Puan maymay sedar akhirnya. Dilihatnya syahrif lena tertidur.
'Aku tahu edward takkan ceraikan betina tu, biarlah aku yang bertindak sendiri untuk hapuskan dia dari keluarga ni. Apa sebenarnya yang ada pada betina tu sampai anak aku sanggup masuk islam. Kau tunggu balasan aku MIA SARAH ADRIANA.' Monolognya dalam hati.
Dia cuba mengatur rancangan...
"Eh mama dah sedar, Alhamdulillah.. Kejap, ed panggil doktor." Teruja syahrif melihat ibunya sedar, dia panjatkan syukur pada ilahi.
"Tak apa.. Mama dah okay. Mama nak cakap sikit dengan edward." Syahrif duduk semula bila mamanya minta begitu.
"Edward.. Mama minta maaf sebab mama dah buat kamu suami isteri risau. Mama mengaku pada mulanya mama sakit hati bila ed kahwin tanpa ikut syarat mama, tapi mama faham sekarang dan mama restui hubungan kamu.."
Ujar puan maymay, senyuman dimaniskan.
"Mama juga dah dapat terima yang ed memeluk agama islam." Dalam hati syahrif sangat bersyukur.
"Thank's mama.." Ucap syahrif. Puan maymay tersenyum puas.
"Tapi mama nak edward dan mia tinggal sekali dengan mama ye." Tegasnya.
"Yang tu saya kena bincang dengan isteri saya mama.." Terang syahrif.
"Okay.. mama faham ed. Nama Islam ed apa?"
"MOHD SYAHRIF YUSUF CHONG."
"Sedapnya nama.." Didalam hati dia menyampah.
"Kalau mama nak tahu, nama tu menantu mama yang bagi." Cerita syah gembira.
"Oh yea..? Mesti mia ni bukan perempuan biasa-biasa, nampak baik je.." Tutur puan maymay sambil tersenyum paksa.
Syahrif memeluk mamanya dan berterima kasih kerana merestui perkahwinannya.
Syahrif rasa bersalah pula untuk membawa isterinya pindah kerumah mamanya, takut pula mia tidak selesa.
"Sayang.." Panggilnya lembut, mia yang tengah masak ikan goreng, menoleh sekilas sebelum fokus kembali memasak.
Semua yang dikatakan mamanya sudah disampaikan kepada isterinya, hanya soal permintaan mamanya yang dia teragak-agak bagitahu.
"Sebenarnya mama nak kita duduk sekali dengan dia, tapi kalau sayang tak selesa tak apa.." Bicara syah lembut sambil memotong sayur kubis.
"Oh.. yeke?.. Jadi bie setuju?"
"Bie ikut je kemahuan sayang."
"Kalau macam tu mia setuju jelah."
"Betul ke?" Soal syah tidak percaya. Baik betul isteri dia ni.
"Iya bie.. Mia ikut je apa keputusan bie." Ujar mia sambil mengangkat ikan yang telah masak dan menggoreng lagi yang baru.
Selepas menghidang makanan diatas meja, mia memanggil syahrif turun makan malam.
3 hari kemudian.. Mereka berdua berpindah masuk kerumah mamanya.
Puan maymay menyambut mesra pasangan itu.
Mia pula terpesona dengan kecantikan rumah banglo mertuanya. Macam-macam yang ada, perhiasan juga tersusun cantik.
'Mashaa Allah..' Bisik hatinya.
"Syahrif, mia.. Masuklah." Ucap puan maymay.
Syahrif dan mia menyalami puan maymay, mia melaga-lagakan pipinya dengan pipi mertuanya.
Pembantu rumah 3 orang perempuan dan dua orang lelaki senyum kearah mia. Kemudian salah satu dari mereka mengambil beg yang syahrif bawa dan menghantar ke tingkat atas.
Soal makan pula, itu tidak jadi masalah kerana sebelum ini pun mereka tidak pernah makan makanan haram meskipun mereka bukan beragama islam.
Hanya saja jika mereka mahu makan, mereka akan mengunjungi restoran yang tidak halal.
Syahrif pula sebelum ini seorang yang tidak makan makanan haram hanya saja dia seorang yang kuat minum arak. Dia hanya berharap Allah menerima taubatnya.
Puan maymay memerhati pasangan yang tenga menaiki tangga untuk ke tingkat atas.
Senyuman puan maymay sinis penuh makna.
Sengaja dia menyuruh pasangan itu tinggal dirumahnya bukan kerana dia telah merestui melainkan, dia akan lebih senang lagi untuk pisahkan mereka. Seribu satu rancangan muncul dibenaknya. 'Kau tunggu hari kau...' Bisiknya dalam hati kemudian beredar ke ruang tv.
Selepas mia mandi, dia mencari kelibat syahrif didalam bilik. Dia hanya berkemban kerana lupa bawa tuala sekali. Mujurlah suaminya tiada disitu.
'Nasib baik..' Monolognya dalam hati.
Perlahan-lahan langkah diatur keluar dari bilik mandi, Serentak itu juga syahrif masuk kedalam bilik. Pandangannya terarah kearah mia yang hanya memakai sarung batik. Gulp! Dia menelan liur namun terasa perit pula.
Mia yang perasan dirinya diperhatikan hanya buat bodoh, padahal dalam hatinya.. Malu...
Tanpa berfikir panjang syahrif terus meluruh kearahnya.
"Nak goda bie ke?" Soalnya, keningnya terangkat.
"Mana ada." Jawap mia sambil tangannya mencapai tuala selepas itu dia mengeringkan rambutnya.
"Habis tu.. Kenapa pakai macam ni.?" Sinis sahaja soalan syahrif.
"Mia lupa bawa tuala, jangan nak perasan ye." Balas mia. Syahrif tersenyum nakal.
Baru sahaja dia mahu memakai baju tangannya ditarik syahrif sehingga terdorong kedalam pelukannya. Mia bertambah malu dibuatnya.
"Hubby.. Lepaslah!" Marah mia, tapi syahrif hanya senyum nakal.
"Jangan nak lari ye.." Badannya ditolak hingga jatuh keatas tilam empuk. Dah tak boleh mengelak...
Sedang mereka bertiga makan tengah hari, Tan sri khalid tiba dirumah. Macam tak percaya dia melihat mia berada disitu. Syukurlah kalau begitu.
Petang itu syahrif membawa mia kesatu tempat
selepas habis kerja.
Syahrif memandu menuju ketempat itu. Mia hanya menurut. Katanya tempat adalah tempat istemewa buatnya, disanalah tempat yang membahagiakan suaminya itu.
Mereka tiba didestinasi. Papan tanda didepan pagar bertulis 'Rumah anak yatim Cahaya hati.'
Syahrif dan mia berjalan masuk kedalam.
Mereka berdua disambut mesra oleh kanak-kanak yang berada disitu. Syahrif menundukkan badannya kemudian satu persatu kanak-kanak memeluknya.
"Pergi panggil umi." Arahnya pada seorang kanak-kanak lelaki. Tidak lama kemudian muncul seorang wanita dalam lingkungan 40an.
" Hai edward.." Sapa puan murni yang dipanggil umi itu.
"Assalamualaikum umi.." Puan murni terkejut kemudian tersenyum gembira.
"Waalaikumussalam.. Alhamdulillah.." Bersyukur puan murni, akhirnya anak muda yang mempunyai hati yang baik itu memeluk agama islam.
"MOHD SYAHRIF YUSUF CHONG. Nama islam saya. Semua panggil abang syahrif ye.." Arah syahrif kepada kanak-kanak yang berada depannya.
"Ini siapa pula?" Tanya puan murni bila mia menyalaminya mesra.
"Ini isteri syah. MIA SARAH ADRIANA." Terang syahrif sambil memeluk pinggang mia. Mia memberi isyarat untuk dilepaskan kerana mereka didepan kanak-kanak. Puan murni tersenyum bahagia melihat pasangan suami isteri itu.
"Masuklah umi ada masak makanan kesukaan syah. Asam pedas ikan patin." Syahrif kecut liur mendengar.
Mia berasa sedih untuk balik, dia suka berada disitu. 'Allahu.. Apalah nasib kanak-kanak ini jika puan murni tidak memelihara mereka.' Fikirnya, satu-persatu wajah kanak-kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun itu dipandang sedih.
"Kalau mia nak tahu, umi hanya menjaga mereka namun tanpa syahrif mungkin umi takkan mampu.. Dialah yang tanggung semua perbelanjaan disini." Ujar puan murni sebak.
"Umi janganlah cakap macam tu. Tanpa umi pun budak-budak ni takkan terjaga." Puji syahrif pula.
Mereka berdua beredar selepas bersalaman dengan umi dan juga kanak-kanak itu. Mia memeluk kesemua mereka. Tabahnya anak-anak ini menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini. Yang paling sedih ada dikalangan mereka yang sengaja dibuang oleh keluarga mereka sendiri.
Dalam perjalanan mia hanya mendiamkan diri memandang keluar tingkap. Syahrif sesekali menoleh sekilas kearah isterinya.
"Mia okay..?" Soalnya, memecah kesunyian.
"Okay.. Mia cuma terkenangkan nasib kanak-kanak tadi." Sebak dia bila melihat pandangan kanak-kanak itu.
"Tabahkan mereka?" Soal syah lagi.
"Iya hubby.. Mia sendiri tak mampu nak bayangkan jika mia berada disituasi mereka."
Airmatanya mengalir simpati.
"Sebab tu kalau bie banyak sangat masalah, bie akan pergi kesana. Mereka buat bie bersyukur dengan apa yang bie ada. Bie kagum dengan ketabahan mereka." Ujar syahrif yang fokus pada pemanduan.
"Susahnya hidup mia ni ternyata mia masih beruntung, ternyata ada lagi orang yang lebih susah diluar sana." Bersyukur dia dengan apa yang dia miliki sekarang.
"Kalau mia nak tahu, bie ada rahsia lagi." Ujarnya sambil melihat cermin sisi disebelah kanannya. Kemudian memberi signal ke simpang.
Mia pula memandang tidak puas hati
"Bie ada buat anjuran setiap malam untuk menolong orang yang tidak berkemampuan dan juga orang jelandangan, setiap malam bie akan arahkan orang-orang bie untuk agihkan makanan berserta duit tapi tak bnyak pun, rm20 je setiap seorang. Gaji dan semua kos bie yang tanggung."
Ucapnya seraya masuk kedalam restoran kecil.
"Patutlah bie berjaya sekarang, rupanya bie baik hati dan pemurah.. Kenapa tak bagitahu mia sebelum ni." Soal mia, bangga dia kerana memiliki suami yang baik hati.
"Bie cuma taknak bangga diri. Sekarang sayang dah tahu, sebab bie bagitahu sayang supaya kalau bie sibuk sayang boleh ganti tempat bie." Jawap syahrif.
Pekerja restoran diarahkan untuk memasak nasi lalap dan air teh o ais hari ini.
Share this novel