Setelah menempuh perjalanan yang mengambil masa 2 jam lebih akhirnya mereka tiba disebuah rumah banglo.
Mia hairan bila syahrif berhentikan kereta betul-betul didepan rumah itu.
"Rumah siapa ni, bie?" Tanyanya pelik bila melihat syahrif menurunkan semua barangnya yang diambil dari bilik sewanya.
"Masuklah dulu nanti bie bagitahu." Mia membuntuti syahrif dari belakang bila suaminya itu masuk kedalam rumah.
Terbeliak mata mia melihat isi rumah itu.
'Ni rumah ke istana? mashaa Allah..' Pujinya dalam hati.
"Sayang..." Panggilnya lembut bila melihat mia sedang asyik melihat sekeliling rumah.
"Sayang bie..." Panggilnya lagi, mia memandang pelik.
"Rumah siapa ni bie? Besarnya.." Pujinya lagi.
"Rumah kitalah." Jawap syahrif.
"Bie bergurau kan?" Tanya mia seakan tidak percaya namun hatinya sudah melonjak riang.
"Kenapa tak suka ke? Bie boleh cari rumah lain." Jawap syahrif, Mia mengangkat kening.
"Taklah.. Membazir je bie ni, mesti mahal kan?"
"Tak mahal pun kalau nak bandingkan dengan cinta bie." Syahrif senyum ke arahnya, hampir 2 juta ringgit dia beli rumah itu namun tak susah pun.. Sebab bagi dia itu cuma hadiah kecil untuk isterinya dan dia mahukan yang terbaik untuk isteri yang dicintainya sepenuh hati.
"Jom naik atas!" Sambung syahrif lagi. Tangannya sudah mengangkat beg dan barang-barang mia. Mia mahu menolong tapi pantas tangannya ditolak oleh suaminya itu.
"Ini bilik kita." Ujar syah seraya meletakkan barang di atas meja.
Makin terpesona mia bila melihat bilik mereka yang besar, lengkap dengan sofa dan sebagainya. Dah macam ruang tamu rumah mewah je, fikirnya.
"Mia suka?" Syahrif bertanya.
"Siapa tak suka kalau rumah sebesar ni." Jawapnya sambil mengeluarkan satu-persatu baju dari dalam beg dan menyusun ke dalam almari. Syahrif hanya memerhatikannya.
"Nanti bersiap ye, Bie nak bawa mia pergi jalan-jalan." Ajaknya, mia sudah teruja mendengar.
"Tapi bie tak penat ke?" Tanyanya simpati kerana suaminya itu sudah memandu jauh.
"Tak sayang." Jawapnya lembut.
Mereka berdua pergi ke SURIA KLCC salah satu pusat membeli belah yang menarik dimalaysia.
"Nak pergi mana dulu?" Tanya syahrif setibanya mereka didepan pintu masuk.
"Pergi makan dululah." Ujar mia teruja kerana perutnya pun sudah berbunyi minta diisi.
Mereka berdua melangkah masuk kesalah satu restoran fast food yang berada disitu.
Selepas menikmati makan malam, mereka berdua melangkah keluar dan mula membeli belah. Salah satu butik yang menjual baju dan tudung mereka kunjungi.
Syahrif menarik tangan mia masuk, dia sengaja membawa mia untuk membelikan barang keperluan isterinya itu, namun dilihatnya mia hanya memegang baju-baju itu.
"Sayang pilihlah.."
"Tak mahulah bie, nampak mahal je ni.." Ucapnya separuh berbisik. Syahrif menggeleng kepala mendengar.
"Tak apa sayang.. Beli jelah." Ujar syahrif.
"Tak payah membazir, mia banyak lagi baju." Ujarnya pula. Mia tak biasa memakai baju mahal.
"Bie nak belanja sayang, salah ke?" Pujuk syahrif. Bukan dia tidak kenal isterinya itu, selalu sangat menolak, tapi sekarang sudah menjadi tugasnya untuk belikan semuanya. Lagipun apa salahnya dia berbelanja untuk isterinya, tak habis pun duitnya.
" Baiklah." Mia mengeluh sebelum memilih.
Pekerja butik itu menghampiri mereka.
"Nak baju macam mana ye cik?" Tanyanya mesra pada mia.
Mia bingung sekejap, bukan dia tahu pun bergaya macam mana. Syahrif faham yang mia tidak tahu bergaya sebab selama ini dia cuma memakai baju kurung dan jubah, tudung seperti biasa.
"Cik boleh cadangkan fesyen yang macam mana, asalkan pakaiannya sesuai untuk wanita bertudung, soal harga tak payah risau saya akan atur." Arah syahrif pada pekerja butik itu.
Pekerja butik itu tersenyum sebelum membawa mia ke tempat persalinan baju sambil mengambil beberapa baju.
Selepas berpuas hati syahrif membeli beberapa helai kurung moden berserta gaun dan tudung, mereka berdua ke kedai kasut.
Selepas itu ke kedai perhiasan wanita.
Sempat syahrif membeli barang keperluan seperti barang mandian, krim penjagaan kulit dan juga minyak wangi dan sebagainya.
"Esok bie masih cuti, nanti bie bawa ke salon muslimah ye." Cadang syahrif memandang esok adalah hari terakhir dia dan mia bercuti.
"Tak payahlah bie.. Ini dah banyak ni." Marah mia , membazir je suami dia ni.
"No excuse please." Tegas syahrif. Mia memuncungkan mulutnya tanda tidak puas hati.
Syahrif geli hati melihat.
Akhir sekali syarif membeli makanan ringan kemudian mereka berdua melangkah keluar dari pusat beli belah.
Syahrif memasukkan barang yang dibelinya tadi kedalam bonet kereta mia hanya memerhati.
Kemudian syahrif membukakan pintu kereta dan mempersilahkan mia masuk, malu mia dibuatnya.
Beberapa anak mata memerhatikan lagak pasangan pengantin baru itu.
Dalam hati mia berbunga-bunga.
"Ed tak perlu pun buat macam tu." Marah mia yang tidak sedar menyebut nama syahrif yang lama. Syahrif memandangnya tidak puas hati.
"What did you call me?!" Marah syahrif, suaranya sedikit tinggi.
"Sorry hubby.. Mia tak sengaja." Mia sedar akan kesilapannya.
Syahrif mengeluh sebelum memulakan pemanduan.
Mia hanya memandang syahrif yang fokus memandu.
Tidak lama kemudian mereka tiba dirumah.
Syahrif turun dari kereta begitu juga mia.
'Merajuk ke orang tua ni?' Fikirnya dalam hati selepas melihat syahrif hanya mendiamkan diri.
Selepas membawa masuk semua barang, syahrif melangkah kesofa yang berada diruang tamu kemudian merebahkan diri disitu.
Mia memandang pelik suaminya itu.
Dia kemudian duduk di sofa tempat suaminya baring.
"Bie.. Bie marahkan mia ke?" Ucap mia perlahan sambil memegang bahu suaminya.
"Tahulah mia salah.. Tapi janganlah merajuk.. Mia bukannya sengaja pun panggil bie nama sebelum bie masuk islam. Mia tak sengaja pun." Sambungnya lagi namun pujukkannya tidak berhasil, suaminya masih tidak memperdulikannya.
Keluhan berat dilepaskan sebelum dia berdiri untuk biarkan sahaja suaminya berehat, namun mia tidak jadi berlalu bila syahrif menariknya sehingga dia jatuh kedalam pelukan syahrif.
Mia meronta-ronta minta dilepaskan namun syahrif tidak peduli.
"Siapa suruh buat salah?" Ujarnya dengan senyuman nakal. Merah muka mia dibuatnya.
"Lepaslah bie.." Rayu mia namun syahrif tidak peduli.
"Bie tak peduli, sayang buat salah jadi kenalah bie hukum." Syahrif kemudian mencium pipi mia membuatkan mia terjerit kecil.
Syahrif mencempung badan mia tanpa pedulikan mia yang meronta-ronta minta dilepaskan.
Mia akhirnya pasrah bila syahrif perlahan-lahan menaiki tangga sambil mengangkatnya.
Keadaan memaksanya untuk memegang leher syahrif kerana takut jatuh pula.
Syahrif melangkah dengan cermat sehingga mereka tiba dibilik. Dipandang muka isterinya yang merah padan kemudian meletakkan mia diatas katil.
"Mia tak ready lagi.." Mia menutup mukanya dengan kedua tangan.
"Please sayang.." Pinta syahrif.
"Mia takut bie tinggalkan mia.." Terus terang dia menjelaskan kenapa dia tidak mahu melakukan tanggungjawap. Takut suaminya itu tinggalkan dia, takut syahrif hanya mempermainkannya.
"Bie janji dengan mia, bie takkan tinggalkan mia sampai bila-bila." Janjinya pada mia.
Kemudian mia melepaskan tudungnya dan ikatan rambutnya yang membuatkan syahrif terpesonah dengan ciptaan Allah. Rambutnya yang panjang dan ikal mayang menambah lagi kecantikannya.
Dengan lafaz Bismillah dia melakukan tanggungjawapnya begitu juga mia.
Mahkota yang selama ini dia jaga diberikan pada suaminya.
Malam itu sempurnahlah mereka menjadi suami isteri...
Pandangan mia silau bila mentari muncul dari celah jendela. Perlahan-lahan dia membuka matanya, jam dikerling sekilas jam11 tengah hari lamanya dia tidur.
Dia cuba bangun namun perih yang amat dirasakannya membuatkan dia kembali baring. Dilihat sebelahnya, syahrif tiada disitu.
kemudian..
"Aaaarrrrgggggghhhhh!!!!" Teriaknya bila melihat darah yang berada ditilam.
Syahrif kelam kabut berlari keatas, risau dengan isterinya.
"Kenapa ni sayang?!" Tanyanya sebaik melihat mia.
"Hubby... Bie dari mana? kenapa ada darah?!" Soalan berbalas soalan.
"Astaghfirullah.." Mengucap panjang syahrif dibuatnya, sangkahkan apa tadi.
"Mia.. Darah ni darah mia." Mia memandang pelik kearahnya.
"Darah ni membuktikan yang mia masih suci."
Jelas syahrif.
Mia kemudian terfikir kejadian semalam, serentak itu mukanya menjadi merah menahan malu.
Syahrif ketawa dengan tingkah laku isterinya itu.
"Masih malu juga dengan bie?" Dia senyum nakal.
"Mia nak mandi dulu. Aduh!" Panik syahrif dibuatnya.
"Kenapa ni sayang?"
"Sakitlah bie.. Kenapa buat mia macam ni?.." Rengeknya sambil berusaha duduk.
"Bie minta maaf sayang.." Syahrif menolong isterinya bangun.
Mia berjaya duduk namun perihnya masih terasa.
Pelik dia tengok syahrif senyum kearahnya.
Mia memandang dengan tanda tanya apa yang buatkan suaminya itu gembira sangat harini.
"Sayang.. Terima kasih sebab sudi jadi isteri bie."
Ucapnya sambil memeluk mia. Mia membalas pelukannya.
"Tak hubby.. Sepatutnya mia yang berterima kasih sebab sudi terima mia jadi isteri walaupun mia banyak kekurangan. Mia macam bermimpi je dapat kahwin dengan lelaki sempurnah, dahlah hensem, kaya pula tu." Puji mia.
"Tak adalah sayang.. Kata- kata sempurnah tu hanya untuk Allah sahaja. Terima kasih semalam.
Bie happy sangat sebab mia serahkan sepenuhnya untuk bie." Ujarnya penuh makna.
"Sama-sama hubby.." Balas mia lagi pelukan semakin erat. Sebelum syahrif melepaskan.
Mia terkejut dengan tindakan sepontan syahrif.
Dia rasakan seperti berbahang bila bibirnya dan bibir syarif bertembung. Pantas! lengan syahrif dicubit membuatkan lelaki itu mengaduh sakit.
"Gatal ye.." Jelingan maut diberikan, membuatkan syahrif ketawa.
"Okay sori. Jom kita sarapan bie ada masak mee goreng." Mia memandangnya tidak percaya, seorang ceo syarikat ternama dan salah seorang yang terkaya dimalaysia boleh memasak.
Syahrif yang faham isi hati mia mengangkat kening.
Mia tertanya-tanya dibuatnya.
"Mia mandi dulu lepas tu kita makan ye."
"Nak ikut.." Pantas mia mencapai lengan syahrif namun berjaya dielak. Mia akhirnya masuk kebilik mandi, dia perlu mandi wajib.
Flashback..
Mia memilihkan nama islam edward sendiri iaitu MOHD SYAHRIF YUSUF.
Edward setuju.
Selepas selesai proses edward memeluk agama islam, seminggu kemudian mia menelefon ayahnya untuk memaklumkan hajat edward untuk merisik tapi kata ayahnya, suruh sahaja edward membawa wakil, kalau mia dah setuju ayahnya juga hanya bersetuju. Ayahnya juga terlebih dahulu dimaklumkan bahawa edward adalah seorang mualaf.
Selepas kehadiran edward dan papanya dirumah mia, ayahnya itu bersetuju sahaja bila melihat keikhlasan edward pada masa itu.
Hari itu juga mereka bertunang. Dan tarikh nikah adalah hujung minggu.
Selepas hari itu tiba mereka berdua terus disatukan tanpa mengambil masa yang lama.
Itu adalah keinginan ayahnya sendiri dan dipersetujui oleh papa edward.
Flashback End...
Share this novel