Tibanya syahrif dan mia dipejabat, mia menyalami syahrif sebelum berlalu masuk ke tempat kerjanya.
Sebelum kepejabat tadi, sempat dia mengingatkan syahrif untuk merahsiakan perkahwinan mereka, syahrif juga setuju kerana takut mamanya dapat tahu, biarlah dia yang akan berterus terang nanti.
Selepas mengunci kereta, syahrif juga masuk ke dalam pejabatnya.
Semasa dia menaiki lift ada seorang perempuan meluruh masuk kedalam. Syahrif memberikan senyuman kemudian menekan nombor 10.
"Hai.. Saya tasha." Tasha menghulurkan salam perkenalan, syahrif hanya tersenyum sebelum menyebut namanya.
"Syahrif." Tasha menarik kembali tangan selepas tiada tindak balas.
"Sori tapi saya macam pernah nampak awak, tapi kat mana ye?" Mulalah tasha nak mereka cerita.
"Maybe, awak silap orang ni." Balas syahrif acu tak acu sahaja. Bengang tasha dibuatnya.
Kemudian pintu lift terbuka luas, cepat-cepat syahrif keluar. Tak selesa dia berada berdua-duaan dengan perempuan tak cukup kain itu.
'Susahnya nak tackle dia ni, hmmmm... Tak apa.. kau tak kenal lagi tasha.' Monolognya dalam hati, sakit hatinya kerana tidak dipandang. Biasanya senang saja dia nak goda.
Puan maymay sedang sibuk memberi makan ikan didalam kolam kecil ditepi rumahnya, sambil itu dia berfikir kenapa susah sangat edward nak ikut cakapnya. Keluhan berat dilepaskan, dia teringin sangat melissa yap tu jadi menantunya.
Terhenti lamunannya bila kak hasna pembantu rumah mereka, memanggilnya.
Puan maymay masuk kedalam rumah kerana kak hasna bagitahu ada panggilan penting dari madam ling ibu kepada melissa.
'Hello.. kenapa madam ling? apa yang penting sangat?' Tanya puan may tanpa berbasa-basi.
'Hello may.. Aiyaa saya malas cakap dalam telefon, saya ke rumah awaklah. Talian dimatikan, pelik puan maymay dibuatnya. Apalah yang penting sangat sampai tak boleh cakap dalam telefon.
Selang beberapa minit, madam ling sampai dirumahnya. Madam ling disambutnya mesra.
"Saya nakkan penjelasan." Ujar madam ling seraya menunjukkan video yang tengah viral itu.
#Seorang jutawan yang gentleman.
"Saya tak tahu pasal ni." Puan maymay mendengus marah.
"Lebih baik awak siasat pasal ni, kalau tak saya akan kahwinkan anak saya dengan orang lain." Marah madam ling pula.
"Janganlah macam tu ling.. kita kawan sudah lama, awak tolong bagi saya masa." Ucapnya separuh merayu.
"Anak saya tu bukan muda lagi may, dah nak masuk 25tahun kalau dah tua siapa lagi nakkan anak saya.." Madam ling mula ketara tidak puas hati.
"Bagi saya sikit masa lagi ling.. Saya akan pastikan anak saya dan anak awak pasti akan bersatu." Puan maymay sedaya upaya meyakinkan. kalau bukan sebab dia mungkin melissa sudah kahwin sekarang. Rasa bersalah mula memakan dirinya.
Madam ling berlalu pergi. Video tadi dihantar ke whatsapp puan maymay.
"How dare you betina! siaplah kau kalau aku dapat!" Marahnya.
Geram pula siti melihat bosnya itu asyik memerhati mia.
'Apalah yang ada pada mia tu sampai bos aku yang selama ni tak pernah bercinta tiba-tiba sahaja jatuh hati dengan perempuan murahan tu.' Sakit hati siti melihatnya.
Sebaik sahaja melihat syahrif keluar dari pejabat untuk pergi makan tengah hari dengan klien, Siti terus meluruh kearah mia. Pada masa itu juga syahrif kembali masuk kerana telefon bimbitnya tertinggal. Siti pula mati-mati ingat bosnya sudah pergi.
"kau ni perempuan jenis apa hah?!" Terkejut mia dibuatnya. Tiba-tiba datang meja orang lepas tu maki-maki orang pulak. Apa pula masalahnya.
"Kau cakap apa ni siti?" Pekerja disitu sudah memerhatikan mereka. Ketawa besar dia bila dilihatnya mia mengucap panjang.
"Kau tak payah bawa nama Allah.. Kau tak payah nak tunjuk baik, aku tahu kau ni pompuan jenis apa!" Makinya lagi, syahrif yang mendengar mula panas hati.
"Dahlah.. Orang tengok." Mia cuba meredahkan keadaan namun siti tidak ambil peduli.
Siti mengambil air yang berada dimeja mia kemudian menyimbah kemuka mia. Mia sedikit kepanasan, untunglah teh yang dibuatnya tadi sudah tidak terlalu panas.
Siti megangkat tangannya hendak menampar mia, mia sudah pasrah dan menutup matanya.
Dengan pantas syahrif meluruh kearahnya dan..
Pangggg! Tampar siti sekuat hati tapi tak sangkah yang ditamparnya adalah syahrif, mia pula sudah berada dibelakang syahrif.
"Kau ingat kau siapa?!" Tengking syahrif, siti sudah kecut perut.
"Sa.. saya.. saya..Tak se..sengaja bos." Airmatanya sudah mengalir minta simpati.
"Kau siapa nak pukul isteri aku?!" Penyataannya jelas mengejutkan siti dan seluruh orang yang berada didalam pejabat.
Tanpa disangkah mamanya juga turut hadir disitu. Niatnya untuk bertanya siapa perempuan didalam video itu terjawap.
Syahrif masih tidak perasan yang mamanya ada disitu.
"Kau dipecat!" Tengking syahrif lagi.
"Bie.. Dia tak sengaja, mia yang mulakan dulu." Mia cuba menafikan hal yang terjadi, siti sudah memandang mia minta simpati. Dalam hatinya dia menyesal berbuat begitu, mia sungguh baik orangnya.
"Dahlah mia. Bie nampak tadi dari mula lagi." Terang syahrif pula.
"Please bie.. Dia tak sengaja pun.." Mia masih lagi mahu memujuk.
"Okay fine siti. But, this is the last warning." Syahrif berlalu pergi namun langkahnya terhenti bila ternampak mamanya disitu.
Mamanya berlalu pergi tanpa sepatah kata. Syahrif cuba kejar namun mamanya pantas pergi dari situ.
Share this novel