Sebelum mereka berpindah rumah haritu, Adriana terlebih dahulu kesekolah menengah adiknya dikampung untuk berbincang dengan cikgu, yang adiknya akan pindah kekuala lumpur. Mulanya guru besar tidak setuju kerana nuraina tidak lama lagi akan menduduki peperiksaan menengah 'SPM', namun selepas memberikan alasan demi alasan yang kukuh, akhirnya guru besar terpaksa akur..
Hari ini adalah hari pertama nuraina masuk ke sekolah menengah yang baru. Ramai yang teruja dengan kehadirannya terutama para pelajar lelaki bila melihat gadis cantik belahar bersama mereka dan terutama sekali mereka perasan yang nuraina dihantar dengan menaiki kereta BMW kesekolah, walaupun syahrif berhenti diluar tapi tetap banyak mata yang nampak. Entah mahu berkawan sebab dia cantik ataupun kaya atau sememangnya ikhlas...
Adriana mendapat panggilan dari setiausahanya. Dia mendapat kabar bahawa syarikatnya ada masalah dengan pembangunan hotel baru. Ternyata hotel milik syahrif. Adriana terpaksa membeli tiket untuk kemanila lusa.
Adriana bersiap-siap mahu ke pejabat suaminya untuk berbincang pasal pembangunan hotel dimanila sekaligus dia ingin mengajak syahrif makan tengah hari. Pagi tadi dia dah maklumkan tentang temu-janji pada SITI, setiausaha suaminya, tapi dia tidak bagitahu yang dia adalah mia. Mesti siti akan terkejut besar.
"Encik syahrif.. Saya nak ingatkan, encik ada temu-janji dengan klien dari manila tentang pembangunan hotel." Siti mengingatkan syahrif. Syahrif mengerutkan dahi, namun kemudian dia teringat siapa klien yang dimaksudkan. Lantas syahrif senyum sendiri. Pelik juga siti, dah kenapa majikannya itu senyum-senyum sendiri bila dengar pasal klien tu...
"Jam berapa?"
"Jam12."
"Okay.. Terima kasih siti, you may go." Sampailah siti keluar dilihatnya syahrif masih senyum sendiri, macam kerang busuk dah...
Siti mendongak bila seorang wanita bertanya dan memperkenalkan diri.
"Saya adriana dari manila." Terkejut dia bila melihat wajah itu mirip sangat dengan mia, tapi.. Siti memerhatikan tubuh badan adriana dari atas hingga ke bawah.
Adriana berdehem, membuatkan siti tersedar dari lamunannya.
"Dah habis scan ke cik SITI NURAINI BINTI HASYIM?" Soal adriana sambil ketawa melihat gaya siti terkejut.
"Kau.. Mia kan?" Soal siti seakan tidak percaya, wajah adriana sangat mirip dengan mia namun dia kurang yakin bila penampilan wanita dihadapannya kini bergaya bak model muslimah, fesyen yang menarik dan pandai bergaya, berbeza dengan mia yang memakai baju kurung atau jubah dan tudung labuh.
"Ye.. Ni akulah.. MIA SARAH ADRIANA BINTI IDHAM.." Ujar adriana seraya menyebut nama penuhnya, kot-kot kawan baiknya itu lupa ingatan.
"Aku tahulah nama penuh kau, tapi.. Kau dah berubah!" Balas siti seakan bermimpi. Pantas adriana melancarkan ketam berbisanya...
"Adoi!!" Terjerit siti dibuatnya. Kesan cubitan tadi disapu-sapu, merah..
"Kau tak bermimpi kan?" Soal adriana diselangi ketawa.
"Aduh!... Aku tahulah, tak perlu pun ketam tu cubit aku" Siti mendengus marah. Adriana bertambah galak ketawa.
"Hermmm... Biasalah.. Aku ni bukannya siapa-siapa pun nak ingat, kan?.. Tak apalah kalau dah taknak kawan dengan aku yang malang ini..." Adriana membuat muka nasi lemak 50sennya, entah laku ke tak..
"Alololooo.. Kau kawan aku dunia akhiratlah mia.." Ujar siti ikhlas, lantas dipeluk tubuh adriana.
Adriana memulas tombol pintu pejabat syahrif. Syahrif masih fokus dengan kerjanya. Adriana memberi salam barulah syahrif berpaling memandang wanita yang amat dikenalinya. Terus dia teruja, kertas kerja bertimbun ditolak ketepi. Muka klien itu menjadikan hatinya berbunga-bunga. Syahrif mengangkat kening bila adriana memperkenalkan diri sambil berjabat tangan dengannya.
"Macam ni ke selalu bila jumpa klien? Mesti berjabat tangan ke Cik Mia?" Syahrif kurang senang. Adriana ketawa, dia tahulah.. Berpegang tangan dengan bukan mahram hukumnya 'HARAM'.
"Tak adalah hubby.. Dengan bie je, adalah klien berasa pelik bila saya memberi isyarat letak tangan didada,, Jadi saya jelaskan, biasanya orang muslim faham tapi kalau non muslim ada yang cakap islam tu terlalu banyak pantang larang. Ada juga yang mengangguk sahaja tanda faham." Terang adriana.
Syahrif tersenyum bila mendengar hujah dari adriana.
"Baiklah.. Bie lupa pula yang isteri bie ni ada bakat untuk jadi ustazah.." Puji syahrif mengusik tapi bermaksud.
"Tak adalah, saya tak layak pun jadi ustazah.. Saya tak sebaik itu lagipun, dengan ilmu yang sedikit saya langsung tak layak... Oh ye,, Dah jauh kita ni menyimpang. Baik kita berbincang pasal bisnes." Ujar adriana merendah diri.
"Baiklah cik mia.." Balas syahrif. Mereka berdua pun memulakan perbincangan tentang pembangunan hotel dimanila. Adriana turut meminta izin untuk kemanila, syahrif akan ikut sekali memandangkan masalah adalah dari syarikat mereka berdua...
Share this novel