Bab 25

Romance Completed 8392

Adriana berjalan masuk ke dalam lift pejabat danial, dia berhajat untuk menemui danial harini kerana sudah terlalu lama danial tidak menghubunginya. Adriana risaukan lelaki itu.

Langkahnya diatur ke meja setiausaha danial. Seperti biasa nadine akan tersenyum teruja padanya. Nadine memberitahu padanya yang danial bersama perempuan didalam bilik pejabatnya. Adriana pun menunggu sahaja diluar sambil bermain telefonnya manakala nadine pula menyambung kerjanya.
Tidak lama selepas itu, terdengar danial dan seorang perempuan bercakap dengan kuat didalam bilik pejabat danial.

"Wag mong sabihin kahit kanino." Ujar danial. Adriana dan nadine sudah memasang telinga.
•Awak jangan bagitahu siapa-siapa pasal ni.•

"Ano ang ibig mong sabihin babe?" Kedengaran katarine bertanya.
•Apa maksud awak sayang?•

"Ikaw lang ang babae minahal ko, hindi siya or kahit sino man." Darah adriana seakan membuak-buak menahan amarah bila danial bicara begitu.
•Awak sahaja perempuan yang saya cintai, bukan dia atau siapapun.•

"Truly babe.. Akala ko mahal mo yung walang kuentang babae?" Katarine bertanya lagi.
•Betul ke sayang.. Saya ingatkan awak cintakan perempuan tak guna tu?•

"Yes honey.. Hindi no, akala mo ba minahal ko siya? Pero sa totoo.. Niloko ko lang siya. Alam mo naman hindi ako puede mag mahal nang ibang babae ikaw." Adriana sudah berdiri menahan amarahnya, nadine memandangnya simpati tidak sangkah bosnya buat begitu.
•Iya sayang.. Taklah, awak ingatkan saya cintakan dia? Tapi sebenarnya.. Saya cuma tipu dia. Awak pun tahukan saya tak boleh mencintai perempuan lain.•

"Bakit mong niloko siya? Diba nuun pa lang, ikaw ang nagtulung sakanniya bumangun?" Soal katarine lagi, dia selama ini sudah menyiasat semua tentang danial dan adriana, dia tahu selama ini danial banyak membantu adriana menjalankan bisnes. Adriana juga ingin tahu sebabnya.
•Kenapa awak tipu dia? Bukankah dari dulu lagi, awak yang tolong dia bangkit?•

"Actually,, Para lang sa company ko. Nalugik ako nang madame dahil niloko ako nang ibang company, madame akong nalugik at kailangan kong ang malakeng pera. Yun ang dahilan kung bakit ko siyang niloko. Alam ko may balak siyang magbangun nang ligosiu, sa oras nalaman ko na madame na siyang pera, kakasalan ko siya.. At, siya lang ang makatulung sakin bumangun ulit." Panjang lebar danial menjelaskan sebabnya. Adriana pantas meluruh ke bilik pejabat danial. Dengan kasar dia membuka pintu bilik.
•Sebenarnya,, cuma untuk syarikat saya. Saya mengalami kerugian banyak disebabkan saya ditipu oleh syarikat lain, saya rugi banyak dan saya perlukan duit yang banyak. Itulah sebabnya saya tipu dia. Saya tahu dia ada keinginan untuk membuka sebuah perniagaan, pada masa saya dapat tahu dia banyak duit, saya akan berkahwin dengan dia.. Dan, hanya dia sahaja yang boleh membantu saya membangun semula.•

Danial dan katarine sedang berpelukan tanpa ada ikatan yang sah, adriana merasa jijik melihat adegan tidak senonoh itu. Serentak adriana menolak pintu dengan kasar serentak itu juga danial mencium bibir katarine. Airmata adriana memgalir dengan deras bila menyaksikan adegan tidak senonoh itu. Danial dan katarine tidak memperdulikan kehadirannya disitu, mereka berdua masih sahaja melakukan maksiat didepan matanya. Adriana tidak sanggup melihat lantas dia berpaling dan kemudian terus berlari dari situ.

Didalam keretanya dia menangis sepuasnya. Sesekali pemandunya menoleh kebelakang simpati, entah apa masalah majikannya itu.

'Sampai hati danial.. Sampai hati awak buat saya macam ni... Awak tipu saya...' Bisik hatinya pedih.
Dia merasa bodoh kerana ditipu hidup-hidup. Sejujurnya dia ingin membalas cinta danial kerana lelaki itu banyak membantunya selama ini. Dia tahu hatinya akan terbuka untuk mencintai danial kerana lelaki itu sangkahnya amat mencintainya. Disebabkan itulah dia merasa bersalah kerana masih belum mampu untuk bercerai dengan syahrif, dia berniat untuk menuntut pasak jika syahrif tidak mahu melafazkan.
Disaat dia ingin sehidup semati bersama danial, danial pula melukai hatinya. Betapa bodohnya dia kerana tertipu selama ini.

Sampai dirumah, adriana terus masuk kebilik. Inday memanggilnya untuk minum petang namun dia menolak, tiada langsung seleranya mahu makan atau minum dia hanya mahu bersendirian dibiliknya.
Dia menangis lagi didalam bilik sepuasnya...

'Abang syah! Syukurlah abang dapat ditelefon.' Ucap SYAHFIKA NURAINA BINTI IDHAM, adik iparnya.

'Amboi adik.. Tak reti bagi salam ke?' Tegur syahrif.

'Sorry abang,, Assalamualaikum.' Nuraina rasa bersalah pula namun dia tidak boleh disalahkan kerana tidak memberi salam dalam keadaan darurat seperti ini siapapun akan lupa.

'Waalaikumussalam..' Balas syahrif lembut.

'Abang, ayah masuk hospital petang tadi' Terang nuraina panik. Airmatanya mengalir sebab terlalu risaukan ayah yang sedang dirawat didalam kecemasan.

'Astaghfirullah.. Kenapa adik, ayah sakit apa?' Syahrif juga turut panik.

'Adik tak tahu.. Tadi masa adik balik dari sekolah, ayah tak sedarkan diri didapur.' Terang nuraina dihujung talian.

'Adik sabar ye.. Abang akan datang sekejap lagi. Kenapa tak telefon abang dari tadi?' Sempat syahrif memarahi adik iparnya.

'Adik ada telefon banyak kali.. Tapi nombor kak long tak dapatlah. Ni pun nombor abang adik cari kat telefon ayah, nasib baik ada.' Terang nuraina lagi.

Selepas nuraina memberitahu hospital tempat ayahnya dirawat, nuraina mematikan talian. Syahrif cepat-cepat menelefon isterinya.

Lama.. Langsung tidak bersambut panggilannya. Dia menghantar pesanan ringkas

'Jawablah sayang.. Bie ada benda penting nak bagitahu.'
Tiada juga balasan dari adriana.

Selepas berdoa pada Allah.. Adriana memangis lagi, entah berapa kali dia menangis harini. Dia mendengar lagi deringan telefonnya minta diangkat. Telekung yang dipakainya dilepas, selepas mengemas kembali alat solatnya dia mengambil telefon bimbitnya dan duduk ditepi katil.

Adriana terus menelefon kembali suaminya. Banyak panggilan terlepas, dia juga membaca mesej dari syahrif yang mengatakan ada hal penting.

'Assalamualaikum sayang.. Apa yang bie nak bagitahu ni, bie harap sayang boleh bersabar ye..' Ujarnya dihujung talian.

'Waalaikumussalam.. Iya hubby.. Ada apa?' Adriana menahan tangisannya, tidak mahu suaminya perasan. Tidak sedap hati pula dia bila syahrif berkata begitu.

'Sayang balik sini cepat ye.. Ayah masuk hospital.' Terang syahrif. Telefon yang berada digenggamannya telepas. Adriana tidak mampu lagi menghadapi ujian demi ujian...

Pantas dia berkemas kemudian memanggil pemandunya dan meminta untuk dihantar ke lapangan terbang manila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience