Bab 4

Romance Completed 8392

Malam itu selepas dia menunaikan solat isyak, sempat dia menghadiahkan surah yasin untuk arwah ibunya.
Selesai membaca dia tutup dengan doa.
Kerinduannya pada arwah tidak mampu dia tahan, mutiara jernih menjadi saksi betapa rindunya dia pada arwah.

Semasa dia tengah sibuk meneliti kerja kosong disurat kabar, dia dikejutkan dengan bunyi pelik, seperti bunyi orang sedang mencungkil sesuatu atau mengetuk sesuatu. Perlahan-lahan dia berjalan kearah tingkap biliknya, sewaktu membuka sedikit langsir. Panik dia apabila melihat ada seseorang yang mencungkil besi yang menutupi jendelanya.
Perlahan-lahan dia berundur agar orang yang cuba masuk ke biliknya itu tidak sedar kehadirannya. Fikirannya buntuh, tidak tahu mahu buat apa, dia mencapai telepon bimbitnya.

kreeekkk!
Tersentak dia dengan bunyi besi yang sudah terbuka, dia mahu teriak takut keadaan makin huru-hara dan orang itu akan sedar kehadirannya.
Langkahnya cermat diatur kearah bilik mandi selepas mengambil beg tangan yang berisi benda penting dan telepon bimbit sudah sedia ada ditangan.
Selepas berada didalam tandas dia kemudian mengunci pintu dan senyapkan telefon.
Pantas jari-jemarinya menaip sesuatu untuk di hantar pada edward. Itu sahaja yang mampu dia fikir masa itu.

'Edward, tolong saya.. Ada seseorang diluar tingkap.' Mia

Tidak lama kemudian ed membalas.
Panik sangat edward waktu itu. Cepat-cepat dia menelepon pihak polis. Dia juga cepat-cepat mahu ke tempat tinggal mia. Takut sesuatu yang buruk berlaku pada mia.

'Kau sabar ya, aku otw dah ni.' Edward
'Aku takut.. Aku boleh dengar bunyi besi terbuka
satu-persatu' Mia

'Aku janji, aku akan selamatkan kau, kau kat mana ni?' Edward

'Aku kat dalam tandas, aku takut ed.. Tolong aku..
' Mia.

'Aku memandu ya. Kau tunggu je, pihak polis pun tak lama lagi akan sampai.' Edward

'Cepat ed..huhuhu..'Mia

Dia mendengar bunyi besi terbuka lagi, Kemudian bunyi jendelanya terbuka.
Dia hanya mampu berserah pada Allah.
'Yaa Allah.. Selamatkanlah hambahmu ini..'

Bunyi barang berjatuhan dapat dia dengar dengan jelas, tiada apa yang mampu dia lakukan melainkan sabar. Dia ketakutan...

Keluhan berat dilepaskan, dia masuk kedalam bilik yang tiada apa-apa melainkan rantai emas yang berpermatakan huruf M.
Langkahnya diarah ke bilik mandi. Mia mampu mendengar bunyi tapak kaki yang semakin Dekat.. Dekat.. Dekat..

Edward sampai ditempat mia menyewa bilik
Kelam-kabut dia melepaskan tali pinggang, Pintu kereta juga dihempas sekuat hatinya kemudian berlari menaiki tangga. Kerisauannya melebihi segalanya, anak tangga dipanjat dengan cepat.

Orang itu memcuba membuka pintu bilik mandi tapi berkunci, mia makin berdebar airmata deras mengalir.
Orang itu kemudian berniat untuk keluar dari bilik itu, belum sempat dia melangkah dia terdengar bunyi esakan. Senyuman dibibir terukir.
'Tak de duit pun yang penting aku boleh rata kau' Monolognya dalam hati seakan tahu kehadiran mia.
Edward sampai dipintu bilik sewa mia, pintu berkunci dari dalam. Tanpa berlengah dia terus menendang pintu, 1kali tendang gagal, kedua kali baru pintu itu terbuka.
Pada waktu itu polis sudah sampai.

Pergelutan terjadi antara orang itu dan edward.
Mia mendengar suara edward mengeluh kesakitan bersilih ganti dengan orang itu, mia hanya berdoa agar ed tidak dicederakan.
"Jangan bergerak!" kata salah satu pegawai polis sambil menghalakan pistol kearah orang itu, Sempat dia menikam bahu edward sebelum polis terpaksa melepaskan tembakan.
Mia terkejut dengan bunyi itu. Kemudian dia mendengar salah seorang menelepon yang ada 2 orang cedera.
Pantas mia membuka pintu tandas, betul sangkaannya itu edward.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience