Bab 18

Romance Completed 8392

1 Tahun kemudian...

Sudah setahun mia menjalani kehidupannya difilipina. Kesibukannya membuat bisnes sedikit sebanyak membantu mengubati hatinya yang lara. MOHD DANIAL ARIF BIN ZAINAL lelaki itu banyak menceriakan hidup mia. Lelaki itulah yang banyak membantunya menjalankan bisnes dan mengajarnya erti kehidupan. Kini mia tidak lagi bertudung labuh dan berpakaian jubah dan baju kurung. Mia yang sekarang adalah mia yang selalu bergaya dengan pakaian terkini dan pakaian yang sentiasa membuat dia nampak lebih cantik. Mia juga tidak lagi bersolek tipis.
Namun.. Pesan ayahnya sentiasa dia semat didalam hati, dia juga masih bertudung. Hanya saja penampilannya yang sekarang membuat dia kelihatan lebih cantik dan menarik.

Mia juga tidak lagi cengeng dan tidak lagi selalu mengalah, malah dia selalu melawan bila orang membuatnya sakit hati. Sekilas pandang dia juga kelihatan bukan mia yang dulu lagi. Apatah lagi bila dia menukar nama samarannya menjadi ADRIANA.
Jika ada yang mengatakan dia telah lupa asal usulnya orang itu ternyata salah kerana dia selalu mengingat ayah dan adiknya. Mia masih belum bersedia pulang ke kampung halamannya selepas apa yang terjadi. Syahrif.. Dia selalu rindukan suaminya itu namun rasa kecewa menidakkan kerinduan yang dia rasai.

Flashback..

"Kenapa kak hasna asyik pandang saya ni?" Tanya syahrif pelik. Kak hasna terintai-intai dari dapur, kak hasna asyik memandangnya yang sedang menikmati makan malam sediri, papa dan mamanya ke autralia bercuti.

"Encik syahrif.." Panggil kak hasna sebak, sudah lama dia mahu menyatakan hal yang sebenar namun dia diugut oleh puan maymay. Bila puan maymay pergi bercuti barulah dia ada keberanian.

"Kenapa kak hasna, Kakak kalau ada masalah bagitahu je saya.. Inshaa Allah saya tolong."

"Bukan macam tu cik syahrif.. Tapi.." Kak hasna teragak-agak mahu beritahu.

"Kak nak bagitahu hal yang sebenarnya.. Hal ni ada kaitan dengan cik mia.." Kak hasna menahan airmatanya dari tumpah.

Syahrif mendengus marah bila terdengar nama mia disebut.
"Kalau pasal betina tu saya tak nak dengar." Marah syahrif. Dia masih lagi tidak lupa walaupun sudah sebulan lebih perkara itu terjadi.

"Tapi cik mia tak salah.. Dia cuma jadi mangsa.."
Airmatanya yang ditahan tumpah juga akhirnya.

"Apa maksud kak hasna?" Syahrif tidak faham apa yang dimaksudkan kak hasna, sudah terang-terang mia buat macam tu kak hasna masih juga mahu pertahankan.

"Sebenarnya.. Masa puan maymay dan cik tasha plan semua saya tak sengaja terdengar perbualan mereka. Haritu mia tengah tengok tv.
Puan maymay pula kedapur buatkan susu, saya nampak puan letak sesuatu kedalam minuman tu. Mulanya saya tak syak apa-apa, saya pun biarkan je, ingatkan puan minum produk kecantikan ke apa. Tapi.. Saya mula syak sesuatu bila puan bagi air susu tu pada mia, puan tak perasan yang saya tengah tengok semua yang dia buat pada mia.
Tidak lama kemudian mia meminta izin untuk naik ke bilik." Semasa kak hasna bercerita airmata lelakinya mengalir

"Lepas tu cik mia pun pengsan,, masa tulah puan panggil seorang lelaki yang berbadan besar tu. Saya dengar semua.. Puan suruh lelaki tu bawa cik mia keatas lepas tu buka tudung dan lelaki itu akan berlakon seolah-seolah dorang buat hakikatnya tak, lelaki itu cuma baring sahaja disebelahnya. Pada masa tu saya nak bagitahu syah tapi puan ugut akan bunuh saya dan keluarga kalau saya bocorkan rahsia ni. Saya rasa bersalah sangat pada cik mia.. Tapi saya takut..." Panjang lebar kak hasna bercerita, syahrif pula diselubungi rasa bersalah.

"Yaa Allah.. Saya.. Saya tak percayakan dia kak.. Dia cuba jelaskan tapi saya tak nak dengar.. Astaghfirullah. Kenapa mama buat saya macam ni? Apa salah saya kak hasna?" syahrif meraup wajahnya kasar. Tidak sangkah mamanya sanggup menghancurkan rumah tangga anak dia sendiri.

"Saya pun tak pasti syah.. Tapi apa apa yang kak tahu, puan tak suka dengan mia dan puan nak jodohkan syah dengan melissa." Terang kak hasna.

"Astaghfirullah.. Sampai hati mama buat saya macam ni." Tidak henti-henti syahrif mengucap.

"Kak.. Saya nak cari isteri saya kak, Nasiblah saya ego,, saya tak ceraikan dia masa tu. Kalau tak, dia tak akan maafkan saya kak.. Tapi saya nak cari kat mana?"

Syahrif tidak henti-henti mencari mia sampailah setahun berlalu.. Dia masih juga teruskan mencari. Namun semua usahanya menemui jalan buntuh.

Flashback end.

Puan maymay menghampiri anak tunggalnya yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya.

"Syah.. Dah jumpa mia?" Soal puan maymay. Rasa bersalahnya menggunung tinggi terutama pada mia.

"Belum mama.." Jawap syahrif diselangi keluhan.

"Maafkan mama sayang.." Puan maymay merasa bersalah. Mia masih juga belum ditemui.
Syahrif hanya menoleh sekilas.

"Tak apa mama.. Benda dah jadi dah." Syahrif sebak bila teringat perbuatan mamanya. Susah baginya mahu memaafkan, tapi tiada apa yang mampu dia lakukan lagipun.. Mamanya telah banyak berkorban dia, terutamanya sewaktu mengandungkan dia selama 9 bulan dan juga melahirkan. Betapa besarnya pengorbanan seorang ibu...

"Sori lambat.." Ucap ADRIANA sebaik keluar dari pejabat. Danial buat muka tak laku, merajuk..

"Sorilah.." Adriana menyusun 10 anak jarinya, tanda memohon maaf.

"Jomlah, dahlah lambat." Danial buat-buat marah.
Merajuk pun, pintu kereta tetap dibukanya untuk mempersilahkan adriana masuk. Gentlemanlah sangat..

"Thank you.." Adriana senyum.

Danial memandu menuju kesatu tempat. Dia sudah menyiapkan semuanya. Harini juga dia akan mengutarakan hasratnya.

Mereka tiba didestinasi. Sebuah jambatan tasik terhias dengan lilin disepanjang jalan. Tidak jauh dari situ kelihatan pondok yang juga terhias indah bersama meja yang dipenuhi makanan.

'Candlelight dinner..?' Fikir adriana.

Adriana melangkah perlahan mengikuti langkah danial. Disepanjang jalan dihiasi lilin dan bunga mawar merah..
Tiba didepan meja, danial mempersilahkan adriana duduk. Mata adriana bersinar bila melihat ayam panggang berserta beberapa lagi makanan kesukaannya. Dari tadi pagi dia belum sempat makan akibat kesibukan kerja.
Tanpa berlengah dia pun menikmati makanan itu selepas membaca doa. Debaran danial makin terasa, dia hanya berharap adriana juga mempunyai rasa yang sama.

Lama mereka berdua diam tanpa sepatah kata. Dari tadi lagi danial sudah berhenti makan, seleranya hilang kerana terlalu fikirkan hasratnya.

"Thank's for the dinner..Sampai sakit perut saya ni makan." Adriana ketawa kecil.

"Adriana.. Saya.. Saya sebenarnya.." Danial tergaga-gagap bercakap.

"Awak, kenapa?" Tanya adriana simpati.

"Saya.. Saya cintakan awak adriana. Saya nak hubungan kita lebih dari kawan.. MIA SARAH ADRIANA BINTI IDHAM sudikah awak jadi permaisuri saya untuk selamanya." Danial berlutut sambil membuka kotak berbentuk hati dan berwarna merah, kelihatan cincin berlian berpermata putih. Cantik..

"Awak.. Awak berguraukan?" Adriana seakan tidak percaya yang danial cintakan dirinya.

"Tak.. Will you marry me?" Tanya danial sekali lagi.

"Tidak.. Tidak! Maafkan saya danial." Adriana berlari kekereta sambil menangis.
Danial kecewa, tapi rasa ingin tahunya menebal.
Dia kemudian berjalan kearah kereta bmw miliknya. Bertambah pelik dia melihat mia menangis.
Mia tidak mampu menahan tangisannya. Danial terlalu baik untuknya, danial juga banyak menolongnya. Daniallah yang memberinya semangat hidup, dia terhutang budi pada danial. Andainya mia mampu dia pasti akan terima danial.

"Awak terlalu baik danial, sampai bila-bila pun saya tak akan mampu balas kebaikan awak.. Tapi.." Dia sebak, Malas dia menangis kerana teringatkan kisah lama tapi dia harus menjelaskan pada danial. Lelaki itu pasti akan terluka..

"Saya dah pernah berkahwin." Belum habis adriana bercakap, danial sudah menepis kenyataan itu.

"Saya sanggup terima awak.. Saya tak perduli pun semua tu" Danial ikhlas terima adriana seadanya.

"Saya masih lagi isteri dia.." Danial terkejut, seakan ada batu besar menghempapnya. Adriana seakan faham pandangan danial yang penuh tanda tanya.

"Sebenarnya.." Adriana menceritakan dari awal sampai akhir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience