Dia menanti kehadiran pujaan hatinya dengan penuh debaran.
Mia terkejut melihat restoran mewah itu dihiasi lilin sepanjang jalan, yang paling dia pelik tiada sorang pun yang berada direstoran itu.
Dari jauh dia melihat edward berdiri apabila melihatnya.
Hairan dia melihat edward memakai baju kemeja biru dan seluar hitam, rambutnya tersisir rapi, apa yang membuatnya lebih terkejut satu-persatu orang yang berpakaian rapi keluar dan memainkan biola, edward pula bernyanyi lagu kesukaan mia iaitu lagu 'I need you baby' tapi dengan nada perlahan mengikuti alunan biola. Merdu sahaja suara edward menyanyi.
Senyuman dibibir mia terukir, perlaha-lahan dia menuju kearah edward yang berdiri di samping meja.
'But i can't help..
falling in love.. whit you...
Mia menepuk tangan, dan kemudian memuji edward hensem. Gembira dia namun kemudian dia sedarkan diri yang itu semua bukan untuk dia tapi untuk bakal isteri edward.
*Tadi dia mendapat mesej dari edward yang katanya mahu mengenalkannya dengan bakal isterinya, lepas solat isyak dia pun bersiap untuk menemui edward dan kekasih hatinya, entah kenapa dia rasa kecewa dan takut kehilangan edward tapi dia sedaya upaya membuang jauh perasaan itu, pelik rasanya dia seakan mahu menangis..*
Edward berjalan kearahnya sambil membuka kerusi lagaknya seorang gentlement.
Mia melihat kesekeliling restoran, dia mencari dimana perempuan yang bertuah sebab memiliki edward tapi gagal, hanya mereka berdua disitu. Dia pun bertanya.
"Mana dia?"
Edward berdebar kencang namun sedaya upaya dia menahan supaya tidak terlihat jelas oleh mia.
Pelik.. Mia tengok edward diam seribu bahasa.
Satu-persatu makanan dihidang diatas meja mereka. Semuanya makanan kegemarannya, bulat matanya bila edward memegang tangannya
Dia cuba leraikan namun pegangan itu erat sekali.
"Lepaslah ed!" Bentaknya namun edward tidak sedikitpun takut.
"Kau lepas atau aku balik?" Marah mia lagi, dia tidak suka berpegang tangan dengan siapapun lelaki yang tiada ikatan yang sah.
Keluhan berat dilepaskan. Edward akhirnya berterus terang.
"Mia..Aku nak cakap sesuatu, tapi aku tak nak kau bercakap apa-apa tunggu sahaja aku habis cakap, baru kau bagi keputusan." Edward memandang tepat ke sepasang mata coklat milik mia. Debarannya makin terasa.
"Aku sayangkan kau lebih dari seorang sahabat, dari dulu lagi mia, tapi aku tak tahu bila." Mia memandang bagaikan tidak percaya dengan apa yang edward luahkan.
"Aku sentiasa takut kau tolak aku tapi aku dah tak boleh pendam lagi sebab mama aku akan jodohkan aku dengan pilihannya. Aku selalu harap kau terima aku, tapi aku takut.. Aku takut dengan kenyataan yang kita jauh berbeza, aku tahu aku tak layak untuk kau."
Mia tidak mampu lagi memandang kearahnya, bagi mia edward telah memcemarkan persahabatan mereka selama ini. Dia hanya mampu menundukkan pandangannya, perasaan aneh hadir waktu itu, ingin meluahkan rasa bahawa dia juga sayangkan ed tapi dia tidak pasti.
Edward turun dari bangku dan berlutut didepannya sambil memegang cincin.
"MIA SARAH ADRIANA BINTI IDHAM.
Will you marry me?"
Lama edward melutut sambil memandang kearahnya, mutiara jernih jatuh kepipi gadis itu namun dilap dengan hujung baju kurung kasar!.
"Aku tak layak untuk kau ed.. Kau tahukan aku cuma seorang perempuan yang berasal dari kampung, kau tahu ayah dan adik aku bergantung harap padaku, kau tahu kan ed?" Semakin deras airmatanya mengalir, fikirannya menolak tapi hatinya mengiyakan.
"Sebab ed bukan beragama islam? Sebab tu ke mia? Ed sanggup masuk islam." Ucap edward separuh hati merayu.
"Bukan itu sahaja sebab tapi banyak lagi jurang yang tercipta.. Kau dan aku tak mungkin bersatu. Lagipun kalau kau mahu masuk agama islam kau kena ikhlas bukan sebab aku ed.."
Dia cuba meyakinkan ed tapi hatinya sendiri bagaikan dihiris belati tajam. Pelik dengan dirinya sendiri, mungkinkah dia juga mempunyai rasa yang sama..
"Kau memang sebab utama untuk aku memeluk agama islam tapi aku sudah lama menyimpan keinginan ni, cuma aku tak tahu macam mana." Jelas ed tidak mahu mengalah.
Akhirnya mia setuju tapi dengan syarat.
"Kau tahukan, aku selalu berharap yang jodoh adalah seorang muslim yang mampu membimbing aku? Orang yang mampu buat aku sentiasa dalam redah Allah, Seorang lelaki yang beriman dan mampu membimbing aku hinggah ke Jannah. Aku mahu kau belajar tentang islam dan tahu apa tugas seorang muslim. Aku nak kau belajar semua tu sebelum kita khawin. Lagi satu, aku tak mahu dipinang macam ni, aku nak kau jumpa ayah, kalau dia setuju aku akan terima. Semuanya bergantung dengan Ayah." Panjang lebar penjelasan mia dan juga syarat telah diputuskan.
Beratnya syarat itu, tapi edward tidak cepat mengalah.
Petang itu hujan turun dengan lebatnya namun digagahkan jua niat untuk ke pejabat agama islam. Dia sudah membulatkan tekad, hari itu dia akan memeluk agama islam. Dia juga ditemani kawannya dua orang yang akan menjadi saksi.
Hari itu dia sah beragama islam.
Alhamdulillah..
Share this novel