Hari ini mereka akan balik kebandar. Adriana berjaya memujuk nuraina untuk tinggal dibandar, dia risau jika adiknya masih tinggal dikampung bersendirian.
Barang-barang mereka berdua, syahrif angkat dan memasukkan kedalam bonet kereta. Syahrif bersetuju sahaja bila adriana tidak mahu tinggal dirumah mertuanya, mereka akan tinggal dirumah mereka sendiri.
Setelah memastikan semuanya sudah selesai, syahrif memulakan perjalanan.
Akhirnya mereka tiba diperkarangan rumah banglo. Nuraina kagum melihat rumah sebesar dan seindah itu, baginya terlalu mewah.
"Masuklah adik.. Buat macam rumah sendiri ye, tak payah nak segan-segan dengan abang." Pelawa syahrif seraya membuka pintu.
"Betul ke bang? bolehlah adik gadai nanti." Nuraina berseloroh. Gurauannya mengundang pandangan maut dari kakaknya.
"Gadai jelah, boleh makan besar nanti." Balas syahrif bersahaja sambil mengangkat keningnya.
Adriana menjeling kedua manusia dihadapannya, dia mengatur langkah pantas meninggalkan nuraina dan syahrif yang tertawa. Kedengaran adriana bercakap ditingkat atas.
"Macamlah lawak sangat." Omel adriana. Membuat ipar duai itu bertambah ketawa mendengar.
"Adik naiklah dulu berehat. Bilik adik kat sebelah kanan. Maaflah dikk, bilik tu kosong, nanti ada masa abang belikan barang untuk adik ye.."
"Okay abang.. Terima kasih.. Adik naik atas dulu ye." Syahrif hanya menganggukkan kepalanya. Nuraina turut naik ke tingkat atas, badannya lenguh kerana duduk lama kat kereta tadi.
Selepas mengangkat beg besar milik nuraina syahrif masuk kedalam biliknya.
Syahrif menghampiri adriana yang sedang baring diatas katil.
"Sayang.." Syahrif mencium tangan adriana lama.
"Kenapa?" Soal adriana rimas sahaja.
"I miss you damn much sayang.." Ucap syahrif penuh makna. Dagu adriana dia angkat supaya wajah adriana menghadapnya. Syahrif mendekatkan bibirnya namun pantas ditepis adriana.
"Jangan ingat saya lupa apa yang terjadi dulu.." Bentaknya namun suaranya dia kawal agar adiknya tidak mendengar. Syahrif tersentak.
"Dahlah sayang.. Bie minta maaf.." Adriana diam.
"Okaylah kalau sayang tak nak hidup dengan bie, biarlah bie mengalah.. Bie dah buat macam-macam dah tapi sayang tetap macam ni. Biarlah bie jauh dari sayang, bie tahu sayang masih tak boleh maafkan bie kan?" Panjang lebar syahrif memujuk. Adriana pantas memeluknya, dia hanya bergurau tadi.
"Alololo... Marah ke? Tadi bukan main lagi usik saya, siap nak gadai rumahlah.."
"Ingatkan masih merajuk lagi dengan bie..." Senyuman syahrif meleret semula.
"Sayang dah maafkan.. Sejak bie lemas haritu, mia sedar yang mia perlukan bie. Tapi..."
"Tapi apa sayang?"
"Mia tak pasti lagi dengan hati mia.. Mia sebenarnya kesiankan danial, sebab tu mia mahu kita berpisah tapi rupanya danial cuma permainkan mia.." Airmata adriana mengalir membasahi pipinya. Bila dia teringat kenyataan danial haritu, hatinya kecewa.
"Tolonglah sayang... Jangan tinggalkan bie.." Syahrif memeluk adriana. Dia takut kehilangan isterinya.
"Tapi bie.. Dia dah banyak membantu mia.. Tapi itu semua dah berlalu dah. Biarlah dia dengan perempuan yang dia sayang. Walaupun dia cuma pergunakan saya tapi saya terhutang budi dengan dia." Terang adriana sebak.
"Sabar sayang.. Doakan saja kebaikan dia. Bie pun terhutang budi sebab dia jaga sayang untuk bie." Adriana melentokkan kepalanya didada bidang syahrif hinggah dia tidak sedar lagi waktu berlalu dia terlena didalam pelukan syahrif yang terasa hangat. Syahrif hanya membiarkan sahaja, sememangnya dia rindukan isteri. Penatnya memandu berjam-jam lamanya langsung tidak diendahkan. Dia hanya ingin menyayangi isterinya itu sampai bila-bila, dia tidak akan melukai perasaannya lagi, dia takut kehilangan adriana. Selang beberapa minit berlalu dia turut terlena dibuai mimpi.
Adriana terjaga dari tidurnya, dikerling jam didinding, jam7 malam. Lantas dia mengejutkan syahrif
"Hubby.. Bangun, kejap lagi masuk maghrib." Syahrif membuka mata perlahan, baru terasa penatnya.
"Jam berapa ni sayang?"
"Jam7 lebih.." Syahrif bangun juga walaupun dia penat.
"Lepas isyak kita keluar makan ye. Bie laparlah.." Adriana mengangguk sambil tersenyum. Dia keluar dari bilik dan menuju kebilik adiknya.
"Adik.. Nanti lepas isyak kita keluar makan ye. Jom solat jemaah sekali."
"Okay kak.." Balas nuraina.
"Bilik solat kat hujung tu.." Adriana menunjuk kearah sebelah bilik mereka ruang solat terletak dihujung.. Nuraina mengangguk tanda faham. Adriana masuk kembali kebilik mereka. Sedang dia mengeluarkan baju dari dalam beg syahrif menjenguk separuh badan.
"Sayang, jom mandi sama-sama." Ujarnya teruja.
"Merepek jelah bie ni.." Adriana menggelengkan kepalanya. Syahrif tersengih macam kerang busuk.
Mereka bertiga makan di gerai Mamak. Nasi goreng seafood dan nasi goreng ayam dipesan oleh syahrif dan nuraina. Adriana pula menggiur bila tengok seorang wanita yang sedang makan mee kari dimeja berdekatan mereka, lantas dia memesan mee kari.
"Tak sangkah orang kaya macam abang ni, makan kat gerai mamak ingatkan makan kat restoran mewah tadi." Nuraina tersengih menampakkan barisan giginya.
"Eg, abang pun manusia juga.. Kalau adik nak tahu, kak long yang ajar abang, dulu abang ingatkan makan kat gerai ni tak sedap dan tak bersih rupanya.. Sedap!" Adriana senyum mendengar.
"Kalau adik jadi orang kaya, adik nak yang ada class sahaja, yang mewah-mewah semua." Ujar nuraina pula.
"Tak ada makna pun dik.. Abang rasa biasa sahaja jadi orang kaya ni. Takde pun bezanya kaya ataupun miskin."
"Betul cakap abang tu dikk.." Balas adriana. Mereka bertiga diam bila seorang lelaki menghantar pesanan mereka.
Share this novel