Syahrif meraup wajahnya kasar.
Mia memandang pelik suaminya, dari tadi asyik murung je.
"Hubby.. Kenapa ni? ada masalah ke?" Tanya mia risau dan prihatin terhadap suaminya itu.
"Bie buntuh sayang.. Bie tak tahu nak buat macam mana sekarang ni.." Luahnya.
"Kenapa ni..? Cuba cerita dengan mia." Pujuk mia pula.
"Sebenarnya, masa bie cakap mia isteri bie depan semua orang, mama ada dekat situ."Luah syahrif, keluhan berat dilepaskan.
"Astaghfirullah.. Jadi macam mana?" Mia juga ikut susah hati.
"Papa pergi istanbul urus hotel yang baru buka disana, kalau ada papa.. Bie takkan risau macam ni." Terang syahrif.
"Tak apa bie.. Kita pergi jumpa mama sama-sama ye. Inshaa Allah mama akan terima." Mia memberi semangat pada suaminya.
"Mia tak kenal mama tu macam mana, dia takkan terima.. Tambah lagi bie masuk islam.." Kata-katanya tidak dapat dia habiskan, dia tahu perangai mamanya macam mana.
"Bie.. Sabar, ini semua ujian dari Allah.. kita kena kuat. Banyakkan berdoa ye.. Jomlah kita jumpa mama." Ajak mia. Dia sendiri tidak berani untuk bersemuka mertuanya itu tapi apakan daya, dia takut suaminya itu berdosa pada mamanya.
Dia hanya mampu bersedia walaupun dia terpaksa kehilangan syahrif. Tapi... Mampukah dia...
Mereka berdua tiba dirumah mamanya.
Apabila syahrif membuka pintu, mamanya duduk disofa ruang tamu. Perlahan-lahan mereka menghampiri.
"Mama.. Ed minta maaf.." Pintah syahrif sambil berlutut dihadapan mamanya. Mia hanya memerhati, takut mamanya semakin sakit hati bila dia membuka mulut.
"How could you ed.." Itu sahaja yang mampu dia tuturkan. Hatinya sakit, bertambah sakit dengan kehadiran betina yang merampas kebahagiaan keluarganya.
"Saya minta maaf mama.. Saya tak cakap sebab takut mama kecewa." Ujar syahrif. Jujur dia rasa sangat bersalah.
"Habistu sekarang mama happylah?!" Sinis sahaja suara puan maymay.
"Mama.. Saya yang salah, tolong maafkan anak mama, saya yang salah dalam hal ni. Saya tak patut hadir dalam keluarga ni." Sebak mia bila seorang ibu disakiti.
"Kau diamlah betina! kau tak ada kena mengena dalam hal keluarga ni!!" Bentak puan maymay.
Tersentak mia dibuatnya, syahrif juga begitu.
"Kau hancurkan kebahagiaan keluarga ni. Kau hancurkan kebahagiaan aku! Kau masih berani jejak kaki kat rumah aku!! kau ingat kau siapa?!!" Tengking puan maymay. Kesabarannya sudah habis.
"Mama please.. Ed tahu ed salah. But, this's nothing to do whit her. Edward yang salah, edward yang paksa dia kahwin tanpa restu mama." Suara syahrif juga sedikit tinggi.
"How dare you..! Edward dah berani sekarang lawan cakap mama, sebab perempuan ni je?! Sebab betina ni?!" Marah puan maymay bertambah sakit hatinya bila anak yang selama ini dia jaga penuh kasih sayang dah berani melawan cakapnya.
"Her name was Mia sarah adriana! u don't deserve to call him like that!" Marah syahrif pula.
Mia mula tidak puas hati dengan syahrif.
"Bie! Janganlah lawan cakap mama.." Marah mia.
"Eh kau jangan nak tunjuk baik ye! aku tahu niat pompuan macam kau ni cuma nakkan harta je kan?" Tengking puan maymay lagi.
"Dahlah mia jom kita balik!" Syahrif menarik tangan mia. Namun langkah mereka terhenti bila puan maymay mengugut mereka.
"Kalau edward berani keluar dari rumah ni, edward akan dilucutkan jawatan sebagai ceo. syarikat tu mama ambil balik." Ugutnya.
"Itu semua terpulang pada mama, mama ambil je semuanya edward mampu hidup tanpa bantuan mama." Langkahnya diatur laju keluar dari perkarangan rumah banglo.
"Edward!!" Panggil puan maymay sebelum kemudian pandangannya gelap dan dia jatuh ketanah.
Mia menoleh kebelakang, tidak sanggup rasanya dia melihat seorang ibu diperlakukan begitu, namun apakan daya, arahan suaminya terpaksa dia patuhi.
Terkejut mia bila melihat tubuh puan maymay terbaring kaku diatas tanah.
"Bie mama!" Syahrif meluruh kearah mamanya.
"Ya Allah.. Mama! bangun mama... Mia panggil pak husin cepat!" Arahnya bila mamanya tidak sedarkan diri.
Setibanya mereka dihospital, jururawat mengarahkan mereka untuk menunggu diluar sementara puan maymay dirawat.
"Sayang.. Bie takut kehilangan mama.." Rengeknya, tubuh isterinya dipeluk.
"Sabar hubby.. Banyakkan berdoa, takde guna bie menangis macam ni, baik bie berdoa semoga mama selamat." Nasehat mia, walhal dia sendiri tidak senang duduk. Kalau apa-apa jadi pada puan maymay dia pasti akan salahkan dirinya sendiri.
Hampir satu jam mereka menunggu, akhirnya doktor keluar dari bilik kecemasan.
"Macam-mana dengan keadaan mama saya doktor?" Tanyanya pada doktor.
"Stress yang melampau membuatkan dia jatuh pengsan tapi buat masa sekarang dia stabil, tapi mama awak belum sedar lagi, biarlah dia berehat dulu, cuma.. kalau boleh jangan buat dia terlalu banyak berfikir." Nasehat doktor suraya.
"Baik doktor, terima kasih." Ucap syahrif.
Doktor suraya kemudian meminta diri kerana banyak lagi pesakit yang perlu dirawat.
Syahrif dan mia hanya memerhati dari cermin.
Sayu hati mia melihat puan maymay begitu.
Mungkin dia perlu mengalah untuk kebaikan semua.
"Bie hantar mia balik ye." Ujar syahrif bila melihat isterinya itu kerap kali menguap.
Mia hanya menganggukkan kepala. Tiada guna dia berada disitu nanti mamanya bertambah stress.
Sampai dimuka pintu, mia terus mngajukan soalan.
"Bie.. Mia nak cakap sesuatu boleh?" Tutur mia perlahan. Syahrif mengiyakan.
"Mia rasa... Lagi baik kita berpisah." Bersamaan itu airmatanya mengalir.. Tidak sanggup rasanya, tapi apakan dayanya, kalau itu yang terbaik untuk mereka. Syahrif terkejut dengan permintaan mia.
"Kenapa sayang cakap macam tu? tak baik tau.." Tegur syahrif.
"Mia tak sanggup tengok keadaan mama macam tu.." Sedih dia mengenangkan mertuanya yang terlantar sakit.
"Bie tahu sayang.. Tapi percayalah, mama akan merestui kita." Yakin syahrif.
"Mia hanya akan buat mama lebih stress lagi.." Tangisannya kedengaran jelas ditelinga syahrif
"Boleh tolong bie tak sayang..? Tolong jangan tambah lagi masalah bie ye." Pujuk syahrif lembut. Sakit kepalanya berfikir.
"Janji, jangan tinggalkan bie..?" Balasnya lagi.
"Janji.."
Share this novel