada masalah yang tidak mampu mereka selesaikan. Adriana bergegas ke butiknya.
Berkat usahanya.. Adriana telah membuka restoran makanan melayu dan butik dibeberapa daerah dimanila dan ada juga dicebu. Dia memulakan membuka syarikat pembangunan berkat bantuan danial dan usahanya sendiri. Dari keuntungan pembangunan itulah, dia mampu membuka restoran dan butik. Danial pernah memarahinya kerana membuka banyak sangat bisnes. Takut adriana terlalu sibuk nanti. Danial pada hakikatnya hanya perihatin terhadapnya. Selalu juga bila adriana mempunyai masalah disyarikatnya, danial dengan senang hati akan membantunya.

Adriana tiba dibutiknya yang berada beberapa kilometer dari pejabatnya.

"Pano to nang yare?" Soal adriana sebaik tiba didepan meja kerja ANGELICA, pengurusnya.
•Macam mana semua ni boleh terjadi?•

Angelica hanya mampu menundukkan wajahnya, takut dipecat kerana kesalahannya.
"Sorry talaga miss ad, hindi namin sinasadjak.." Jawap angelica.
•Minta maaf sangat-sangat cikk ad, Kami tak
sengaja.•

Adriana meraup wajahnya kasar. Benda dah terjadi macam ni, dia nak marah pun tiada guna. Gaun pengantin yang belum siap dia ambil dan mula menyiapkan, hanya tinggal pasang manik sahaja mengikut design yang pelanggan inginkan. Sesekali adriana mengeluh, solat asar belum dia tunaikan disebabkan masalah demi masalah yang perlu dia hadapi. Pelanggan yang bernama JESSICA mendengus marah, paling pantang dia menunggu lama. Menyesal juga dia menempah disitu. Lelaki yang tidak lama lagi akan berkahwin dengannya pulang terlebih dahulu kerana banyak lagi yang dia kena uruskan,, Memandangkan majhlis perkahwinan mereka adalah esok. Sebab itulah angelica marah sekarang ini, mahu sahaja dia membatalkan tempahan tetapi masa semakin suntuk.

Adriana membawa baju itu tadi kehadapan jessica.
"Patawarin mo ako hah, dahil sa service namin na hindi magnda." Tutur adriana seraya menghulurkan gaun putih itu.
•Tolong maafkan saya ye, Disebabkan service kami tak berapa bagus.•

"Thank god.. Akala ko maghihintay ako hanggang bukas." Jessica menyindirnya. Adriana mengetap bibir, disebabkan pekerjanya yang tidak melakukan pekerjaan sebaik mungkin, dia pula yang kena hadap semua ni.
Jessica keluar dari butik itu dengan hati yang lega. Mujurlah gaun pengantinnya siap.

"Sana hindi nato mangyare ulit.." Nasehat adriana pada staffnya, yang memerhatinya sejak daripada tadi. Mereka semua mengangguk tanda faham.
•Saya harap tak terjadi lagi ye..•

Adriana berlalu pergi dari butiknya, selepas dia menunaikan solat maghrib. Lagipun, butiknya akan ditutup pada jam7. Dia segera memasuki kereta, pemandunya menantikan kehadirannya sedari tadi lagi.
Adriana dihantar ke rumah banglo mewahnya, kemudian pemandu peribadinya pakcik LUCAS berlalu pergi dari situ.
Selepas solat isyak dia bersiap. Makeup 'Brown cutrease' dia padankan dengan gaun hitam yang dihiasi sedikit bunya rose merah kecil, membuat baju itu nampak lebih berseri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience