Bab 27

Romance Completed 8392

Adriana termenung di ruang tamu..
Sudah seminggu lebih dia berada dikampung halamannya dan sudah seminggu lebih juga ayahnya telah kembali kerahmatullah. Dia kesal kerana tidak sempat memohon maaf pada arwah ayahnya. Sampai ke hari ini masih segar penyesalan yang dia rasakan, kerana membiarkan hati tua itu merinduinya. Setiap saat adriana hanya menangisi kepergian ayahnya. Matanya kelihatan bengkak dan tubuhnya tidak bermaya kerana tidak menjamah apapun makanan yang dihidangkan.

Syahrif menghampiri adriana, kehadirannya sedari tadi tidak disedari oleh adriana.

"Sayang.. Sudahlah tu.." Pujuknya sambil mengusap lembut kedua pipi adriana. Wajah wanita yang dicintainya itu tetap terlihat cantik walaupun agak cengkung mukanya. Syahrif faham apa yang adriana rasa.

"Saya tak sempat jumpa ayah.." Perkataan yang sama diulang berkali-kali.

"Sayang... Tak baik macam ni.. Arwah ayah mesti sedih sebab sayang macam ni. Tak kesian kan arwah ke?" Pujuk syahrif lagi. Adriana bertambah menangis teresak-esak. Syahrif memeluk tubuh isterinya, berharap mampu mengurangkan sedikit kesedihan isterinya itu. Akhirnya adriana meleraikan pelukan yang syahrif cuba eratkan. Syahrif akur.

"Saya sedih bie.." Aduh adriana lagi, walaupun dia bencikan lelaki yang berada disebelahnya namun dia masih menghormatinya walau dengan panggilan adriana tidak mahu berdosa.

"Bie faham sayang.. Doakan arwah ye.." Ujar syahrif. Seketika nuraina memanggil mereka berdua makan tengah hari.

"Abang syah! Kak long! Mari makan." Panggilnya sambil menyusun piring dilantai kerana mereka belum punya meja makan, namun nuraina tidak sedikitpun mengeluh dengan kemiskinan keluarganya, bangku diruang tamu adriana yang belikan sewaktu dia berkerja dahulu.
Nuraina menyenduk nasi kedalam 3 piring yang disediakannya tadi. Adriana menurut akhirnya bila syahrif terus-terusan memujuknya untuk makan.

"Kak long makan banyak-banyak ye.. Ni adik ada masak sambal belacan, kak long sukakan?" Nuraina juga turut memujuk, dia berasa kesian tengok kakaknya semakin cengkung kerana enggan makan.

"Betul tu sayang.. Makan ye.. Sikit pun tak apa." Syahrif menyuap nasi berlauk ikan goreng namun seperti biasa adriana tidak berselera. Nuraina menghempas sudu nasi yang berada ditangannya kasar.

"Biasalah.. Masakan orang kampung mana sedap kan?.. Sebab kak long taknak makan." Nuraina bingkas bangun menuju keruang tamu, dia membuat muka merajuk. Dia tahu itu kelemahan kakaknya.

"Adik!.." Adriana memanggilnya namun nuraina tidak menyendahkan. Adriana mengeluh berat sebelum bangun dan berjalan lemah mendapatkan adiknya.

"Baiklah.. Kak long makan, jomlah adik.." Rayu adriana. Muka nuraina terus berubah ceria. Jujur dia bimbangkan kesehatan kakaknya.

Mereka bertiga makan dengan berselera, lauk ikan goreng, sayur dan sambal belacan membangkitkan selera mereka. Adriana makan dengan lahap kerana terlalu lapar.

Nuraina membawa kakak dan abang iparnya mandi ke sungai. Tujuannya untuk menceriakan kakaknya yang kelihatan tidak bermaya selepas kepergian arwah ayah mereka.
Setiba ditepi sungai, Adriana yang tadinya menolak ajakan adiknya menjadi ceria dan teruja. Sudah lama dia tidak mandi disungai itu.

Adriana sudah tidak sabar lagi mahu mandi disitu. Selepas meletakkan barang ditepi sungai mereka berdua terjun kedalam air. Syahrif hanya menggelengkan kepalanya. Dia membuka tikar ditepi sungai dan meletakkan bekal dan makanan ringan syahrif beli tadi.
Selesai mengatur barang keperluan, dia membuka cermin mata hitam dan jam tangannya kemudian terjun kedalam air. Adriana dan nuraina berketawa riang, seronok dapat mandi. Mereka perasan syahrif terjun kedalam air tapi agak lama tidak timbul kepermukaan. Adriana panik! begitu juga nuraina.

Pantas adriana berenang ketempat syahrif terjun tadi. Dia mencari dan nuraina memanggil nama abang iparnya. Nuraina memerhati jam 'g-shock' yang berada dipergelangan kirinya, sudah hampir 6 minit mereka mencari kelibat syahrif disitu.
Adriana tidak sedap hati, dia terlalu risaukan syahrif. Dia berenang kesana kemari mencari beberapa kali dia menyelam namun keadaan air sungai yang sedikit kabur menghalang penglihatannya. Nuraina memanggil lagi sambil memerhati jam tangannya, sudah 10 minit lebih abang iparnya tidak juga terlihat dimana-mana. Adriana meraung nama syahrif sambil menangis risau.

Nuraina berenang ketepi sungai yang sedikit berarus kerana melihat ada kain disitu, mungkin itu adalah syahrif.
Sangkaannya betul bila dia menarik kain itu yang ternyata adalah baju syahrif yang menyangkut diranting, mungkin sebab itu tubuh syahrif tidak terbawa arus. Nuraina berteriak memanggil adriana.

"Dia ada kat sini! kak long!!" Adriana yang mendengar adiknya memanggil, bergegas berenang ke arah adiknya. Tubuh syahrif ditarik perlahan. Walaupun sukar mereka berdua menarik tubuhnya namun adriana dan nuraina tidak mengaku kalah. Sampai ditebing sungai yang agak berbatu mereka berdua tidak mampu menarik tubuh syahrif hingga keatas, kerana kudrat kedua wanita itu tidak mampu mengangkatnya. Adriana berusaha membangunkan syahrif namun tiada reaksi, adriana membuat 'CPR' yang dipelajarinya dahulu. Dia hanya berharap syahrif sedar. Nuraina terduduk bila melihat jam tangannya. Mustahil syahrif masih hidup, sudah setengah jam lebih dia didalam air, mukanya juga sudah pucat lesi.

"Bangun hubby!" Adriana teresak-esak menangis bila tiada langsung reaksi dari syahrif.

"Bangun!.. Mia perlukan bie.. Tolonglah yaa Allah.." Adriana masih lagi tidak mahu putus asa. Nuraina juga menangis kedua bahu kakaknya dipegang, jangan-jangan abang iparnya...

"Maafkan mia bie.. Tolonglah bangun... Mia janji! Mia tak akan tinggalkan bie lagi. Tolonglah bangun.. Jangan tinggalkan mia, hubby.... Mia tak mampu kehilangan bie..." Adriana masih lagi berharap walaupun ianya sesuatu yang mustahil.

"Uhuk! Uhukkk!!" Syahrif batuk dengan kuat, banyak air keluar dari mulut dan juga hidungnya. Adriana yang hampir mencium bibir syahrif untuk memberikan bantuan pernafasan tidak jadi berbuat begitu.

"Alhamdulillah..." Ucap mereka berdua serentak. Mulanya nuraina terkejut seperti suatu keajaiban yang berlaku ini semua mestahil namun tiada yang mustahil bagi Allah, Dia yang Maha menghidupkan dan Dia jugalah yang mematikan.

"Betulkah sayang tak akan tinggalkan bie lagi?" Soal syahrif teruja walaupun keadaannya masih lemah. Adriana menganggukkan kepalanya. Nuraina tertanya-tanya bila masanya adriana dan syahrif berpisah sedangkan mereka selalu bersama. Namun melihat keadaan itu nuraina hanya membiarkan pertanyaan itu berlalu pergi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience